Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday | Bad Countdown :(











xnak balik :(



Peristiwa di Bank.


selasa, 26 Feb, 530 petang.

Seusai solat Asar aku bersiap. tudung yang sedia tersangkut di paku kucium. 'wangi lagi ni, sempat lah bawak jalan seround dua lagi..' kulihat wajah di cermin bilik emak. sememangnya cermin di bilik emak akan selalu jadi tumpuan kami anak beranak untuk bersiap dek kerana cerminnya yang besar gedabak siap sehinggakan boleh nampak pori-pori tersumbat seketul-seketul. aku memperbetulkan rupa, bedak kusapu sekali dua. tidak jugak putihnya. Malas nak membuang masa, segera kucapai gugusan kunci dan topi keledar yang berwarna merah di atas meja dengan penuh semangat dan rakusnya.  Langkah diatur. 

Suasana di jalan raya agak tidak tenteram. ''mungkin pakcik dan pakcik dah mula balik kerja..''. Aku saja berbahasa sendirian memecah kebosanan. Apabila jalan raya sedikit lenggang segera kupecut motorsikal yang sudah berubah warnanya menuju ke destinasi utama. 


vrooommm vrommm vroooommm. 


10 minit kemudian. 


keletaq.. keletaq.. keletaq.. ku turunkan gear motor hingga lampu hijau N menyala. tongkat motor ditarik malas dengan hujung kaki. kunci dicabut. perlahan-perlahan aku hayunkan langkah bersama helmet dikepala. tulisan CIMB Bank di cermin pintu kubaca sekali imbas. membuatkan hati bertambah yakin dan bersyukur kerana dapat ke tempat dituju dengan selamat. Dari jauh kulihat watak seseorang yang kurang waras di hadapan entrance. membuatkan aku terpaksa berfikir 35680754215790863 kali sebelum melangkah masuk. Tapi disebabkan niat dihati belum dituruti, terpaksa gagahi badan. 


Pintu kaca CIMB Bank dikuak. Mataku secara automatik meng-x-ray rambang ke arah dalam. 'agak boleh tahan ramai orang. Macam tunggu turn menunggu bantuan duit...'  Segera fikiranku dipositifkan. 'oh, mungkin akhir-akhir bulan ni duit gaji dah masuk...' kemudian aku beratur di barisan mesin atm yang sudah sedia maklum panjang. 


Selepas 10 minit sabar menunggu, akhirnya aku dapat berada di depan sekali. maknanya giliran aku sudah tiba. Kukorek celah-celah lubang dalam purse untuk keluarkan kad Bank Islam yang berwarna putih bercampur merah. tapi hampa, yang ada cuma lesen, kad BSN dan kad pengenalan. tiba-tiba terasa cuak tapi sepantas kilat aku buat-buat cool. sekali lagi kumengeledah purse yang dah koyak lapan,menunggu masa untuk dibuang, 'ade pon!..' Kad Bank Islam kucucuh ke dalam lubang mesin yang leper dan lebar. glup. sekejap saja ia tenggelam di dalam, masuk ke dina yang gelap gelita. kemudian, 6 bijik no pin kumasukkan. segera kutekan tulisan 'PERIKSA BAKI AKAUN' dan 'AKAUN SIMPANAN'. beberapa saat ia memperoses dan akhirnya senyuman manis dibibirku mati tanpa dipaksa. aku terkilan.


kad bank kutarik dari mulut lubang mesin. Aku meninggalkan mesin atm dengan sedikit perasaan kecewa. niat hari ni kuingin gembirakan hati terpaksa dilupakan. malahan sebaliknya pulak yang aku dapat rasakan. setelah beberapa langkah berjalan, akhirnya aku sampai di parkir motor. mulut terasa ingin menyumpah kutahan ketat...


'bilalah aku akan senyum balik bila tengok baki duit dalam akaun aku nanti..' detik hati aku yang suci.


aaarggghhhhh.

hilang harapan. hilang semangat.

makan pasir lah jawabnya awal sem japgi. 


kahkahkaah.


sungguh tidak ku sangka dia menipu ku.


kahkahkah.


Aku pulang dengan wajah yang sugul. 




***************************************





Bukan aku nak bersunggut mahupun lagi mengeluh. dan aku faham inilah lumrah kehidupan. adakala kita sedih dan adakala kita gembira. ok, aku pon tak tahu apa yang aku repekkan. Tapi seriusly aku agak tertekan dengan perbelanjaan aku sekarang. Sepanjang 3 sem aku belajar, sem lepas yakni sem lepas, sem 3 aku paling over budget sekali . habis. lesap. licin. duit ptptn 3500 ringgit yang aku dapat berjaya menjadi mangsa korban aku. Mungkin faktor utama aku duduk luar. nak kena bayar sewa rumah. atau aku yang tak pandai nak balance perbelanjaan. so, aku kalau boleh harap sangat-sangat impian aku untuk sem 4 nanti aku dapat laksanakan. Aku harap sangat impian aku nak beli mende tu berjaya. walaupun aku terpaksa korbankan perbelanjaan untuk makan. eh?  Inshaa Allah dengan izinNya. Moga dipermudahkan urusan olehNya.

dan satu lagi aku harap sangat sangat biasiswa tu berjalan dengan lancar. Besar harapanku. ya Allah..



Thursday, February 21, 2013

Hak Milik Kekal (Baucer)




disebabkan ai malas nak tunggu walhal lebih kurang seminggu pon lagi merangkak ke sem baru tuk ambik bauncer ni di kampus sendiri. so, tadi terpakse lah ai merayap ke Uitm Dungun tuk merialisasikan hak milik baru baucer tersebut,with Dibah Sena, yeaayy!

boleh puji sikit kauter dekat uitm kampus ni. 
mesra pelajar (Y)

Dengan azam baru(cis), ai nak guna baucer ni beli hard disk kat jengka satgi. titik. kalau diizinkan Allah (:



ohh, kenangan manis hari ni, finally ai berjaya drive kereta peninggalan arwah ayah sorang-sorang. Honda accord yang bonek depan besar gedabak. bukan sebelum ni tak pernah. tapi memang tak pernah bawak sorang-sorang. selama ni mesti ade co-driver tolong tengok line clear ke tak. har har har. *firework*


babai. pen off :D

Girl's Day Out (2)


BRIDE-TO-BE. ahaaks :)

in shaa Allah coming soon kan?

9/2/2013 



dibah sena

xrah usna
 


me. crah. dbah. ayu,


sweet memory. ahaks :)

Wednesday, February 20, 2013

HABISKAN DRAMA.


annyeonghaseyo !

sem tiga berakhir dan aku disajikan dengan cuti yang kalau kira tambah tolak darab bahagi dalam sebulan lah jugak. aku tak tahu lah kenapa tapi kalu tang uitm ni cuti dia mesti lebih sikit dari cuti orang yu lain. boleh bagi sebab ? krik krik *bunyi cengkerik*

biasanya dulu kalau time cuti panjang macam ni, aku tak payah nak runsing sangat pon. kalau orang lain sibuk duk cakap bosan cuti panjang-panjang or sibuk duk cari kerja. tapi aku rilek je. sebab ape ? nak tau ? malas aku bagitau. ok hambar. sebabnya rutin tiap-tiap cuti aku adelah sama, kerja lepak kat kedai makan ayah. so, bosan tu kadang-kadang ade lah jugak tapi takde lah overrun. 

tapi tapi tapi disebabkan cuti kali ni kedai ai tak buka lagi (minggu ni baru buka) so, aku terpaksa habiskan waktu waktu terluang aku dengan mengadap laptop ni. tapi idok lah 24/7. gilo apo. aku tak gila movie gituww lagi. tapi adelah sebabak dua yang aku sempat perabih. ok, short the story, berikut adalah senarai drama korea yang berjaya aku habiskan untuk cuti kali ni : 



1) A Gentlemans Dignity.

seriusly drama ni aku bagi 4.8/5 bintang. at the 1st point memang aku tak berminat pon nak tengok sebab hero-hero dia semua muka-muka tuadahmacamtakdeherolainnakambik tapi lepas aku tengok cite ni baru aku faham kenapa the heroes are old. all four of them. serius beb, best! 

cerita ni menceritakan pasal kesucian/keakraban hubungan persahabatan walaupun dalam percintaan. macam mane sorang sahabat sanggup berkorban untuk sahabat yang lain. sampaikan aku pon teringin nak kawan-kawan gila syok sporting nak mampos macam ni. hikhik. 

actors :  Jang Dong Gun, Kim Ha Neul, 
Kim Soo Ro,  Kim Min Jong, Lee Jong Hyuk, Yoon Se Ah, 
Kim Jung Nan, Yoon Jin Yi, Lee Jong Hyun.


2) My Princess.



haha. aku tau cerita ni xde lah baru sangat. tapi aku yang baru tengok ;p overall? 4.2 je aku mampu bagi. cerita best, scene seronok, banyak part part funny(Y). banyak scene romantik yang suwit suwit. tapi jalan cerita agak tidak logik ye. tapi bolehlah faham. heroin cantik :)

actors : Kim Tae-hee, Song Seung-hun, Park Ye-jin and Ryu Soo-young.


3) you're so beautiful.


okei okei. i know i know i know. drama ni dah lapuk ditelan dek zaman. aku pon dah pernah tengok crite ni dulu. tapi separuh jalan je. i donno de ending yet. so, tengok drama ni pon just untuk mengisi mase lapang yang tak berapa nak lapang. semangat nak tengok sangat sebab ade Yong Hwa yang tak berape nak hensem dulu-dulu. hikhiks. tapi kan kan kan kan, aku prefer yong hwa lagi dapat perempuan tu. yong hwa lebih banyak berkorban utk dia sebelum Hwang Tae Kyung take over. uhukks.  



then ade lah sikit aku tengok crite separuh-separuh sebab bosan. haha. 
Runningman every week memang xlepas.

yelah yelah, aku tau mesti korang nak suruh aku ngadap benda yang lagi berfaedah dan bermanfaat dan mendatangkan hasil dan memberi keuntungan kepada diri keluarga masyarakat agama rakyat dan negara kan kan ? yelah. aku faham. tsskk ttssskk. 

babailah. nak tidur. zzz -..-





Tuesday, February 19, 2013

LIPAS dan AKU


tengok tajuk je pon aku rase aku tak payah nak buat mukadimah yang panjang. dalam banyak-banyak cerita, dah macam takde cerita lain aku nak cerita kan. cerite lipas jugak aku baham. well well well, fyi, cerita lipas and me dah sebati. ramai orang dah tau macam mana berkesannya kisah lipas beri kesan dalam hidup aku. 

kalau yang nak tau, aku dengan lipas ni boleh dikategorikan macam tom dengan jerry. aku tom lipas tu jerry. lipas takut aku. eh, betul ke? bukan bukan. salah definisi. aku kena belajar terima reliti. dasar tak sedar diri kan. sebenarnya aku dengan lipas ni boleh diibaratkan doraemon terserempak dengan tikus. kenape eh aku macam ni? kenapa ramai orang takut dengan lipas?


sejarah :
start aku alergik dengan lipas ingat ingat lupa aku zaman budak-budak hingusan aku. waktu tu aku adik beradik masih kecik-kecik. masih bersekolah. so, kiteorang selalu akan tidur sama-sama kat luar bilik berbentangkan tilam empuk. Ade satu malam tu, malam tu baru aku kenal lipas. Lipas tu agresif sangat. dia terbang merata. dia terbang-terbang and last sekali dia inggap atas tangan aku. mase ni aku tak takut lagi. steady je halau lipas balik. tapi tapi lama lepas tu bekas yang lipas  hinggap kat tangan aku menyebabkan kulit aku gatal. mak aku cakap lipas tu dah gigit aku. aku tak tahu lah sahih ke tak. tapi sebabkan malam tu, aku berdendam dengan lipas sampai hari ni, tapi dendam aku lain sikit, aku pulak yang kena takut kat dia -..-"



peristiwa 2 :
kisah dendam aku dengan lipas berlanjutan.
kisah ni memang aku tak boleh lupa. secara kasarnya, rumah aku ade dua bilik air and dua toilet. tapi yang biasa aku guna satu je. sebab satu lagi public user. pernah satu ppagi aku u-uk dekat toilet biasa aku u-uk, tiba-tiba ade sekor lipas kurang ajar tak sedar diri langsung dek untung duduk rumah orang tak bayar sewa, dia pergi naik atas kaki aku selow-selow. dia naik nak merayap. aku ape lagi. dah lah geli-geli gitu kaki dia, melenting lah. terperanjat kau setan lipas. haha, then until then, i never u-uk in that toilet again. yes this is my secret. even aku nak u-uk sekali pon aku akan move to another toilet. kalau aku takut jugak nak pergi toilet tu, aku akan pergi toilet cousin aku sebelah rumah. ni cerita benar. bila ingat balik, malu pon ado. kahkah.



peristiwa 3 :
aku rasa kejadian ni aku takkan lupa sampai bila-bila, dengan izin Allah.
kisah yang sangat tragis. yang membuatkan ke-antian aku dengan lipas bertambah melimpah-limpah ruah. Kisah ni berlaku masa aku darjah 6. malam, lepas aku pulang dari kelas malam. Kebiasaannya lepas aku balik kelas aku akan makan nasi. Kalau mak aku dah tidur, arwah ayah akan temankan aku makan and malam tu aku makan dengan ayah. Aku ambik pinggan nak ambik nasi kat dapur, my dad was walking behind me, and suddenly aku rase geli-geli kat tengkuk aku. 'lipas? it is?' and aku hempas pinggan kat tangan aku tanpa banyak bicara. As expectedly, pinggan itu jatuh dan pecah berderai. aku pandang ayah dengan seribu satu perasaan. takut sebab pecahkan pinggan. hihihi, and ayah spontaneous said : "ayah nampak dah lipas kat baju tadi, saja xnak bagitau sebab takut pinggan tu jatuh, tapi jatuh jugak last skali". hahaha. nasib baik ayah tak marah. superb daddy :)



cukup lah tiga peristiwa aku dengan lipas yang aku rasa aku takkan lupa sampai bila-bila. kalau nak cerita, senanya banyak sangat sangat sangat sangat kisah hidup dan kematian lipas dengan aku. kejam betul lipas dengan aku. ape salah aku wei ? sooooobbss. sampai arini pon aku tak percaya aku still xdapat tandangi kelemahan aku ni. kalau kat rmah ridsect dengan aku pasti bukan sesuatu yang asing.



Aku selalu berangan janganlah anak-anak aku nanti pon takut dengan lipas. peninglah laki aku nak layan. haha, *kalau kawin la kn. in shaa Allah ;)






Monday, February 18, 2013

selami...


annyeong dan selamat malam petang.

Malam makin larut. dan aku masih bercuti. berada di rumah. seperti biasa untuk tiap-tiap malam, menapak di bilik emak dan tidur dengan mak. tivi aku biarkan terpasang dan tidak endahkan. mata teguh di screen laptop. 


Malam ni hanya habiskan sisa-sisa baki waktu dengan baca dan selami kehidupan orang lain. Aku pun tak ingat dah macam mana aku boleh tersadai kat satu blog ni. lama tau aku tersadai. abis satu entry satu entry aku baca. seronok. tulisan superb. i'm impressed. lama dia jaga blog dia. 08-13. gaya penulisan maintain. segar. dari zaman dia belajar, bercinta, bertunang, kawin, dan ni dah nak masuk dua anak, still seronok untuk dikongsi. aku harap aku pon boleh jaga blog ni macam tu. bukan buat blog nak femes, just seronok bila dapat ingat balik cerita dulu-dulu :)


Manusia ni kadang-kadang selalu mereka tak puas hati. dan selalu jugak iri hati dengan pencapaian orang lain. sampai kan ada yang sanggup menaburkan fitnah dan buat hina. Tapi mereka tak sedar kesusahan kepayahan keperitan seseorang tu nak mendapat apa yang dia nak, Ada yang jenis suka jatuhkan semangat orang lain masa mereka sedang mendaki. mungkin mereka tak faham, hidup bukan macam makan gula-gula getah je, bukan duduk goyang kaki je. berliku-liku pengembaraan nya. 





saya doakan moga semua orang dapat mengecapi kebahagiaan dan impian masing-masing :')

love. 



Saturday, February 16, 2013

result semester tiga.



Akhirnya setelah hampir sebulan bertarung dengan perasaan sendiri, semalam bersamaan 15 Feb, segala teka teki terjawab. aku bet semua budak degree sama ada student uitm atau bukan, akan rase nebes semalam. tipulah tak nebes nak tau result exam kot. budak UPSR pon tak nyenyak nak tidur, budak degree aku rase siap sembelit lagi nak berak. harhar #lawakhambar.

Aku akui yang memang aku nebes. tapi tahap nebes tu takde lah sampai tak selera nak makan, tak basah time mandi.mandi kobau apo? mungkin sebab dah immune dengan nebes nak dapat result nih. Mase malam result tu ade lah aku tunggu sekejap. mana lah tau kot kot email dari uitm dah sampai pukul 12 tu. adelah beberapa kali me refresh the yahoo page. walaupun seriusly, kalau boleh aku xnak tau pon result coz i knew how did i answer it. how regret i was before, so, aku rase sangat takut xceli nak tahu result. tapi disebabkan semangat nak tahu aku melebihi. terfikir sangat am i still maintain the dean list like i was before? me keep praying for it. even if i get only 3.50 for this sem,me grateful enough. #jangansalahfaham.

so, berbalik kepada cerita asal, disebabkan ai malas nak tunggu malam tu, malas nak layan perasaan nebes, so ai decided untuk tidur je. biar aman dunia. zzz   


-.-"


then,esok tu, lepas solat subuh, i keep thinking bout my result. isyh, takleh jadi ni, dari aku terus tak tenteram, baik aku chek je email. me open the yahoo and saw one new unread mail at the right top of screen. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, nak pitam jap. 







slowly, with heavy and forced-heart, me drag the mouse and make the cursor arrow touch the mail. hukhuk. 












bismillahirahmanirahimmmmmm. . . .










1st impression?





























terkejut dan tak percaya :D





the result is lower than last sem with 0.20 drop. banyak kot.


tapi sangat bersyukur sebab still above than 3.50 .





Alhamdulillah, syukur sangat sangat sangat. 






































For truth, the result is over my expectation. 
walaupun maybe orang tengok aku jatuh or expect me kecewa...

but for me it's good enough.
because i knew what i did.
until me crying in examination hall. 
:')



Alhamdulillahh (:










Wednesday, February 13, 2013

Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool

click utk join.

Big GiveAway by CikguFizi, Fizgraphic.com, Kisahemasputih.com, Duniashida.com & Aimancool.com


Syarat-syarat GA ini :
1. Buat satu entri dan letak title : Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool
2. Letak banner dalam entri serta backlink kan ke entri ini.
3. Dibawah banner sertakan juga ayat ini *korang copy & paste je! > Big GiveAway by CikguFizi, Fizgraphic.com, Kisahemasputih.com, Duniashida.com & Aimancool.com  *wajib

4. Sila Follow Blog Sponsor :  *wajib
a. Cikgu Fizi
b. Fizgraphic.com 
c. Emasputih.com,
d. Duniashida.com
e. Aimancool.com  

5.  Like FP Sponsor :  *wajib
a. CikguFizi
b. Fizgraphic
c. Duniashida
d. EmasPutih

6. Masukkan Sponsors dalam Bloglist korang  *wajib
7. Tag sekurang-kurangnya 2 rakan *lebih lagi bagus!
- rawt .  yana 
8. Dah siap, komenkan link entri GA ke entri ini.
9. Sharekan link GA ke wall facebook masing-masing.



done (: *cam header x? wink (:*


with mum.


Petang itu cuaca sangat cantik dan sempurna. Tapi kelihatan aku sangat bosan duduk di rumah. tiada teman nak diajak berkuak rentang. agagaga. Aku melihat mak, asyik sungguh layan cerita indon. drama bersiri. heww~ bosan betul aku tengok drama indon. sori to say, tapi tulah kenyataan dia. untuk tidak kacau mak, aku duduk tepi beliau senyap-senyap dan teman tengok tv sekali, but a few seconds later, i feel like,  heewww~, cannot go cannot go. ahak, u know that feeling. Pastu tetiba aku terpandang raket tergantung kat tiang, and i feel like ada keterujaan nak main. tapi nak main dengan sape ? tiba tiba aku tengok mak. ok, try pelawa mak. logik?



"maaaaaakk, bosan lahhh!" 

*she ignores me* 

"maaaaaaakk !"

"iye"

"jom main badminton"

suddenly she looks at me and say 
"ok, joooooooooooom"

haha, suprising answer but it delight me. love mum !



so, the beautiful evening start, i spend the mose precious time with de mum. *kiss* pandai jugak mak aku main badminton ghupenya. ade bakat terpendam. lasak je lagi. mak tak pernah pulak cerita dia pernah main bad dulu, hoki selalulah. oh, honestly, i like to spend time with de mum, because mak suka ceriakan saya. even tiap-tiap hari mak suka berleter and i always feel like 'arrgghh'. hikhik. *dont tell my mum!* seriusly. :D






well, even takde lah lame sangat pon main, tapi sempatlah peluh-peluhkan ketiak sikit. 
seronok. 



Monday, February 11, 2013

Girl's Day Out (1)


Pada suatu hari yang hening, sedang nyenyak tidur seorang puteri, tiba-tiba beliau dikejutkan dengan bunyi deringan telefon dan mesej. tetapi beliau kelihatan mamai mamai dan mengangap itu semua gangguan di alam mimpi. beliau teruskan menyambung lenanya. kembali beradu. setelah kira-kira satu jam kemudian beliau terjaga lagi dari tidur kerana bunyi bising leteran sang ibu. tanpa memahami butiran sang ibu, segera beliau meraba-raba di setiap pelusuk katil untuk mencari telepon bimbitnya. 'hah,jumpa pon!'. phone dicapai dan ditekan butang on.

pukul 1030 pagi.
4 miss calls and two messages. 

Tiba-tiba sang puteri tersebut terase gelabah. panggilan dari dua orang. 'ade ape-ape yang aku lupa ke?' detik hati kecik. Beliau segera menelefon salah seorang dari kawan baiknya, Adibah Husna ;p

setelah 5 minit bersembang, dengan sedikit perasaan teruja dan kalut, beliau menekan butang merah, menandakan call off. Oh, Adibah mengajak sang puteri itu keluar petang nanti. berkelah. simple and unplanned picnic. Sang Puteri terase teruja tetapi tidak tahu ape yang perlu dibawanya. apa yang dia perlu sediakan dalam masa yang singkat. Lantas dia teringat di dalam peti sejuk ada fries yang dibelinya semalam. senang dan hanya perlu goreng. keputusan dibuat.  


Perjumpaan Sulit perhimpunan Sang Gadis :
6 Februari 2013, Pantai Labohan Paka (:



Sampai je di tepi pantai, mula-mula sekali mereka cari port untuk hidupkan api, walaupun picnic ini sangat simple tapi sempat lagi berbabique . cayalaaaaaah !

tapi babique in small quantity je lah, name pon tergesa-gesa. takde ayam pon. just sotong dan udang bakar (Y). jemput jemput~

kalau ade orang pakai tudung bawal dan tudung dia tak barkeleot mase ambil gambar tepi pantai, tu name dia tipu. pesanan sang puteri. har har.


buat sang gadis, aktiviti bergosip mase makan adelah wajib. 

tak tersnap pulak gambar makanan yang banyak -__-"

dan aktiviti berfotografi dengan kamera lelong tiga sepuluh tiga sepuluh kat pasar malam memang tak boleh nak kata tak.
Tanpa Sang puteri, gambar adelah yang terbaik. serius. 

see ? dengan sang puteri. ape pon tak boleh! 






Sang Gadis : Adibah, Hawa, Maryam, Nadiah dan Shafeera Edayu



Sang Puteri berase sangat gembira sekali pada hari itu.
beliau berterima kasih kepada semua dan beliau sayang mereka semua.

sekian cerita kayangan dari sang puteri bersama sang gadis. 
 moga bertemu lagi (:



Sunday, February 10, 2013

silent-ly.





hari ke hari. 
dari satu blog ke satu blog aku menapak.
dari sebuah cerita ke sebuah cerita aku selami.
benar, pengalaman penting untuk meneruskan kehidupan.
mana mungkin orang yang dahulu dari kita 
tidak pernah mengalami pengalaman untuk ajari kita.
asam garam kehidupan mereka yang telan dulu.

blog.
aku suka. suka baca. suka cerita. 
pengalaman hidup sendiri sebagai kenangan dan pengajaran.
pengalaman orang lain, ambik. jadi kan teladan. 
yang buruk, buang. jadikan sempadan.
kadang-kadang baca cerita orang sampai habis semua cerita.
scroll each entry. 
yes. that's me. sometime. muchtime.
seronok. imaginasi yang aku juga akan alami.
cerita indah mereka. aku ingin di situ.

dan kadang-kadang tak mustahil. jika timbul juga, 
perasaan cemburu. 


jaga-jaga. me : your silent reader.



Saturday, February 9, 2013

panggilan talifon. (JPA P2)



suatu malam yang tenang. perbualan di talian talipon antara dua manusia :


abang : ade orang kol mu dok pagi tadi ?

siti : ade, tapi tak angkat.
(tahu pon lepas tengok misscall)

abang : bakpe dok angkat ?

siti : sebab phone off.

abang : bakpe dok talipon balik ?

siti : erk . erk . erk.  bakpe ? 
(dah nebes dah)

abang : JPA kol abang. dia kate borang mu tak lengkap.
ade name mu xtulis se. japgi dia post balik borang tu. 
maybe mu kene buat balik.

siti : haaaaaaaaaaaaaaaaahhhh? xkan sebab tertinggal tulis name se je pon 
dia nak hantar balik?

abang : yelah. sape suruh mu dok cek molek.

siti : mane ade. banyak kali dah cek . '(


*******



speechless. 


-____-







rase nak nagis. maybe sebab takut and sangat tak sangka. 






Siti pada nama di atas adelah aku. motif guna siti ? sebab geram.



lepas abis conversation antara aku and abang semalam terus rasa takut. ottoke. nak kol pihak JPA balik pon dah malam. esok sabtu. cuti. pastu cuti raye Cina lagi. YA ALLAH sangat tak tenang . 

banyaknya dugaan lately. dah lah aku betul2 mengharapkan biasiswa JPA tu. since aku dah memang takde sumber pendapatan lain nak harap selain PTPTN sekarang. aku dah memang takboleh senang senang mintak duit dekat family lagi. Ya Allah, takutnya :'(


rase geram pon ade senanya. aku rase aku dah send borang jpa tu awal sem 3 lagi. ni dah cuti, nak masuk sem 4. baru sekarang dia nak proses. ya Allah. aku ingat ke awal sem japgi dapat lah aku guna sikit duit tu.
dulu PTPTN pon aku ade masalah macam ni, down giler, terpakse hantar borang lain lagi sekali.



i really need that money. saya nak beli motor. 




kalau JPA antar borang balik dia pakai pos laju tak ? :|