Sunday, July 31, 2011

best giler !

ASSALAMUALAIKUM ^^

hai bidadara dan bidadari cantik..opah opah datukdatuk yang menawan..kabare ? sihat2 ye....*lol,format nak hantar surat pulak..kekeke~.sape bace sini mesti taw arini aku nak pergi mane..huh ! malas lah tuu nak klik ! takpelah ..

tookk tookk tookk .mak ketuk pintu suroh bangun . sebab semalam dah pesan kat emak sayang suroh kejut awal . tapi memandangkan alarm belom menyakitkan telinga lagi . so,sambung balik tido tido ayam . tapi bile teringat arini ade a-poiment dengan nenek hospital aku gagahi jugak badan untuk bangun. walau mase tuu badan dan jasad masih lagi bercerai berai. masuk bilik mandi tiba tiba satu idea jahat muncul. taknak mandi aci ? sejuuuuuuukkk!! tapi bile pikir balik, demmmmm ! sejak biler aku jadi pengotor camni ! mandi mandi ! 
ni korang,bukan aku.titik.



lepas tuu siap cepat cepat naek motor dengan penyamun, hantar dyer pegi sekolah untuk beliau menimba ilmu samunan nye. terus je bergegas menjemput makhluk yang ke2 untuk ber-gather2 ke hospital..




naek motor balik,baru ingat nak pecut 180/saat ..alih alih jeling minyak,cissss ! pataaaat ! tak taw patat tuu ape ? tanye cikgu masing2. sampai je hospital tengok manusie ciptaan tuhan ramai kemain. macam ade pesta keramaian pembahagian harta pusaka. masing masing muka tenang bukan maen nak tunggu harta harta diagihkan. kalau dapat sikit pom takpe, janji dapat.then aku pergi laah ruang pendaftaran, nak daftar. macam biasa laa layanan,kalau dah name bukan swasta kan,memang gaye nak lawan mak scin chan je sume..konon konon nak bagi aku takot..tapi tak jadilaaaaaaaaah ! bhahahha...





then, cakap laa nak buat medical checkup. makcik misaei tuu suroh kami tulis name, then datang balik esok. sekian . aku mase tuu dah macam ... whaaaaaaaaaaaaaTTTTTTTTT !! ..bukan senang nak suroh aku mandi pagi pagi bute..kena angin pagi sejuk sejuk..dah laa esop dah start pose..wuwuwuww...jom laa sambung tido balik :(


ohhh , satu agi , kepade najihah farhah , saye doa awak cepat sembuh..kalu tidak boleh kiter bergather bertige tige besok . kesian beliau kene air panas. melecur. #okbai .


macam ni lah jika tido dipagi hari.

p/s : nak belajar lukis kartun sendiri laa pulak pasni . *jeles*

kawan .


pade yang sedang buzy + kuat melenting , anda tidak digalakkan scrool sampai habis . entry yang tiada kualiti ini akan membuatkan anda menyumpah seranah . amaran oleh kerajaan malaya , merokok membahayakan kesihatan ..

0034 a.m.
mood : keciwa + bosan + nak marah .
: : update blog sambil on mukebuku .
: : walau takde idea nak hupdate . tapi tetap nak hupdate sebab tengok
  dashboard laju kemain bergerak . cam naik lif je . --"

hai . selamat malam . atau mungkin lebih tepat selamat pagi .
nah gambar takde motip lagi : 


lelaki dari zaman tok kaduk datang tegor aku balik . tapi tuu bukan bende aku nak cerita . abaikan .
aku tak taw nak ambik feel ape malam ni .. mood eksaited nak jumpa kawan aku besok dah hilang dibawak angin sepoi sepoi malam ni . sedia maklum aku di pantai timur yer . memang angin pantai tuu sampai walaupun aku duduk dalam umah dinding konkrip --"

aku semangat kemain mesej : " esop camne? kol bape nih ?"
lepas setengah saat . vibrate jap ... 
" non , sory sangat2. plan kita esop tak jadi sebab aku sakit . so, kite delay dulu okei ?"

nak marah, tak boleh. kawan . nak mengajuk takde motip . aku kan dah matang . ceeeeiiitt !




sorang lagi kawan yang rindu aku .. kawan tetap kawan . takde mood pom balas tetap wajib . 
balas sedaya upaya tak menghampakan agar aer mata beliau tak gugur berduyun duyun . perlu ke ?

Saturday, July 30, 2011

sape ganti pose hari ni ?!


ASSALAMUALAIKUM !

arini korang buat ape ? kuar shopping eh? cik nak tumpang sorang aci ? wuwuwuwu...

ade jugak yang tak buat ape ape macam cik eh? takpe takpe .. sape bosan ? cepat angkat mouse !!heheh
nak dengar cik cerite tak ? kekekke~  *tanak sudah !


Sepasang suami isteri sedang berborak-borak tentang puasa yang belum habis di ganti oleh si isteri. Bulan puasa makin menjelma.. Jadi wajibla si isteri itu tadi menggantikan puasanya secepat mungkin. Maka, si isteri pun berkobar2 semangat untuk menggantikan puasanya keesokan harinya. Pukul 550 am, si isteri terbangun untuk bersahur. Dengan super pantas dan berdesup pegi ke dapur untuk bersahur. Sebabnya waktu imsak dah hampir. Sempat di makan, bijirin sarapan dan pisang serta air. ( Bangun lambat tak sempat nak masak. )
Bersiap-siap untuk ke pejabat, tiba-tiba si suami bersuara,
Suami :  Sayang puasa ke?
Isteri : Puasa.. Kenapa?
Suami : Bukan sayang tak boleh sembahyang ke?
Isteri :-$ sob sob sob ...
 adddduuuuhhhhh ! itu je lah cerite cik .. heheh, harap2 dah takde yang ganti pose hari ni eyp :)

p/s : hari ni duk umah, nak khatam cite nustan..lalalalala~

Thursday, July 28, 2011

semangat rimau lawan singe !!


ASSALAMUALAIKUM ^^

Sile same same ambik mood excited tuk malam ni ye kawan kawan!..kuikui..aku arap sangat sangap  HARIMAU MALAYA dapat banggakan Malaysia malam nie :) gomo rimau gomo !! malam ni laa peluang korang, penentu hidup ataw mati kan?,,kalau dulu die 5-3 , sekarang kite baham 5-1..bagi laa dye satuu..kan menangis pulak singe..huhu~


bakal pejuang malam ni : 

PENJAGA GOL: 
Khairul Fahmi

PERTAHANAN:
Mahali Jasuli, Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Asraruddin

TENGAH:
Amar Rohidan, Kunalan, Amirulhadi ,Ismail​ Faruqi

PENYERANG:
Safee Sali, Hadi Yahya


ol de bess laa tuuk khairul fahmi , ni la mase kamu untuk buktikan balik selepas kekecohan harituu..
untuk aidil zafuan lak selamat masuk maen, arap2 dah tak sakit dah..haa,satu agi tuuk shafiq, selamat menjerit kuat kuat eyh :)


cik harap malam ni kat terengganu tak hujan kilat guruh cam aritu..grrr~giler geram kalu tengok kot ASTRO ! ok lah , cik nak ulas panjang panjang pom tak reti pasal bola nih..kite pakat tunggu jelah ramai ramai depan tivi!!


p/s : ramai ke blogger pegi stadium mlam ni ? :)

p/s/s : sape kate pompuan tak suke tengok bola ?? grrrrr~



Wednesday, July 27, 2011

wORDLEsS WEDnESDAY #6 | muhasabah diri


ASSALAMUALAIKUM ^^



.“ Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh badannya, dan sekiranya ia buruk maka buruklah kesemuanya. Ketahuilah ia adalah hati.”



ye , saye tahu tak wordless sangat kan ? tapi saje, nak ajak awak awak semua muhasabah sekejap :)

Tuesday, July 26, 2011

*SPEECHLESS*



TARIKH : 26 JULAI 2011


PERTANYAAN BAKI : RM 53.77



aku nak makan ape masuk u nanti ? grrrrrrrr~
sape nak derma kat saye ? nak bagi no akaun ni ! :(


Monday, July 25, 2011

BAS TANPA PEMANDU (seram malam)


Amaran keras kepada penakut dan mereka yang maseh tido dibawah ketiak mak, anda tidak digalakkan membace :)
Kisah bermula pada suatu malam… Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie bersama rakannya (nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India … tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.
Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.
Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka.
Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2?
“Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang” Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.
sebelum tido jgan lupe basuh kaki bace doa eyp ! hehehe .

FAKTA KELAKAR YANG BOLEH BUAT KORANG MERENG !


Salam pagi semua kanak kanak ribena sekalian.. cepat, sekarang kita sama sama akan mereganagkan urat2 saraf dikepala yang serabut berfikir soal dunia, kali ni tak payanh nak lompat2 bintang bagai okei ! duduk je situuu .. pedulikan !! jom,rehat sebentaarrr !
Tahukah Anda!!!
1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.
2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.
3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.
4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.
5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.
7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.
8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.
9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.
10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.
11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.
12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.
13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.
14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.
15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.
16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.
17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.
18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.
19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.
20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.
21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.
22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.
23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.
24. Tahukah anda?..anda telah berjaya mengukir secebis senyuman dihapadan komputer anda sendiri dan sekarang anda sedang berusaha untuk mencover nya agar tidak jelas kelihatan mereeenng ! :)  

Sunday, July 24, 2011

HIDUP AHAD PAGI ! :)



ASSALAMUALAIKUM ^^


salam hari ahad yang sangat ceriaa.. ekoran hujan dan angin yang kuat semalam, banyak sampah sampah bergelimpangan di tengah tengah jalan menuntut keadilan . embun embun pagi yang segar juga turut membuatkan aku senyap menggigil di atas motor tadi saat ketika pukul 0710 waktu malaysia . saat ituu kedengaran riuh suara burung burung keluar mencari rezeki untuk anak anak dan diri mereka . tetibe teringin je nak jadi burung jugak .. wooooooooohhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaa !!


hehe . saje je nak ambik feel pagi pagi . nak suruh otak ligat berfikir sambil hati kembali tenang . banyak sangat benda nak kene buat hari ni .. nak pergi fikir pasal slip muet yang hilang jaappp ! nak pergi print surat , pergi bank . ambik borang ..*walaupom malas membuak buak . ooohhhhh tidak cik non ! bangun , cepat ! senam lompat bintang sekarang :) 

kamu kamu pom senyum ye :)


yeaaaaaaaa ! kamulah orang orang yang berjaye ! :)

meroyan tengah tengah malam ~


hai hai ! selamat malam .

jam kat desktop : 0025
pesal lah tak ngantuk ngantuk agi,esop nak kene bangun awal .. hurm :) takpe takpe..
jom conteng blog lagi.. heh! taksuke bace? blog saye suke ati saye laar~ :P hehe 




1. If your lover betrayed you, what will your reaction be ?
hati terus berdarah serta merta dan berharap 
beliau tak pernah wujud dalam dunie saye :P
2. If you can have a dream to come true, what would it be?

saya nak atur perjalanan hidup saya dengan jayanya :)


3. Whose butt would you like to kick?
hehe . korang kot? tak tak . nextt !

4. What would you do with a billion dollars?
pergi hantar mak ayah buat haji *baek tak ? 
melancong . beli choclate banyak banyak .. shopping . derma :)
nak duduk umah goyang kaki sambil tengok bisnes 
berkembang maju pesatnye *winkwink


5. Will you fall in love with your bestfriend?

hope .



Saturday, July 23, 2011

Segmen BW pantas kotak bulat!



ASSALAMUALAIKUM ! :)


cantekkan header cik kb yang baru ? 
rase macam nak curi je letak kat blog sendiri :P

sebab sebenar cik join segmen ni adelah kerana sesungguhnya cik sedang kecewe 
negare kite kalah kat singapure tadi 5 - 3 kauuuuuuu ! 
tolong laa jangan ulang lagi pasni .. sedih taw !
baru je ambik feeling nak fol in lurve dengan sharbinee alawi.. 
opss.. tergatal pulak ! kuikuikui ..

okei2 topik asal balik :

.
.






 " Mood : rajin nak blogwalking sampai pitam"

pendapat aku tentang blog cik kb :

  • sumpah terkejut beruk cik bile mule mule taw yang blog ni baru berusie due bulan kot .. terus lepas tuu cik rase kagum terus nak polo :)
  • hehe..mule mule polo blog ni rase agak malu sebab ingat ke blog ni blog laki rupe2nye pompuan .. seb baek tak terlepas cakap.. :P (engat tak saat cik shout kat cbox ade blog kene hacked tuuu?lalallal~)
  • bagi cik blog cik kb kemas dan cantek, takde banyaaaakkk binatang binatang yang bergantung yang akan membutakan terus kedue belah bijik mate *thumbs up !
  • ketiadaan lagu jugak membuatkan cik rase tak payah nak pikir tigeratusenampuluhlime kali sebelum masuk belog nih..boleh karok lagu sendiri puaspuas! (:
  • apelagi? korek2 haaa! cik kb sangat peramah orangnye..sepuloh kali cik tegor beliau kat cbox, sepuloh kali jugak beliau balass..wahahha,macam suri internet sepenuh mase betol..hehe..*joke
  • okei laa kot panjang2 kan tak jadi cik nak pegi bw .. tata ! (:


gambar takde motif.

KORANG PERNAH COUPLE TAK ?



ASSALAMUALAIKUM ! 
salam hari sabtu yang indah yer semua :) 
tarik nafas dan bersyukurlah korang maseh bernafas kan? ALHAMDULILLAH . 



pada suatu hari, burung burung pom berkicau kicauan , maka berlakulah dialog ini : *erk

Hasif : Kau pernah couple tak?
Luqman: Err… selama 21 tahun hidup ni aku tak pernah couple.
Hasif : Tipu lah! Tak kan sekali pun tak pernah?
Luqman : Betul lah. Tak percaya sudah!
Hasif : Kau tengok Ain dengan Hasyir tu, sweet kan tengok diorang couple.
Luqman : Sweet macam mana tu?
Hasif : Ye la! Aku dengar dah lama diorang bersama, dari zaman sekolah lagi. Dekat tujuh tahun tu! kekal lagi diorang sampai sekarang. Alangkah bagusnya kalau aku dapat makwe macam Ain tu.
Luqman : Makwe macam Ain?
Hasif : Aku ni tiada siapa nak kat aku, aku juga tak pernah couple. Aku tidak pernah rasa cinta dari seorang perempuan, aku rasa macam hidup aku kosong je. Kalau ada makwe kan seronok. Hmm… ada orang yang ambil berat tentang aku, makan minum aku, sihat ke tidak. Rasanya aku kena tukar stail aku kot supaya aku lebih nampak hot dan menarik di mata perempuan.
Luqman : Astaghfirullah hal’azim…! Kau cakap apa ni Hasif? Aku juga tidak pernah couple, tapi aku tidak pernah merasakan kekosongan dalam hidup aku. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada bersama hamba-hambanya, jodoh pertemuan itu Allah S.W.T kan dah tentukan. Siapalah kita untuk mempersoalkan kuasa-Nya?
Hasif : Aku teringin ada seseorang yang aku cintai dalam hidup aku.
Luqman : Hasif, setiap manusia itu memang tidak terlepas daripada perasaan ingin bercinta dan dicintai. Cinta itu fitrah cuma jangan sampai cinta itu menjadi fitnah. Kau lihat sahaja pasangan couple yang ada di sekeliling kita. Aku tidak mahu kau menjadi salah seorang daripada mereka! Kekalkan penampilan kau sebegini, biar nampak sederhana asalkan sempurna! Dekatkan diri pada Allah, sentiasa berdoa. Insyaallah, jodoh kau pasti tiba suatu
hari nanti.
saya curi entry ni kat sini sebab saya dah join giveaway beliau :) 
timekaseh . 

  

Friday, July 22, 2011

KISAH LELAKI KACAK .



Assalamualaikum kakak cantek dan abang kacak ! :) 
sekali sekala ye , moh kite indahkan hati membaca kisah kisah teladan, moge dapat sikit 
sebanyak manfaat :)


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung..