14 week.
Assalamualaikum.
salam uolls. cuaca sangat tak menentu sekarang. moga antibodi badan terus kuat. yahhh, chaiyook chayook !
14 minggu tajuk di atas bukanlah bermaksud minggu ke 14 pregnancy. bukan juga bermaksud dah minggu ke 14 aku kahwin. bukan bukan . for a student degree uitm, minggu yang ke-14 tu maksud dia minggu last of study. abis je ari jumaat minggu ke-14 tu, so bolehlah terus bentang kain merah tuk sambut kedatangan study week pulak . omaigadd omaigaddd . bapak sekejap cepat laju deras gila gila nak mampus semester 3 kali ni. betul betul rase sekejap. pejam pejam pastu celik, dah abis dah rupa2 nya. anyonyonyo.
hari ni jumaat. abis je kelas BEL tadi means abis sudah kelas tuk sem 3. abis je kelas. ambik ambik gambar sikit dengan lecturer, feeling feeling sedih sikit, pastu kiteorang makan, terus balik. salin baju and terus terlentang tak ingat dunia. HAHAHAHA. terbongkang berejam-rejam . konon nya nak qada' tidur. semuanya angkara minggu ke 14 . minggu yang ke14 sem ni serius aku cakap betul betul mencabar fizikal, mental dan emosi.
kalau nak dibandingkan, rasenye sem kali ni lah paling free. kelas cancel banyak giler. kalau nak buat purata, boleh jadi 40:60. 40 percent tade kelas. .____________. tapi masuk je minggu ke14 puhh, terus kerja masuk bertimbun timbun. asingnment tak asgmnent, report tak report. test kuiz semua sekali. campur pulak dengan nak kena handle dinner. minggu ke14 jugak. memang sepanjang minggu ni, kami semua tak cukup tidur lah. pukul 3 4 pagi rilek je terpacak lagi. mata ternganga luas lagi depan lappy. kalau ngantuk jugak buat turn tukar tukar tidur. nak buat macam mana kan dah terpaksa, demi carry mark terchenta. kah kah. ni lah contoh cabaran fizikal, badan mata telinga semua anggota harus kuat walaupun tidur tak cukup. nasib lah kau.
tengah tengah buzy pulun asignment ade pulak test kuiz bagai. so, berbekalkan badan yang tak cukup tidur, otak haruslah maintain kuat demi prestasi yang cemerlang gemilang terbilang. *cehh, ayat nak gempak. ni mental semua ni mental. salah handle mental ni boleh terus jadi pesakit mental.
penjagaan emosi sepanjang minggu ke 14 ni pun bukan main mencabar kemain. biasalah kalau duduk dengan kawan-kawan ni, banyak tanggungjawab nak kena pikul . salah mulut sikit ade hati tergores. salah tangan sikit ade hati sakit. hati sendiri pulak, pepandai lah nak kena jaga, tak payah nak tacing tacing sangat. tak berguna pun. tade orang nak kisah. kita sadis sikit orang cakap kita emo. padahal dalam hati ni luka berdarah merah hitam pekat bukan main dah. but who care rite? mungkin ramai lagi yang ak faham aku. so, stay strong yourself :)
ada satu benda yang aku gagal tahan untuk minggu ke 14 ni. aku cuba. kuat. tapi gagal. air mata tetap nak turun. gagal nak hold on. stress sangat kot. sikit sikit teringat kat arwah ayah. setiap detik setiap saat. tiap ketika rase nak nagis. tapi cuba sangat tuk tahan. and de truth, setaip hari aku dah nagis. rindu arwah ayah sangat sangat. pembakar semangat sanubari ku. mungkin aku perlu lepaskan perasaan tu selow selow kot. redha dengan ketentuan Ilahi. mungkin sebab ni aku stress sangat. hati pun jadi tak kuat. senang sangat sangat air mata nak tumpah. nak bercerita kat orang, takut orang tak faham, cakap kita manja bagai. hampar sejadah, ambik alQuran, tadah doa. moga hati aku dan arwah ayah tenang sesangat. miss u daddy.
ok, one more. tapi aku tak sure lah sahih ke kotok, fakta atau auta, but aku rase, dalam minggu ke 14 ni jugak. dalam aku stress, dalam aku tensen, aku susah nak beyak . susah sangat. jadi sembelit cenggitu. minggu ke 14 ni boleh bilang je bape kali aku dah beyak. MIHMIHMIH. ;p
ok lah. i shud stop now. should take a bath . banyak nak cite lagi. ohh ohh,minggu ke 14 ni jugak, i dah bought 2 clothes for myself. satu jubah grey and satu lagi baju kurung merah. saat saat kegawatan ekonomi ni jugak menyempat je nak buang duit. hikhikhik .
till then. pen off :)
wait for dis story -..- |
0 comments
Say Good Words :)