selamat membace blog ini . rase hepi datang lah lagi. kalau sudi folo lah sekali ! :P. Powered by Blogger.

Pages

  • Home

Noni Shuhada ❤



Assalamualaikum!!

Aku mulakan dengan harapan agar entry ini dapat dipublishkan. Hal ini kerana aku masih ada bersusun susun draft yang hanya sempat dikarang separuh jalan. Kahh!!

Ok, actually, aku takde benda sangat nak dikongsikan sebab trip kali ni aku pergi dengan pakej. So takyah fikir pasal transport and penginapan sebabnya, transport ; fully by bus - takyah pening kepala nak fikir pasal parking dan penginapan ; unnecessary sebab aku just pergi sehari dua malam, which dua dua malam tu perjalanan pergi & pulang, aku hanya tidur dan berehat dalam bas.

Tapi ada banyak benda and pengalaman yang aku nak share. Hopefully aku kuat untuk karang till the end sebab trip ni besssst sangaatt, i was amazed with the beauty of Singapore and aku nak pahat kan kenangan ni untuk aku kenang balik nanti. And hopefully can help a few of you yang tengah survey your trip to Singapore.


Trip ni aku ambik pakej RM135 tak silap + 15SGD bayar for registeration. Aku pergi berlima ; Aku, Jaja, Ain, Shima & Ina.

Malam Jumaat, pukul 930malam, kiteorang semua kena gather di KL Sentral. Aku parking kereta aku kat NU Sentral, masuk ; malam Jumaat after 6pm until Ahad pagi before 6am - hanya perlu bayar RM10 untuk parking fee. Pukul 9.30-10.15malam adalah sesi pendaftaran. Tepat pukul 10.15 malam, kiteorang semua berangkat ke Johor menaiki bas, total dua bas. Kiteorang dapat bas kedua, dengan tour leader bernama Zack, whom for me, yang sangat bagus and baik, bertanggungjawab, masuk air dan yang penting he take good care of us.

Lepas 5 jam perjalanan, kiteorang sampai di R&R Gelang Patah which is R&R yang last sekali sebelum seberang ke Singapore. Kiteorang lepak situ, sempat tidur for one hour , bangun untuk solat and makan breakfast sesiap (disediakan).

Tepat pukul 7pagi, kiteorang bergerak ke Immigresen MY & SG. Sambil dalam bas tu kena isi white card untuk immigresen SG. Everything went smoothly and takde masalah pun cuma mak aiii ramai gila org kat Immigresen SG. Around sejam juga kiteorang beratur. Lenguh kaki berdiri & Alhamdulillah, semua penumpang boleh ke luar negara, no one yg stuck or kena tahan.

Yeayyyy!

So, perjalanan diteruskan. Aku dapat seat tepi tingkap, so sepanjang perjalanan, aku dapat lah perhati sekitar jalan kat Singapore, mak aiii gila cantik!!! Bersih and moden.


.....................


After one month, baru lah aku dapat update draft ni hahaha sorry aku tak dapat nak cerita details dah otherwise sampai sudah aku tak dapat nak publish entry ni, so for the best, biarlah gambar yang berbicara.....

First stop ; National Museum of Singapore.
Museum ni merupakan Muzeum tertua di Singapura dan bangunan ni asal dari pemerintahan British lagi. 

Tugu/Landmark Singapura, Merlion & Esplenade ;
Patung Singa berekor Ikan (Mak). Kat belakang patung ni ade lagi sekor patung anak dia. Mana ayah dia?? Nanti kita cari hehehehe ayah dia jauh sikit merantau.

Dari sini kita boleh nampak hotel Marina Bay Sands yang dibangga-banggakan oleh warga Singapore. 

Next stop kita orang gerak ke tempat yang di tunggu-tunggu, 
Garden By The Bay!
Cantik gila tempat niiii. Serioussssly!! Aku first kenal tempat ni lepas tengok cerita Crazy Rich Asian ohmaigad seriouslyyy terpaku

Kat dalam tempat ni pun cantik sangat sangat, kat dalam ni ada air terjun buatan yang tertinggi di dunia tapi kiteorang tak masuk huhuhu. Singgah pun tak lama. Pokok-pokok buatan yang cantik ni dipanggil Supertrees, and salah satu darinya kita boleh naik by lift, and berjalan ke pokok yang lain melalui jambatan gantung. I should come here again to explore more! Tempat ni bila waktu malam cantikkkk sangat diterangi dengan lampu-lampu neon berwarna-warni.

Kalau nak cerita pasal Garden by the Bay ni panjang, worth satu entry, so, meh la kita move on ke next stop which is Mustafa Center, iaitu tempat membeli belah yang murah. Adoi takde gambar pulek. Kat sini adalah antara tempat yang terkenal untuk shopping Perfume Original Murah, Jam tangan, coklat murah dan banyak lagi barang lain contohnya beg dan kasut. Apa yang menarik dan uniknya, Mustafa Center is open for 24jam! Bayangkan friendly tak friendly! Kalau esok kita nak bercuti tapi takde luggage or takde kasut, no worries, boleh singgah Mustafa Center kejap.

The next stop kiteorang pergi ialah The Bugis Street, yang mana ianya adalah tempat shopping jugak! Tapi lebih kepada cenderamata and small small things. 

We had this ice cream kat Bugis Street. Sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapp!! Alahai terliur pulak :'

Around pukul 3pm, kiteoarang gerak untuk pergi makan tengahari dan solat Jamak Zohor & Asar. We stopped at Malay Heritage Center. Kat tempat ni ada Istana Kampung Gelam, Masjid Sultan and a few of good restaurants ; Kampung Glam Cafe (Melayu), Singapore Zam Zam (Mtbk,Briyani), Restoran Victory (Mtbk, Briyani), Restoran Sabar Menanti (Melayu), Restoran Sari Ratu (Nasi Padang). 

Kiteorang singgah Restaurant Singapore Zam-Zam, having Nasi Briyani & Murtabak Ayam whichhh issss sooooooooooooooo gooooooodd! Bestttt sangat murtabak dia. Thanks for your recommendation! Bestnya kalau boleh dapat lagi.

And moving forward, around 5pm, we went to our next stop, which is Sentosa Island! Kat sini lah ada USS and World Globe yang besar tu, dan satu lagi yang interesting, kat sini lah satu lagi tugu Singapore which is, singa berekorkan ikan versi ayah dia diletakkan. 


Haa tuu ayah singa berekor ikan. Jauh benor letoknya. Family planning katanya, takut beranak lagi hahahhaa

Dari sini, kiteorang gerak pergi Pantai Palawan, naik komuter, satu stesen aje. Cantik sangat tempat ni, tempat rekreasi untuk budak2, ada pool, ade pantai, ada taman, ada cycling route, tempat nya kecik aje tapi macam-macam diorang boleh bina. I'm amazed with its beauty. 


Keluar dari Palawan Beach around 7Pm and kiteorang gerak pergi our last stop untuk tengok pertunjukkan water show at Marina Bay Sands sharp on 8pm. Tapi kena sampai awal untuk duduk depan kalau tak sia-sia je la, nampak kepala orang je instead of water show hiks. 

Cantik gilaaaaa tempat ni. Rasa kerdil je masuk. 


Singapura :)

And straight after water show ni kiteorang bergerak pulang ke Malaysia. Singgah Immegresen sekali lagi dan rnr untuk solat Jamak & dinner. I was having fun for the whole daaayyy! Seronok sangat dapat pergi Singapore, this trip also was fun and bagi aku, so good sebab sepanjang perjalanan, our tour guide which is Kak Aina, didnt stop talking, explaining to us one by one the things in Singapore, rules, history and a lot of facts. Singapore ni banyak relation dia dengan Malaysia sejak dari zaman jajahan lagi. 

Air paip kat Singapore also so clean, sampaikan diorang boleh drink directly from the water tap. Negara Singapore ni bersih sebab their rule is so strict, sikit sikit kena denda kalau buang sampah merata-rata. And yang menarik jugak, nak ambik lesen kenderaan kat Sgpura mahal gilaaa, thats why kat sini takde traffic jam, and majority yang ada kereta ialah orang-orang yang kaya dan mampu. Nombor palte kenderaan jugak ada warna yang berbeza-beza yang membawa maksud yang lain. Ishhh banyak la keunikkan yang aku dapat thru this trip about Singapura. Kalau boleh nak list satu satu hahaha.

So, till then! Thanks for reading! Sorry for the quality T_T I need to make it done for my own memory. Fuhhh finally after 2 months, siap pun kihkihhh.

Really wish I could explore more in Singapore.



Honeymoon maybe? Hiks.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Yeaaaaa finallyyyyy! Semalam dapat pun pergi tempat ni! Bosan tak tahu nak buat ape kat rumah so jadilah bebudak jap melawat tempat ni. Hahaha tempat ni, sangat best untuk keluarga yang nak bawak anak-anak mereka jalan-jalan sebab ada a few attraction yang anak-anak akan suka.


Cane nak pergi sana? senang je, boleh waze terus Wonderland99

Alamat : 99 WONDERLAND PARK,
JALAN 9/3A PUSAT BANDAR UTARA
68100 BATU CAVES SELANGOR

Parking?
- Aku parking kat satu kawasan lapang depan park ni, Ada satu kawasan lapang yang diorang sediakan. betul-betul bertentangan dengan entrance. Free parking.

Waktu Operasi : 9AM-11PM

Tapi aku suggestkan untuk pergi sini malam hari sebab tempat ni yang jadikan dia sangaaaat cantik dan attractive sebab dia letak a million of lamps. Banyak gilaaa lampu cantik-cantik, so kalau datang pagi tu hurm? tak dapat la tengok lampu warna warni.

Harga Masuk Park / Entrance Fee :


Tempat ni bagi aku besar la jugak dan berbaloi dengan harga Rm10 walaupun pada mulanya aku macam ralat jugak la takkan la masuk park tengok lampu je pun Rm10 kann? Sebab tu orang kata, dont judge a book by its cover hahahhahaha kena baca dulu buku tuu baru boleh judge haaa nagis ke tak baca. Macam park ni jugaklah, nak tengok ape lampu je ade, tapi once dah masuk, macam-macam attraction yang diorang sediakan kat dalam.

1. Jurassic Park.


Dinasour ni keluarkan suara, mata dia pun kelipp kelipp. Aku rasa dinasour ni real lah. 
Kaaan?

2. Free Car Ride for Childrens
Aku dah excited nak pergi beratur nak naik kereta ni tapi seb baik Jaja sound aku awal-awal "woii untuk bebudak jeee laaaa kereta tuu". Fuhhh kalau tak buat malu je que sampai depan. Hahahaha

3. Free Shuttle Car in Park

Incase kalau korang tak larak nak jalan dari  satu checkpoint ke satu check point, korang boleh menggunakan perkhidmatan Shuttle car dalam ni yang diorang sediakan.

4. Animal Park
Bagi aku ni lah attraction yang paling best sini.
Baaaaanyaaaakk gilaaaaaa haiwan-haiwan jinak yang ada kat park ni macam mini zoo gitu Kalau bawak anak-anak kecik memang seronok bagi diorang tengok-tengok and learn animal in real life. Friendly feeding jugak. 
Ada arnab, ada itik, angsa, rusa, burung unta, ular, burung kakak tua, raccoon, burung, burung merak cantik, ayam banyaaakkk laaaa. Tak sabar nak bawak anak sedara datang sini. 



Swaaannsss.

Burung kakaktua ni ngantuk dah kot dia tanak layan orang wuwuwu

Berani gila bebudak ni. Aku datang sini jerit2 je takut

Friendly feeding :)


5. Boat Cruise 

Alamak aku tak ambik gambar pulak. Aku tak ingat harga nak naik cruise ni berapa sebab aku tak berminat nak naik tapi yang aku sure, harganya tak free hehe

6. Beautiful bridge

Aku tak reti nak cerita macam mana, tapi bagi aku kalau nak bawak anak-anak jalan-jalan, selain ICT Shah Alam yang semua ride kena bayar mahal gila, this is one of the place yang aku recommended untuk pergi sebab dia ada banyak binatang, yang boleh mereka belajar.


Aku plan nak duk sini sejam je. Sekali haaa ambik kau sampai kol 11 kiteorang stay. hahaha.

Ni lah antara yang aku boleh kongsi. Masa aku pergi ni takdelah ramai sangat orang. Masa aku pergi ritu ade pertunjukan bunga api tepat pukul 9malam tapi aku tak sure tu everyday ke tak.



Till then! Loveeee 💛
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Cerita diaaa sebulan dah passed by the time aku nak menaip benda ni. Aihh

Ehh Haii Assalamualaikum!

Alhamdulillah jadi jugak plan kiteorang nak keluar spend time sesama. Plan nak g tempat ni berbulan-bulan, Alhamdulillah Allah izinkan. Okaaay, long story short, lets see what I can share tmelalui pengalaman sendiri.

Kiteorang pergi island hopping ni by pakej - satu hari - stop by 5 pulau - harga RM150. Banyak je agent agent yang buat, boleh search kat facebook kalau nak senang. Pada pendapat aku, trip round pulau Mersing ni besssstttt, sebab island hopping ni merangkumi semua activities - ada hiking, caving, snorkeling & waterfall. All in one day 💙

Aku gerak dengan budak office + housemate ; total 7 orang. Kiteorang dari Petaling Jaya. Nak pergi sana boleh banyak cara, transport ke sana tak include dalam pakej, so usaha sendiri, tak kisah nak gerak acane, makesure by the time of registeration kita dah tercegat kat depan mata dia hehe

Kiteorang ambik pakej hari Sabtu, start from 9 pagi hingga 6 petang. And kiteorang decide nak naik bas aje Jumaat malam lepas semua habis kerja, senang tido je lam bas, save stamina untuk snorkeling besok, tak payah sesape kena stay up untuk drive. Naik bas dari TBS, pukul 1100 malam and turun kat terminal Mersing. Selepas around 6 jam perjalanan, kiteorang arrived sana pukul 5 pagi.

Dari terminal bas nak ke tempat berkumpul which is terminal jeti, boleh jalan kaki, dalam 10-15 minit. Kalau tak larat boleh naik grab or teksi, tapi disebabkan kiteorang sampai pepagi buta so, takde lah tu semua. Semua yang pergi ni memuda, so no hal jalan kaki.

5.30pagi - 9.00pagi - Solat, rehat, get ready & breakfast.
9.15pagi - 10.00pagi - Registration, breafing & bergerak ke boat.

Perjalanan dari jeti ke first pulau took aroung sejam lebih, aku tak tengok jam sangat.

1st stop - Pulau Sibu Kukus - Untuk Hiking

Cantik gilaaa warna air dah sampai kat tengah laut ni, hijau-biru turqoise. Okay, untuk hiking bukit ni, tak susah pun, trail easy and pendek aje. Cuma nak naik atas ni tak leh reramai, diorang lepas sikit sikit. Tapi sumpah cantik tengok permandangan dari atas - see my video for more.



2nd stop - Tetek Island.

Sini, singgah tak turun, berhentikan boat aje untuk bergambar dengan pulau tetek. Nama dia pulau tetek sebab yuuupp,  ada bukit berkembar kat pulau ni.

3rd Stop - LIMA island - Untuk Caving

Tengok video aku kat bawah ni untuk nak faham caving dia macam mana, ianya just masuk ikut depan keluar ikut belakang camtu je, tapi syokkkkkk. boleh pupuk frienship bonding time ni sebab nak panjat panjat tu need help from kawan.


1.20-2.30 - Rest & Lunch Break

Makanan tengahari diorang yang providedkan. Fuhh feel gila makan tepi pantai bawah pokok sambil tengok air laut. Wish could feel that feeling and peace often. Yang tak lawaknya, after lunch, aku baring sat, tapi sesedar rupanya aku tertido best gilaaaaa dapat take a nap penat sikit sebab aku kena seasick huhuhu

4th stop - LIMA island - Snorkeling time

Lepas siap lunch kiteorang gerak pergi kat taman laut dia untuk snorkeling, air cantik dah jernih je boleh nampak dalam. Aku dah beli roti sesiap prepare nak bagi ikan makan, ikan banyak je nampak tapi semua macam dah kenyang or maybe tak feeding-friendly. Tak dapat nak bergambar dengan ikan like how I used to do kat Perhentian & Redang island.


5th stop - Tinggi Island - Beautiful beach & Waterfall.

Ni last stop, kat last stop ni, kita boleh pilih antara dua ; sama ada nak hiking pergi waterfall yang took around 1jam pergi balik or nak lepak tepi pantai sambil layan breeze & isi perut, buat istana pasir and berehat. Aku, Jaja & Timah pilih untuk rest, while the rest pergi hike ke waterfall. Energy aku dah drained, gila banyak aku muntah & aku rasa tak berapa berbaloi nak hike sebab kejap je stay kat waterfall tu. Kat sini ada surau.



530 petang - Bertolak pulang.

Gila laju diorang bawak boat dalam kurang dari sejam kitaorang dah selamat sampai, bersihkan badan & jamak. Rehat jap until lepas siap Jamak Maghrib & Isyak, kita orang slow2 berangkat pulang. Isi perut and jalan kaki balik patah to Terminal Mersing.

It was so soooo fun! Seronok dalam masa sehari dah boleh spend time snorkeling. Tak sangka. And aku rasa decision naik bas instead of drive tu okay sangat sangat sbb masuk bas boleh terus tido, kalau naik kereta, takyah mimpi lah boleh terus balik, for sure kena stay satu malam.

Till the next one girlsss!! Play the belowwww video 😝

Thanks for reading xoxo

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum!

Eksaitednyaaaa nak tulis pasal entry niii. Tetiba scroll scroll gambar lama tersenyum sengsorang pastu dapat ilham pulak nak buat entry ni. Eksaited nak kongsi dengan korang antara tempat tempat menarik yang boleh pergi untuk menghayati keindahan matahari terbenam (sunset) kat Melaka. Yang penting free entrance! Aku jarang pergi Melaka, so dapat kongsikan sikit aje huhuhu next time pergi aku tambah lagi 😀

For me, tiap kali sebelum travel, 'tempat untuk tengok sunset' adalah benda yang wajib aku surfed. Tak tahu lah kenapa aku rasa happy sangat dapat tengok sunset ❤ it was so so beautiful Subahanallah. Do what your heart loves is so self satisfying #LawOfHappiness

Tempat Makan Best di Melaka


ENJOY A BEAUTIFUL SUNSET IN MELAKA ☼

1. Pantai Selat Melaka.

Waze : Masjid Selat Melaka.
Masa ni singgah untuk solat jamak Asar, dan baru dapat tau dari sini kita boleh nampak sunset. So, disebabkan kiteorang memang nak tunggu lepas Maghrib baru nak gerak pergi Jonker Street, so kita orang buat keputusan untuk lepak sini tengok sunset dan solat Maghrib sekali. Sebelum korang datang sini bawak lah makanan seketul dua, takde la bosan sangat nanti, boleh lepak lepak ambil angin seronokkkkk tenang je ☺

Lets go somewhere the sun kissing the ocean ❤
Waiting Waiting Waitingggg....

Nature is the painting of us, day after day, pictures of infinite beauty.


2. Kubu A-Famosa

Tak plan pun nak naik A-Famosa lewat petang tapi dah terdrag drag sampai lah around 6PM baru dapat naik. Tapi sangat puas hati. Setakat ni dah dua kali aku dapat tengok sunset atas puncak A-Famosa. It wasssss so so beautiful!! Masa dah dapat tengok kali pertama, terus craving nak tengok kali kedua. Alhamdulillah wish granted!

First time with Fadilah & Yaya ❤

Second times with Jaja and Nadirah ❤

3. Pantai Puteri, Melaka

Ataupun dikenali sebagai Pantai Kundur, antara pantai yang sesak di Melaka, tempat lepak seisi keluarga dan anak-anak muda. Pantai ini terletak 15km dari pusat bandar dan permandangan nyaaaa sangat sangat lah memukau.

My anak-anak buah.

Credit to google.

Btw aku tak pernah sampai Pantai Klebang pada waktu petang, so not so sure hihihi.

p/s : Going to Pantai PD next month so hopefully I can catch up another beautiful sunset ❤

"Living a happy, positive life hinges on your ability
to accept the fact that everything is constantly moving onward,
away from everything that previously existed.
No matter how good or bad you have it right now,
it will change. 
That’s the one thing you can count on, again and again."
source : ❤

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

If you are a hiker in Selangor, Bukit Gasing is one of the compulsary hiking trail you shouldnt miss to come. It's located in Seksyen 5, Jalan Gasing, Petaling Jaya and from the main road, it only takes about 7 minutes to the entrance by car. Dont worry it's easy to find (guna waze pun boleh). This place is quite crowded on weekend so here are tips from me,

1) come early - it's really hard to find a car parking as this forest park is located around residential area. I came by 7AM but I still needed to park abit far. But it's okay as we came here for exercise.

2) Dont ever park your car across the yellow line (Garisan kuning). And garisan kuning dia kind of blurry but still dont ever park there because a lot of cars have been sued for illegal parking INCLUDE ME. (I still remember how my heart broke to pieces seeing a long paper hanging at my car's wiper) It really makes no sense why MBPJ are working on weekend and helloooo, kawasan kampungg kot???


Bukit Gasing's highest point at 160 metres gives a panoramic view of both Kuala Lumpur and Petaling Jaya. It's really suitable for a newbie hiker, and parents who want to expose their children with outdoor and nature. The trail is quite simple and easy yet very confusing eventho I've been there for 3rd times! Why? Later I will story to you how I got lost but not really 'lost' la in this jungle.

Bukit gasing has a few of entrances in which you will meet and greet other hikers in the opposite way of directions. Besides, it has a lot of trails which will bring you to the different paths and directions. Every junctions you need to choose will direct you to the different paths. I've been there for 3 times and when thru 3 different directions. Oh yaaa! Tips no 3) take a picture of this forest park's route map at the entrance before you explore inside.

1) First time - Menara Puncak

- I came with Jaja (for all the trips), which both of us were clueless, never imagine there were a lot of junctions we needed to choose. We entered from entrance ni, naik tangga yang quite challeging, lagi dasyat dari Batu Caves and about 30 minutes, we finished our hiking 😀😀 Ikut kata hati dan lalu je jalan yang rasa betul and finally we came out thru the second entrance. Yang gambar 1st atas tu lah breath taking at menara puncak.

Gambar Google

One of the entrance.

2) Second times - The Temple & Pencawang TNB

- Memang niat nak hike sampai jumpa temple ni so berpandukan gambar laluan dan tanya orang sekeliling dalam sejam, we arrived kat temple. The trail was totally different from the 1st trail and again it was so confusing as you will find a lot of junctions. Always ask people around. Kat kawasan ni ada banyak sangat monyet. I've a bad experience there which was I kena kepung dengan a loootssssssss of big monkeys. Memang dah in the emergency situation that time, bila bila masa je boleh kena terkam, aku baca semua  ayat pelindung yang aku tahu, stucked there almost 15 minutes and Alhamdulillah, selamat keluar dari kepungan!

Belok ke straightt??!! Sis pun taktahu

Sampai kat highest place! Layan scenery sejam sebelum turun balik
hiks bawak bekfes ni lagi best

Tenang gilaaa tempat ni! Boleh nampak half KL.

The temple.

3) Third times - Sungai & Jambatan Gantung.

Gambar Google

Initially, we planned to reach at that small hanging bridge (gambar atas), which is the popular landmark at Bukit Gasing. We went thru the exhausting stairs, berhenti kat puncak absorbing Vitamin D from a bright morning sunshine, follow the right path, asking people around but still we got lost and after 1h15m we arrived at the different forest's entrance. Dari Bukit Gasing kiteorang jalan sampai Taman Rimba Bukit Kerinchi! Hah kauuuu sesat sampai sana. Hahahahahaha  tapi Alhamdulillah dapatlah naik jambatan gantung tapi bukan yang dicari cari tu, tak jumpa yang kecik, Allah ganti dengan bigggg steel Hanging Bridge 😀😀😀😀😀😀

Anak Sungai.
Entrance point - which is the end point for us - from Bukit Kerinchi

4) The Landmark, Jambatan Gantung.

Tengoklah kalau still ada next time kahkahkah 🤣🤣🤣🤣


Thanks for reading my experiences in Bukit Gasing.

Till then. Goodnight! ❤

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Older Posts

HI THERE!

HI THERE!
I secretly start blogging since 2010. Pause for years when having a life crisis, and now I decided to write again as I regretted for not writing the beauty journey of my life. I'm so bad with English but Im gonna use this site to improve it ;)

Search In My Blog

Categories

Advise Family Friends Growing Up HangOut Personal TRIP Vacation diary-aku learning life lucu selfadvice sunset welcomingmonth ww

Cheerish Your Moments

  • ▼  2020 (3)
    • ▼  December 2020 (1)
      • 37 WEEKS
    • ►  November 2020 (1)
    • ►  July 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  March 2019 (2)
    • ►  February 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (43)
    • ►  December 2018 (2)
    • ►  November 2018 (3)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  August 2018 (3)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  June 2018 (4)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  April 2018 (5)
    • ►  March 2018 (4)
    • ►  February 2018 (7)
    • ►  January 2018 (8)
  • ►  2017 (83)
    • ►  December 2017 (10)
    • ►  November 2017 (6)
    • ►  October 2017 (8)
    • ►  September 2017 (15)
    • ►  August 2017 (17)
    • ►  July 2017 (19)
    • ►  June 2017 (4)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (7)
    • ►  December 2016 (1)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  January 2016 (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  December 2015 (2)
    • ►  July 2015 (1)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  February 2015 (1)
  • ►  2014 (54)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (3)
    • ►  June 2014 (6)
    • ►  May 2014 (10)
    • ►  April 2014 (11)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (7)
    • ►  January 2014 (4)
  • ►  2013 (78)
    • ►  December 2013 (7)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (4)
    • ►  August 2013 (5)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (2)
    • ►  May 2013 (5)
    • ►  April 2013 (9)
    • ►  March 2013 (8)
    • ►  February 2013 (24)
    • ►  January 2013 (9)
  • ►  2012 (82)
    • ►  December 2012 (7)
    • ►  November 2012 (7)
    • ►  October 2012 (11)
    • ►  September 2012 (7)
    • ►  August 2012 (8)
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (8)
    • ►  May 2012 (7)
    • ►  April 2012 (8)
    • ►  March 2012 (10)
    • ►  January 2012 (1)
  • ►  2011 (127)
    • ►  December 2011 (13)
    • ►  November 2011 (7)
    • ►  October 2011 (6)
    • ►  September 2011 (5)
    • ►  August 2011 (35)
    • ►  July 2011 (26)
    • ►  June 2011 (13)
    • ►  May 2011 (15)
    • ►  April 2011 (4)
    • ►  March 2011 (3)
  • ►  2010 (13)
    • ►  December 2010 (1)
    • ►  November 2010 (5)
    • ►  October 2010 (2)
    • ►  September 2010 (1)
    • ►  June 2010 (3)
    • ►  February 2010 (1)

MR. NUFFY

Statistic

Featured Post

ADVENTURE IN PHUKET (PART 3)

PART 1 ARRIVING   |   PART 2 ISLAND HOPPING Earlier at office, my friends were asking me to join them for the second trip to Jogjakar...

Followers

Created with by ThemeXpose