Monday, February 4, 2013

You Attract Me? #c3


Challenges 3 - What kind of person attracts you.


seriusly. aku rase tajuk ni susah.
banyak kali dah buka tutup buka tutup tak tahu nak start macam mane.
well, name pon challenge kan? "takkan nak tanya what is your name? kot" -..-
okay, disebabkan dia tak mention pon nak perempuan ke lelaki.
so aku berbesar hati nak describe both of them.
even me a girl, tapi ade jugak perangai perempuan lain yang aku adored (Y)
tak salah kan. bukannya les pon. ♂♀


kita ni sebagai manusia lumrahlah bagi kita untuk suka benda yang cantik,
yang lawa, yang sempurna, yang bersih. yang wangi.. oh oh yang sedang-sedang saja  *tetibe*
sume benda kalau boleh kita nak yang baik-baik dan bagus-bagus ada kat diri sendiri. macam tu jugak orang lain. iye idok ?!


aku pon macam tu. sukakan perkara2 yang kalau boleh dapat menyenangkan hati aku.
jadi, antara jenis-jenis perangai manusia (perempuan) yang boleh attract aku atau kata lainnya yang aku berkenanlah ialah yang pandai jaga diri. Aku suka perempuan yang paling utama dia pandai jaga lidah dan mulut dia. Bila dia cakap cantik je bahasa-bahasa yang keluar dari mulut dia. Even dalam hati dia, Wallahualam lah kan, kita tak tahu. tapi aku puji bila dia pandai jaga aib orang lain walaupun at that time dia ade terase or tak puas hati ke ape dengan orang tu.


And aku memang anti betol dengan perempuan yang jenis mulut main sembur je. at this time dia biasenya dah tak kisah dah dia ni tengah duduk kat public ke atau kat depan orang yang lebih tua ke. Dia dah takde rase malu. Dah hilang. Yang dia tahu bila dia tak puas hati dia akan main marah je.main sembur tanpa peduli orang lain. tapi biasenya perempuan ni kalau dia marah, dia tak berani pon jerit depan-depan, tapi dia akan menyumpah sunguh-sunguh even orang yang dia nak marah tu tak dengar pon ape dia bebel. Mulut je power, tapi penakut macam tikus jugak. menyampah.


Kalau lelaki pulak, jenis-jenis yang boleh attract aku or buat aku jatuh chenta kat dia first sekali aku suka lelaki dengan muka yang tenang. muka yang cool. Biar sekali tengok dia tu terus rase macam ade karen. Biasanya aku tak suka sangat lelaki yang terlalu expose himself in front of public atau kata lain yang terlalu menonjol. Aku suka yang diam-diam dia rupanya banyak benda yang dia terer. Bila kita dekat/kenal dia baru kita nampak sikit demi sikit perkara yang best pasal dia. barulah kita dapat rase yang kita ni spesial sangat dapat tahu banyak benda pasal dia yang orang lain tak tahu pon.  haaa, gituww~ isyhh. malu pulak aku nak tulis pasal ni. hahahaha. 

lagi lagi aku suka lelaki yang boleh jadi kawan baik perempuan. yang boleh support perempuan. yang boleh dengar masalah perempuan dan support dia selalu. pimpin tangan dia bila dia nak jatuh dalam hidup dia. 

Then, ciri-ciri lain yang biasa nya boleh attract me or other peoples lain pon macam biasalah, yang kelakar, protective, gentleman, romantik, yang jadi diri sendiri, yang suwit2 tu sumue lah. banyak tau kalau aku nak describe satu satu =p

Dan dan dan aku paling benci lelaki yang panas baran. sebab bagi aku kalau lelaki ade satu ciri ni saje pon dah cukup rosakkan sesebuah perhubungan. seriusly. 






:)



No comments: