Monday, August 1, 2011

kelas prep bulan ramadhan .



ASSALAMUALAIKUM anak2 semua + salam 1 ramadhan buat semua umat islam...ustazah harap anak2 sume dapat pose penuh laa tahun ni eyp...takde alasan lupe ke ape..unless, yang di beri kelonggaran tu..ramadhan datang sekali je setahun taw adik2 ! grab de chance !  *kalau nak muntah dengan entry ni, tunggu berbuka dulu ye adik2..hehehe ^^


okei2..arini ustazah nak masuk bab puasa..puasa tuu ape ye adik adik ? adik adik bace laa sendiri yep , ustazah puase hari ni , takoot sakit tekak pulak, nak minum aer takbleh kan ? ngeh3 ...


Hanya mereka yang lemah iman sahaja yang merasa cemas dan risau dengan kunjungan Ramadhan. Begitu juga dengan mereka yang tidak mengenali fadhilat atau keberkatannya. Tetapi bagi orang yang dapat memahami fadhilatnya akan menunggu dengan jiwa kesyukuran seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. melalui hadisnya, bererti : ‘ sekiranya umatku mengetahui kemuliaan dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadhan itu disepanjang tahun.’



Maksud Puasa daripada sudut bahasa:
Menahan diri daripada sesuatu.
Maksud Puasa daripada sudut istilah:
Menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari.

perkara sunat puasa bulan mulia Ramadhan : 


:: perbanyakkan zikir + bacaan alQuran .
:: segerakan berbuka . sunat lagi dahulukan buah tamar ( kurma )
:: baca doa buka puasa ,
:: bagi makan + minum pade org yang berpuasa .
   maksud hadis : sesiapa yang memberi makan dan minum pade org yang berpuase, 
ia akan mdapat ganjaran pahala sperti pahala org yang berpuasa itu .
:: segera mandi junub sebelum buka puasa .
:: melebihkan belanja untuk belanja rumah tapi dilarang berlebih lebihan jika sampai 
membazir,jatuh hukumnya haram .
:: beriktikaf di masjid .
:: bangun qiam .
:: bersolat terawih .
:: perbanyakkan sedekah .
:: tinggalkan perbualan kosong.


perkara makruh puasa bulan mulia Ramadhan : 

::  Berkumur-kumur atau bersugi apabila waktu matahari telah tergelincir .
:: Terlalu memasukkan air ke hidung ketika dalam puasa .
:: Mengeluarkan kata-kata keji .
 :: Merasa makanan - kerana takut sampai ke dalam rongga.
 :: Mencium atau mengucup isteri.
:: Mengelurkan darah seperti berbekam dan lainnya.
:: Mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
:: meninggalkan adab adab puasa .
:: semua perkara perkara mazmumah 
  

perkara yang membatalkan puasa :


                             -- Makan dan minum dengan sengaja (pada siang hari - waktu puasa ) 
-- Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani  
-- Muntah dengan sengaja walaupun sedikit 
-- Kedatangan haid dan nifas
-- Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan 
-- Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. 
-- Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.
-- Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. 
-- Pengsan sepanjang hari 
-- Gila
-- Berniat keluar dari puasa


okei la,, tuu je pelajaran kita untuk hari ini ye adik adik..ustazah harap sikit sebanyak dapatlah manfaat dan sama sama kita amalkan . hah ! satuu lagi berdoalah semoge dapat lailatul qadar tahun ni eyp .

p/s : jangan pose yok yok !

3 comments:

adibah husna said...

noni!haha,walaupun da dua ari pose,ak nk ckp jugak,selamat menyambut ramadhan almubarak :D
ingt plak ye pose kat asrama dulu :)
kalu bley prep tu pling mls nk pegi,haha.

Luqeem™ said...

salam ramadhan jugak! XD

peachippo said...

dib :hahahha,tuu lahhhh!
rindu dulu...surau pom dekat..org azan isyak sempat agi jln lambat2 pegi :P