Sunday, December 23, 2012

me loving de moments we are.


finally my current semester three end. 
a lot of things happened. 
a lot of moments we're built.
i love each of u . 
classmates . housemates . soulmates . tablemate. pillowtalk. and ol de friends involve.

happy study week. lets struggle for the final :D 














^__________________________________^



JANGAN MENGELUH




bismillahirahmanirahim . . .

banyak benda yang terjadi kadang kadang buatkan aku rase penat. terase badan berat, hati berat, otak berat. kadang kadang bukan saja kecewa dengan diri sendiri, tapi kecewa dengan faktor yang lain. dengan keadaan sekeliling. dengan environment mungkin. terlalu banyak fikirkan dunia hingga aku lupakan Pencipta ku sendiri. Dia yang turunkan masalah buatku, Dia yang menguji aku. tiada aku berhak memohon kebaikan selain dariNya. ya Allah jauhnya aku  :'( terlalu benar berat kan dunia. 


aku tiada hak untuk mengeluh. mengeluh tu kerja setan. lesu tu kerja setan. marah marah tu kerja setan. berprasangka buruk tu kerja setan. mengumpat tu kerja setan. kenapelahhh kenapelahh aku sering lupa ? ya Allah, hambaMu mohon keampunan. terlalu kosong rasenya hati. sudah lama tidak diberi makanan rohani. perut dilayan indah. kadang-kadang sampai buncit tapi jiwa? langsung aku tak peduli. indah benar hidup aku rupanya. mana aku layangkan segala ilmu-ilmu dulu. sia-sia semuanya. ni lah namanya pokok yang tak berbuah. terlalu rugi rupanya. murkanya Allah padaku. tiada yang lebih teruk bila ilmu yang aku belajar tak dipraktikkan. semakin lalai . Astarfirullah al-azim. 




aku lupa rupanya . . .



Ketika kita mengeluh: "Ah mana mungkin...?" Allah menjawab: "Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata 'jadi', maka jadilah (QS. Yasin: 82)


Ketika kita mengeluh : “penatnyaa....”Allah menjawab : “...dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat.” (QS.An-Naba:9)


Ketika kita mengeluh : “Berat sangat la,tak sanggup rasanya...”Allah menjawab : “AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan.” (QS. Al-Baqarah : 286)


Ketika kita mengeluh : “Stressss nih...Panik...”Allah menjawab : “Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang”. (QS.Ar-Ro’d :28)

Ketika kita mengeluh : “Yaaaahh... ini semua bakal sia-sia..”Allah menjawab :”Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun,niscaya ia akan melihat balasannya”. (QS. Al-Zalzalah :7)


Ketika kita mengeluh : “Gile aje..aku sendirian..tak ada seorang pun yang mau bantu...”Allah menjawab: “Berdoalah (mintalah) kepadaKU,niscaya Aku kabulkan untukmu”. (QS. Al-Mukmin :60)


Ketika kita mengeluh : “ Duh..sedih nya aku...”Allah menjawab : “La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita:. (QS. At-Taubah :40)

Ketika kita mengeluh: " Sakit gak sembuh sembuh..." Maka Allah berfirman: "Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku" (QS. Asy Syu'ara:80)




aku lupa, segala teka teki ade jawapannya. segala keluh kesah ade ceria nya. segala duka ada sukanya, segala penyakit ada penawarnya. ianya aku yang hanya perlu ..........................................................................................................................................BERUSAHA !





Friday, December 21, 2012

14 week.


Assalamualaikum. 

salam uolls. cuaca sangat tak menentu sekarang. moga antibodi badan terus kuat. yahhh, chaiyook chayook !


14 minggu tajuk di atas bukanlah bermaksud minggu ke 14 pregnancy. bukan juga bermaksud dah minggu ke 14 aku kahwin. bukan bukan . for a student degree uitm, minggu yang ke-14 tu maksud dia minggu last of study. abis je ari jumaat minggu ke-14 tu, so bolehlah terus bentang kain merah tuk sambut kedatangan study week pulak . omaigadd omaigaddd . bapak sekejap cepat laju deras gila gila nak mampus semester 3 kali ni. betul betul rase sekejap. pejam pejam pastu celik, dah abis dah rupa2 nya. anyonyonyo. 


hari ni jumaat. abis je kelas BEL tadi means abis sudah kelas tuk sem 3. abis je kelas. ambik ambik gambar sikit dengan lecturer, feeling feeling sedih sikit, pastu kiteorang makan, terus balik. salin baju and terus terlentang tak ingat dunia. HAHAHAHA. terbongkang berejam-rejam . konon nya nak qada' tidur. semuanya angkara minggu ke 14 . minggu yang ke14 sem ni serius aku cakap betul betul mencabar fizikal, mental dan emosi. 

kalau nak dibandingkan, rasenye sem kali ni lah paling free. kelas cancel banyak giler. kalau nak buat purata, boleh jadi 40:60. 40 percent tade kelas. .____________. tapi masuk je minggu ke14 puhh, terus kerja masuk bertimbun timbun. asingnment tak asgmnent, report tak report. test kuiz semua sekali. campur pulak dengan nak kena handle dinner. minggu ke14 jugak.  memang sepanjang minggu ni, kami semua tak cukup tidur lah. pukul 3 4 pagi rilek je terpacak lagi. mata ternganga luas lagi depan lappy. kalau ngantuk jugak buat turn tukar tukar tidur. nak buat macam mana kan dah terpaksa, demi carry mark terchenta. kah kah. ni lah contoh cabaran fizikal, badan mata telinga semua anggota harus kuat walaupun tidur tak cukup. nasib lah kau. 


tengah tengah buzy pulun asignment ade pulak test kuiz bagai. so, berbekalkan badan yang tak cukup tidur, otak haruslah maintain kuat demi prestasi yang cemerlang gemilang terbilang. *cehh, ayat nak gempak. ni mental semua ni mental. salah handle mental ni boleh terus jadi pesakit mental.


penjagaan emosi sepanjang minggu ke 14 ni pun bukan main mencabar kemain. biasalah kalau duduk dengan kawan-kawan ni, banyak tanggungjawab nak kena pikul . salah mulut sikit ade hati tergores. salah tangan sikit ade hati sakit. hati sendiri pulak, pepandai lah nak kena jaga, tak payah nak tacing tacing sangat. tak berguna pun. tade orang nak kisah. kita sadis sikit orang cakap kita emo. padahal dalam hati ni luka berdarah merah hitam pekat bukan main dah. but who care rite? mungkin ramai lagi yang ak faham aku. so, stay strong yourself :)


ada satu benda yang aku gagal tahan untuk minggu ke 14 ni. aku cuba. kuat. tapi gagal. air mata tetap nak turun. gagal nak hold on. stress sangat kot. sikit sikit teringat kat arwah ayah. setiap detik setiap saat. tiap ketika rase nak nagis. tapi cuba sangat tuk tahan. and de truth, setaip hari aku dah nagis. rindu arwah ayah sangat sangat. pembakar semangat sanubari ku. mungkin aku perlu lepaskan perasaan tu selow selow kot. redha dengan ketentuan Ilahi. mungkin sebab ni aku stress sangat. hati pun jadi tak kuat. senang sangat sangat air mata nak tumpah. nak bercerita kat orang, takut orang tak faham, cakap kita manja bagai. hampar sejadah, ambik alQuran, tadah doa. moga hati aku dan arwah ayah tenang sesangat. miss u daddy.


ok, one more. tapi aku tak sure lah sahih ke kotok, fakta atau auta, but aku rase, dalam minggu ke 14 ni jugak. dalam aku stress, dalam aku tensen, aku susah nak beyak . susah sangat. jadi sembelit cenggitu. minggu ke 14 ni boleh bilang je bape kali aku dah beyak. MIHMIHMIH. ;p


ok lah. i shud stop now. should take a bath . banyak nak cite lagi. ohh ohh,minggu ke 14 ni jugak, i dah bought 2 clothes for myself. satu jubah grey and satu lagi baju kurung merah. saat saat kegawatan ekonomi ni jugak menyempat je nak buang duit. hikhikhik .  



till then. pen off :)





wait for dis story -..-




    


Monday, December 10, 2012

rushing up.


assalamualaikum and hai. 




amboi amboi non, sempat lagi update blog ye. tak sedar diri betul banyak lagi tak setadi . well, well well, test quiz aisgnments dah tersusun rapi je ni. semua nak tunggu due date je. olaaaaaaaaaaa !

yeah !  i only have two more lecture-weeks to go before de stadi weeks and final exam . and i've a burden of works to do . omaigaaaaadddddddd ~(^^~) omaigaaaaaadd (~^^)~ but de facts i still main main and tak setadi . hempap batu kat muka

sekejap je 14 weeks sem 3 berlalu . 14 weeks je pon -..- . tak banyak cerita sangat pon sempat tercoret tuk sem ni . sedikit sadis di situ . but, waiiittt ! it's not finish yet. still ade a few things to stori . lawatans and dinner. oo yeahh !  banyak senanya nak berkongsi cerita, banyak senanya yang terjadi perlu diluahkan but since de blog is public so, i've to make a few things secret. agak frusterated sedikit di situ . mihmihmih . 

since this sem is a little bit advance for me. tapi kalau tengok silibus of setadi okay je. mungkin sebab kelas yang banyak sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat cancel jadikan aku sangat eeerrkk -..- , lari sekejap dari fitrah sorang student yang suka kelas cancel. tipu lah kan kalau cakap tak suka. tapi tak keterlaluan kalau aku cakap,, there is a lecturer and i've 2 subject under him/her and once s/he is failed to attend de class, so, i burned 6 hours per weeks of de class . and, it's not very too much if i say " kelas dia sem ni banyak yang takde dari ade" . ok, sori, off de topic.


ok lah, me have to end up my entry here, got a stair of notes to read. *tarik bantal*

there is a schedule waiting for me to finish dis two weeks :


week 1 : WED : 2 quizes + 1 test 
             THUR : antar asignment CTU + 1 test
             FRI : 1 test 

week 2 : MON : insyaAllah pergi FRIM + 1 test *postpone maybe*
             TUES :  hantar asignment HRM 
             WED : 2 quizes 
             THUR : 1 test
              FRI : 1 test  + antar 2 asignment + video arab




ok nooooon ! stay healty ! stay powerful !  
survive for a little bit more !
dear pointer, please dont drop too much for dis sem .
and i hope for a increasing .
i had love de way you are :)




:)





your absent .



almost 80 days passed now .
but i cant still accept your absent . 
my heart everyday never pass from remembering you .
you always in my heart my mind and my pray . 






daddy , 
i missed u soooooooo mucchh !
almost every week i cried in my pray . 
i cried in my blanket until i slept .
i hope u are happy there . 
because, yes, i still cant accept for your absent .






now there are a distance between us .
a distance which no one can go through .
either you nor me .
but from a far here we contact .
i try my best to help you .
because you are my father, my one and only father .
and forever will be my father .
before after and ever . 







sori .

if i too much .

i just cant control from missing u a lot.

because you are a part of my heart and my life . 




i love you till jannah .




Sunday, December 9, 2012

terima kasih.



Alhamdulillah. 

time kasih cousin cousin . 

time kasih sedare kerabat .

time kasih semua .

time kaseh sangat sangat .

time kasih sebab tak mengetepikan kami .

time kasih sebab ambik berat kat kami .

even kami, anak nya sendiri pon tak terpikir untuk ke step tu .

time kaseh sebab sudi nak hulurkan bantuan kewangan buat kami .



yaaaaaaahhhh . 

sumber kewangan kami sangat tak menentu sekarang .

family kat rumah bergantungkan duit sewa kedai sebelah tu je .

aku pon kalau boleh dah tak nak mintak duit dengan mak .

ya Allah, moga proses Jpa ku berjalan dengan lancar . 

amin . 



time kasih sebab faham . 

sayang korang sume ketat ketat .

moga jasa jasa kalian dibalas balasan yang besar dari Allah.



ya Allah permudahkanlah urusan dunia dan akhirat kami . 








 setiap musibah yang berlaku, In shaa Allah ada nilai hikmah yang tersembunyi .

keep praying for de best .

:)


Saturday, December 8, 2012

application of stress :)



HRM 503 
saturday, 5am. 


stress comes from two basics : physical activities and mental activities.
stress has two basic types : eustress and distress. 


EUSTRESS : 
 +ve stress that accompanies achievement and exhilaration.
stress ini dianggap mendatangkan manfaat sebagai satu daya yang dapat membantu individu untuk berusaha melawan halangan.



DISTRESS :
-ve and harmful stress characterized by a loss of feelings of security and adequacy. 
tidak berdaya. terdesak. tidak bersemangat.


BURNOUT :
 it is the last result of stress.
occur when person loss of productivity, lack of personal fulfillment in the job and lack of  +ve feedback.




CASE STUDY :
petang tadi kami satu kelas dapat markah test 1 and in suprise but not really suprise actually, all of us, 
yes, each of us. failed. no one got half from the actual mark. 







solution :

in what stage are we stress?













burnout maybe ?
















distress ?










but .
















for me it is eustress.



positive stress. 
moga dengan sedikit tekanan yang aku ade dengan apa yang aku dapat tadi,
memberikan kesan +ve untuk aku. dan kawan-kawan.
tak perlu nak burnout. tak perlu nak distress sangat .



struggle for de better. 





lagi 2 minggu nak setadi week. - -"



Thursday, November 29, 2012

2 feelings, 1 feel.




there is a single feeling in my heart that i believe and hope that somehow, someday i will make my dream come true. even i know how hard its will take to make it be real. how impossible it is. i hope and never stop hoping. seeing 'the dream' from far, and keep pray i'll catch, own that great dream one day.  

but later on, after i reach a maximum hoping, after the clues come to me that i should stop hoping for that dream, after i realize i thru more pains than happiness, its make me believing that the dream is really does not means to me. and the hard thing i should do is to let the dream go.  

sorrow. pain. disappointed.





i keep praying that you also should realize . . .















and a feeling when i cant freely enjoys every single seconds of myself.
the true myself mood turn off.
 TERSEKSA.








tapi tiap kali aku sedih aku tahu. 
Allah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk aku.
Dia beri apa yang aku perlu bukan apa yang aku mahu. 
terus sujud. mohon ketenangan. 




Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.





*no hard feeling deserve*
mungkin kamu tak faham, tapi jiwa ini celaru.





Sunday, November 11, 2012

appreciate.




1 - appreciate yourself, live your life.


" Maybe God has the bigger plan for me, than I had for myself. 
likes this journey never ends . . . "














2- appreciate someone in front of you before they gone.




"experience it once and u'll know how hurt it is."

miss u daddy.
















3 - Grateful and never wish for being someone else.









Firman Allah : 
" Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"






yes. love myself .

Friday, November 9, 2012

random feeling.



I don't wanna be anything other than what I've been trying to be lately
All I have to do is think of me and I've peace of mind
I'm tired of looking 'round rooms wondering what I gotta to do
Or who I'm supposed to be, I don't wanna be anything other than me.



assalamualaikum. 
 



1 - tak tau dah nak cakap ape. 
    dah tak tau ape nak jadi.
sem 3 yang berlalu dengan ntah ape-ape.
 belajar rasenye dah habis separuh sem. 
tapi input yang dapat ape je? ape noonnn ? apeee ?
arggghhhh.
rase macam baru beberape minggu sem 3 ni. 



cuti manjang. class cancel manjang. 
memang la at de first point tu suke kan class takde. 
sape tak suke? sape sape? habaq mai sini. meh cheq nak motivasi sikit.

tapi kalu duk pikiq pikiq balek, ape je lah yang cheq belajaq sem ni kalu lagu tu sokmo. 
terase kosong kepale otak tengkorak ni.
aku bukannye nak bajet rajin ke ape.
tapi dah rase makin malas je macam ni slalu, makin berlemak.
makin malas, makin makin laaaahhh..


tapi nak buat lagu mana lagi kan? ye dak? 
takkan lah kite pulak yang nak jadi pensyarah, duk ngaruk potpet potpet kat depan sorang.
yang boleh buat, tarik selimut, sumbat muzik kat telinga, tutup mate.
tak pun, tarik laptop pasang movie, tak peduli orang dah.


hahhh, student heaven life.









2 - semangat nak gi post borang JPA.
alhamdulillah, nasib baik, malam sebelum tu kawan-kawan( cc : jaja, ain nad, reen ) :p
suruh tanye senior dulu nak hantar macam mane senanye.
baru lah tahu padahal nya takyah post direct to jpa pon,
send kat HEP universiti sendiri sudah.

terase jahil sekejap. tapi alhamdulillah tak tersalah step,
tak tersalah pergi post terus.

Insyaallah, moga-moga ada rezeki utk biasiswa tu. 
mogamoga lulus lah borang tu.













3 - learn a new thing.
dari teacher jaja.

nak tau tak? nak blaja? nak cuba? nak try? 

#step satu.

buka yahoo.com


#step dua. 




tekan tanda seru kat perkataan yahoo tu.

ade satu sound yang akan buat korang antara ketawa dan terkejut.
hehe.

but actually, i thought ramai dah pon yang tau. 
aku je service failed sikit. noob -..-












4- and . . . . .

  
i think we need more more pics together.
yeaahh !



stay friend. stay close.



almost 2am and i've a class tomorrow. gotcha go.





Saturday, November 3, 2012

uncountable.




untuk peringatan diri sendiri malam ni malam last tau tidur bawah ketiak mak.
esok dah kene berambus naik bas balik Jengka.
jangan buat tak sedar diri sangat lah duduk tergolek sane tergolek sini. dusshh.






1) seperti biase sehari before balik mesti rase nak bad mood tak tentu hale.
berat je hati ni nak tinggal rumah ni. berat nak tinggal rutin hidup yang macam raja senanye.
malas ko tau tak malas, malas nak pack, unpack. checklist barang. prepare barang sane sini.
basuh baju asing baju lipat baju. aiiii. malas bebenor rasenye. 


rase macam nak buat mak je buat semua. bhahaha. *evil laugh*
tak sedar diri langsung umo tu dah sampai boleh ade anak laki dah. aci ?  








2) me uncomplete jpa's letter yet.
biasenya, kalau cuti kat rumah then kena prepare dan complete segala jenis borang,
aku selalunye sempat je siap semua. 
isi borang,  cop borang,  then terus pos je borang tu. SIAP,


tapi tak sangka cuti kali ni tak sempat pulak siap.
memang kompem-kompem tak sempat nak send lah. dengan borang nya tak complete lagi.
saksi tak sain lagi. setem hasil tak beli lagi. mati setem lagi lah tak.
padahal esok dah nak kena naik bas. anyonyonyo.



adooii addooi. am i to careless? 



dahlah segale jenis borang macam ni ade due date dia.
aku kalau bole memang nak sangat buat siap-siap terus kat rumah sebabnya :








 first, nak pergi pejabat mana2 dah tau location dia kat mane, mane tau sekali aku dah balik kolej japg,
pejabat yang aku nak kena pergi tu 100 batu jauh dia. takke menempah maut nama dia tu ?




 second, sebab sini nak gi mane2 senang, ade transport sndiri.
nak naik motor ke kereta ke. senang senang.




 yang ketiga memang aku malas sangat-sangat pon nak buat semua benda alah ni bila dah sampai kolej.
sekali kelas dah start, uuhhh, memang takde mase free lah kauuu.
takkan aku nak gi pejabat pos tetengah malam ?
haaa, kan ni makan dia! *hulur parang*



















rilek-rilek. jangan bace serius sangat . hikhik.





















3) mungkin sebab bukan sebab aku careless kot. mane taknya, 
banyak sangat halangan dan pancaroba yang harus aku tempuhi semata-mata nak siapkan borang ni. 

♬Kumeniti awan yang kelabu 
Kutempuhi lorong yang berliku 
Mencari sinar yang menerangi Kegelapanku.♬

ai non non, tak baik mengeluh nonnnn . dush dushh dushh*










 mungkin juga sebab pertamanya borang tu uncomplete lagi sebab cuti aku ni 
cuti raya Haji. so, memang mood nak settle borang-borang tu ke laut lah sikit.
dengan program bbq lah, sup tulang lah. kek coklat lah.
hapee ? dalam otak aku ni memang penuh dengan makanan je ehh ? -.-"







 second, mungkin sebab aku sensorang urus kan semue ni .
maksud aku, dulu ade geng pergi cop borang sesame, pergi pejabat pos same2,
pergi pos borang sesame. sekarang sorang-sorang.
uwaaaaaaaaaa T__T memang seloooww je proses semue.







 thirdly, salahkan pejabat pos, ade ke time aku semangat nak pergi sane tadi,
boleh pulak dia tutup. ape? tak nak terime aku as customer ke?
gggrrrr ~ fenat ai datang terkejar-kejar tauu ?

eehh, tapi betul ke ari sabtu pejabat pos separuh hari? kikiki. 
tidak pula kutahu. ;p 






















and and . aku sepatutnya bukan hupdate blog malam- malam ni.
tapi packing hoi packing. ko tau tak packing tu ape haaaaahhhh ?
ambik baju pilih masuk dalam beg. tu name die packing.
bukannye duduk meniarap sambil hadap screen laptop ni pastu sumbat telinga dengan earphone.
bukan-bukan .



bai. nak tido. esok jelah packing-packing ni. cam tak bese pulak last minute planning.
kahkah .





Friday, November 2, 2012

MANFAAT ANAK SOLEH BUAT IBUBAPA.


Assalamualaikum.


Alhamdulillah. aku rase aku dah bertemu sedikit jawapan untuk soalan-soalan yang menganggu aku selama ni. thanks Allah. dan harap-haraplah kan ni lah kebenarannya. bertambah sedikit kenyakinan di hati. 


Aku yakin dan percaya bagi anak-anak yang mengalami musibah macam aku ni, mungkin ade segelintir yang nak juga tau ilmu ni. so, adelah lebih afdal rasenya aku berkongsi ilmu-ilmu yang dianugerahkan Allah ni. moga dapat manfaat bersama :)
ilmu dipetik dari buku nukilan ust Amaluddin Mohd Napiah, "Tuhan itu Dekat". harap dihalalkan.




PERSOALAN : BAGAIMANA ANAK-ANAK BOLEH MEMBANTU IBUBAPA MEREKA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ?




. . . Usahlah bersedih andai kita tidak mempunyai darjat di dunia, namun kita wajar bersedih apabila kita kembali kepada Allah SWT sebagai seorang hamba yang miskin pahala, miskin iman dan miskin amal di akhirat kelak. . . .



Antara Penyebab seseorang Beroleh Darjat di Akhirat :


1) Akhlak Mulia.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :

" sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan solat di tengah malam disebabkan akhlaknya yang baik."



2) Berilmu.

firman Allah SWT yang bermaksud :

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman antara kamu dan orang2 yang diberi ilmu penetahuan agama dari kalangan kamu beberapa darjat, dan ingatlah Allah Maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan." (Al-Mujadilah 58:11)



3) Doa dan Istighfar Anak yang Soleh.

sabda Rasulullah SAW :

"sesungguhnya Allah mengangkat darjat hamba yang soleh di dalam syurga." Hamba yang soleh bertanya : 'Ya Tuhanku, dari manakah datangnya semua (kemuliaan dan darjat) ini?' Apa jawab Allah kpda hamba yang soleh lagi bertuah ini ? Firman Allah kepadanya : "semua ini disebabkan anak kamu yang selalu memohon keampunan untuk kamu." 
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


Anak Soleh dan Solehah : 

Syukurlah kepada Allah bagi ibubapa yang mempunyai anak yang soleh. Anak solehlah harta dunia akhirat, penyejuk mata dan hati ibu bapa tercinta. Islam mengajar kita bhwa kebaikan dan kesolehan anak-anak akan mendatangkan manfaat kepada kedua ibubapanya semasa mereka hidup mahupun telah meninggal dunia. Pahala mereka mendidik dan membimbing anak mereka di dunia dahulu tidak putus-putus mengalir deras kepada mereka walaupun selepas kematian mereka. Inilah rahmat Allah yang Maha Luas.

Apa saja kebaikan yang si anak buat di dunia ini, maka pasti ibubapanya mendapat saham yakni perkongsian pahala daripada Allah tanpa dikurangkan sedikit pun. oleh itu, jangan sesekali mengharap dan berkata bahawa mendidik kesolehan anak-anak itu tugas yang menjemukan dan memenatkan.

kenapa ibubapa mendapat pahala drpd kesolehan anak-anaknya? apa rasionalnya? jawapannya adalah kerana dari mana datangnya seorang anak jika bukan daripada 'perbuatan' ibubapanya sendiri? Lihatlah betapa berharga dan bernilainya doa serta istighfar anak yang soleh buat kedua ibubapanya. 

bagaimana kita pada hari ini? Apapun kita mendoakan keampunan dan kerahmatan bagi ibubapa kita? atau apakah telah sekian lama kita tidak mendoakan apa-apa kebaikan juga keampunan Allah buat mereka?

wallahualam. 




entry ni dibuat sebagai hadiah dan sedikit ketenangan buat hati (:


benar, musibah kematian itu satu dugaan yang amat berat. jangan sampai berlaku, kesedihan yang ditanggung seseorang akibat org yang dikasihi, menjadikan diri ini lupa berdoa dan bermunajat kepada Allah sepertimana diwasiatkan Nabi :

"apabila engkau ditimpa musibah(kematian), maka bacalah (ertinya) : 'yaAllah, berikanlah kepadaku pahala (balasan baik) atas musibah yang menimpa dariku dan berilah pengganti yang lebih baik daripadannya." (Riwayat Ahmad) 







moga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 



MYKAD BARU :)


Assalamualaikum dan salam jumuah :)


semalam sambil-sambil keluar dengan abang naik kereta tetiba teringat nak kena ambik i/c baru. dah sebulan lebih terperap kat sana. alang-alang, suruh abang hantarkan. tetiba dia pon suruh ambik dia punya i/c sekali. beli ntah dia buat. ayoyoyo.


gambar mintak kat atuk google.




antare kelebihan / beza mykad baru compare to yang lame :

- lebih cantik, smart, dan rase macam tak malu pon nak buat keluar kalau nak guna. lalallala~ 
- muka korang akan kelihatan lebih matang compared to yang dibuat mase 12 tahun. ;p
- Mampu menangani masalah pemalsuan dan ketahanan serta kualitinya.
- Diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan.
- Dulu Cip 64k, Sekarang 80k  :O
- Menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi   mengelakkan pemalsuan.




"Orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baharu itu tetapi ia bukan wajib."



seriusly ayat ni? bukan wajib ? seriusly?
cisss. mati-mati aku ingat wajib. tapi takpe. berbaloi. kikiki.



jomm semue. kita ke new eraa ~



p/s : tetibe rase dah betul-betul dewase je bile gune mykad baru nih. har har.