Sunday, February 3, 2013

#c1 - Weird Things


Challenge 1 - Weird things you do when you’re alone.


amboi baru cabaran pertama tapi aku dah rase susah dia bukan main lagi.
haha. shame on me. ;p


selain online, stalk orang sane sini, tengok tv, kalau aku duk sorang-sorang kat rumah aku suka makan. so, kalau nak makan perkara pertama aku akan buat ialah buka tudung saji. kalau xde makanan bawah saji aku akan buka peti. kalau xde makanan yang boleh makan terus aku akan cari bahan mentah untuk dimasak. HAHA. aku xkisah masak, sedap tak sedap belakang kira. janji perut aku kenyang. (Y)


lagi satu benda yang aku suka buat bila aku sorang-sorang dalam rumah, ialah kemas rumah. memang aku sukaaaaaaaaaaa sangat kemas rumah time tak de orang sebab aku rase sangat selesa, aku gerak bebas kiri kanan depan belakang kiri kanan tanpa halang pandangan mata orang dan lagi satu benda yang bes ialah dapat tahan telinga dari jadi mangsa pendengaraan suara orang bleber macam, ni kena buat macam ni tu kena susun macam tu,ni tak boleh tu tak boleh. isyhhh. rimass tauu! aku yang tengah kemas suka hati aku lah. ye idok?

tapi aku xde lah rajin sangat nak kemas a whole full house. dan aku paling suka kemas bahagian ruang tamu + dapur. bahagian dalam bilik, aku paling tak suka dan jarang kemas sikit. hikhiks. sebab? sebab banyak barang dan aku akan guna tempat tu everyday. ntah tak tau nak describe cenggane tapi aku xdelah kemas bilik sekerap aku kemas bahagian lain. haa, gituww~


 A : u're weird.
B : sorry. 
A : No, that was a compliment =)


done (Y)




No comments: