Thursday, August 29, 2013

BERINAI


Fefeeling gediks.
Thanks to Ezaty and Jie (and whoever) sebab always spend time kat rumah aku.
Selalu sudi nak tido umah aku. Teman aku. Selalu sanggup nak buat kerja gila dengan aku.
ihik ihik. ntah mende mende je tetiba pakai inai khooonn.
Kawin tak tunang tak orang datang merisik pun tak. isyhh.
2200pm 16 Ogos 2013 


.____.

ntah bila ntah inai yang kat kulit ni nak hilang letih jugak gaha dengan air. haha.
tu lah gediks lagi. dah lah tak sampai 2 minggu lagi nak masuk belajar. ggr.


Wednesday, August 28, 2013

CATs



Sekarang ni kat rumah aku ade sekor kucing. nak kate anak kucing tu takde lah sangat dan nak kata mak kucing tu pun tak de lah sangat. sedang sedang gitu. umo remaja muda bergetah macam aku lah kot. Memang dari dulu lagi sampai hari ni rumah ni tak putus putus bela kucing. sejak zaman aku tak lahir lagi, tok aku dah gigih bela kucing, arwah ayah pun sama. kadang kadang kat rumah ni boleh sampai berbelas belas ekor kucing pun ade. sampaikan bilangan haiwan ni melebihi jumlah manusia dalam rumah ni, tapi kadang-kadang tu bila dah ramai sangat anak kucing kat rumah then kucing tu pun dah pandai buat hal tak respek tuan dia, dah tak pandai nak bezakan kaca dengan permata, tikus dengan anjing, ikan dengan ayam, -..- so, biasenya arwah ayah pergi hantar mereka kat tempat lain. terpaksa. sebab kami berniaga, tak boleh lah kotor sangat.


Sejak arwah ayah takde, kedai pun dah buka balik, pakcik aku buang sume kucing-kucing yang ade kat rumah ni. sebab nak berniaga kedai makan ni takleh kucing ramai. kadang-kadang tu kucing ni duk curi ikan yang ade kat dapur, dah tutup tindih dengan batu pun dia still pandai lagi mencuri. Dia duk kwangjaq berak merata ke sape nak layan? kau?

So, nak dijadikan cerita, masa bulan puasa haritu, a month ago, ade lah sekor remaja kucing ni bersiar siar keliling rumah aku, awal2 tu dia nak masuk tak berani so, dia bertenggek tenggek je lah mengiaauuww ngiaaaauuw depan pintu rumah macam lapar gitu, tak pun mintak perhatian uji belas perikemanusian manusia ni macam mane. asal asalnya kami just bagi jelah makanan kat luar rumah, macam buat slogan "dont you dare to step in", dah macam tak nak dah bela kucing masuk rumah lagi. aku tak cakap lah betul betul~   but, after a week gitu lah tak silap aku kucing ni terus jadi manja, naik lemak gituu, dah pandai dah masuk rumah, tidur dalam rumah atas sofa buat macam sofa tu ayah dia yang belikan. watlek wakpis wakdek je.

Tapi nasib baik lah kucing ni jenis tak berak dalam rumah, jenis pandai je, nak berak silalah cari pasir kat luar sane yang terbentang luas, nak labur, korek dan kambus balik, so aku pun tak kisah lah dia nak duduk tumpang sekaki empat kaki duduk dalam rumah ni like a boss pun. tak kisah, asal malam tidur kat luar sudah. 

Kucing ni sangat manja dengan aku. manja sangat. Bila dah lama duk sini, dia macam tau je, yang mana satu bilik aku, so, kadang-kadang bila dia nak tido, dia pun masuk bilik aku tidur atas katil, kadang-kadang tu terkejut jugak lah aku sesedap landing atas katil mata tengok lappy, paling-paling kat sebelah ade kucing. kadang-kadang tu sampai aku tengah baring rilek rilek main phone, dia lepak je naik naik katik, panjat badan aku, then tidur atas perut aku. heuuw heuuw. dan sekarang pun manja sangat sangat. walaupun seme orang dalam rumah ni duk marah aku bawak masuk kucing sampai bilik, tapi aku macam malas je nak dengar. haha, kejam tak.

sebab nya aku rase aku dapat rasa ape yg dia rasa, aku rase dia pun lonely macam aku sebab tak de kawan dalam rumah ni, macam aku lah, kalau semua orang buzy, aku pun buat buat buzy jugak lah dengan lappy, so, aku malas nak marah kucing ni, sebab aku rasa dia datang nak hiburkan aku, bercakap dengan kucing kan dapat hilangkan stress tapi jangan lah lelebih pulak, ye dah? 



oh, aku lupa nak cerita se benda, nama kucing ni kan? hm, aku senanya tak pernah bagi nama kat suma kucing-kucing yang pernah aku bela, sebab aku tau aku akan end up panggil mereka dengan "kucinnngg" "sayaannngg" and "meaauu meaaauu". So, what for? i love them. :)


Thursday, August 22, 2013

Syahidkan Aku.


Aku, hanya mampu membaca dan berdoa. 
Moga dijauhkan Allah dari segala macam mala petaka. 
Moga Allah tetapkan iman hingga ke hujung nyawa. 
Moga Allah ampunkan khilaf dan terima segala ibadah. 
Moga mati dengan lafaz 'Lailahailallah' dan jihad fisabilillah. 

Sungguh aku takut dan gusar. 
Inikah dunia akhir zaman? 
Tua sangat ke bumi sekarang?
Dekatkah aku dengan kematian?

Kadang-kadang rasa tak faham.
Mesir negara Islam,
Tempat para ulama' dibesarkan,
Tapi kenapa keadaannya begitu mendasyatkan? 
Beribu ribu nyawa terkorban,
Bangunan bangunan diletupkan
Anak anak kecil dimatikan,

Kadang kadang memang tak faham,
Kenape syiah berani tampil terang-terangan?
Padahal Islam ajar manusia semua perbuatan
Mana satu putih mana satu hitam
Mana satu hak mana satu batil,
Mana satu lurus mana satu bengkok,
Berani nya mereka,
Datang menyesatkan,
Tapi aku rasa mereka berani sebab mereka yakin,
Misi mereka tak banyak tapi pasti akan berjaya,
Menyesatkan anak-anak Adam yang kini makin alpa,
Yang kini makin jauh dari ajaranNya.

Kenapa pemimpin-pemimpin diam?
Mana kuasa mereka?
Tunduk dengan duit? Tunduk dengan ketakutan?
Hebatnya perancangan Israel, 
Diam diam pasang strategi,
Satu persatu negara dijatuhkan,
Sikit demi sedikit umat Muhammad dihapuskan,
Walaupun asalnya tanah mereka tiada di bumi. 


Walaupun banyak yang aku tak faham,
Walaupun banyak yang menyedihkan berlaku terang-terangan,
Walaupun banyak benda yang memusykilkan, 
Tapi aku kena percaya setiap yang berlaku ini adalah benar,
Telah lama Allah bagi amaran, 
Telah lama Allah ceritakan,
Di dalam Alquran, hadis dan sunnah,
Pelbagai peringatan diperingatkan,
Tapi berapa ramai yang ikut? 
Berapa ramai yang perasaan?
Indahnya syurga dunia bagai aku hidup selama-lamanya. 
Ya Allah berdosanya rasa. 
Jika Islam seluruh dunia bersatu, dengan izinNya, 
Pasti menang Islam.
Tapi tipisnya iman aku, pengecutnya aku,
Bangun tegakkan Islam pun payah,
Kuatnya syaitan bersatu menentang anak-anak Adam, 
Tak payah perhati jauh, 
Perhati kat diri sendiri, perhati kat sekeliling,
Agak-agak sape yang menang?


Malunya aku mengaku umat Muhammad,
Layakkah aku mendapat syafaatnya kelak?
Nak berselawat pun berat,
Malu, sungguh aku malu. 
Alpanya aku. 
Ya Allah, ampunkan aku,
Rasulullah, terimalah aku. 


Ya Allah, matikanlah aku dalam iman,
Syahid kanlah aku dijalanMu,
Janganlah Engkau palingkan aku dari rahmatMu. 

YA ALLAH,
Selamatkanlah Islam,
Satukanlah umat Islam, 
Sebarkanlah sinar Islam,
Agar lebih ramai yang dapat rasa keindahannya. 

1:44pm :  22/8/13

Doa untuk Mesir :


Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

Ya Allah jadikan kami termasuk orang-orang yang memenuhi janji tatkala berjanji, termasuk orang-orang yang sabar dalam kesulitan, penderitaan dan dalam pertempuran. Jadikan kami termasuk mereka yang benar imannya dan mereka yang bertaqwa.

Ya Allah, tutuplah aurat dan keburukan kami, gantikan kekhawatiran kami dengan keamanan, jagalah kami dari depan kami, dari belakang kami, dari kanan dan kiri kami, dari atas kami. Dan kami berlindung kepada-Mu dari ancaman serangan di bawah kami.

Ya Allah kami mengadu kepada-Mu tentang lemahnya kekuatan kami, sedikitnya daya upaya kami, dan pandangan hina orang lain kepada kami, wahai Dzat yang Paling Menyayangi.. Engkaulah Rabb orang-orang yang tertindas dan Engkaulah Rabb kami, jangan biarkan kami mengurus diri kami sendiri tanpa bantuan-Mu. Ya Allah jangan biarkan kami mengurus diri kami sendiri tanpa bantuan-Mu sekejap mata pun, dan jangan serahkan kami kepada siapa pun di antara makhluk-Mu.

Ya Allah, tolonglah saudara-saudara kami di Mesir atas musuh-musuh Islam, tolonglah mereka dalam menghadapi semua yang membantu musuh-musuh-Mu dan memusuhi wali-wali-Mu, serta siapa pun yang menolak syariat-Mu dan menekan dakwah-Mu. Ya Allah, turunkan kepada mereka hukuman-Mu yang tak kan terhindarkan dari orang-orang yang berbuat jahat. 

Ya Allah, wahai Pemilik tipu daya yang kokoh, lenyapkan tipu daya dan makar mereka. Ya Allah, jangan biarkan satu jalan pun bagi mereka untuk menghinakan seorang pun di antara hamba-hamba-Mu yang beriman.

Ya Allah, tolonglah dakwah kami, sebarkan fikrah islamiyah kami, berkahi ukhuwah kami, jinakkan dan satukan hati kami, bimbinglah para pemimpin kami, dukung lah mereka dengan kebenaran di mana pun mereka berada, dan jadikan kami satu shaf bagaikan bangunan yang tersusun kokoh.
دُعَاءُ الرَّابِطَةِ …
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةَ وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةَ وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلِّ اللّهُمَّ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.

Sunday, August 18, 2013

SALAM AIDILFITRI (1)


Selamat hari raya semua. maaf zahir dan batin. Moga syawal tahun ni terus diberkati disinari dan disayangi. Walaupun ade banyak cerita nak kongsi, tapi tak banyak pun yang sempat tertulis,hehe, since this is hari raya so, rasanya semua orang pun faham faham je kronologi cerita hari raya kan? ye dak?

Syawal tahun ni kira kali pertama aku sefamily sambut raya tanpa ayah. Rindu tak yah cakap ah.  tapi belajar cekalkan hati. Yang pergi tetap pergi. Lepas solat sunat aidifitri hari tu, shoot terus pergi kubur arwah ayah dan makcik. baca yassin. Moga arwah dapat rasa kedatangan kami anak beranak :)


Satu Syawal.

Ni je gambar family besar belah mak yang aku ade. cilok kat fb. gambar yang lain dalam ipad kakak. Disebabkan ipad ni not very friendly to others, so, xdapatlah nak bluetooth. Nak beremel emel memang malas haiihh. Ni pun tak semua ahli yang ade. boleh kata 3/4 jeww.

Selamat berayeeeeeee. OTW balik kampung :D



Dua Syawal.

dalam banyak banyak gambar famili ni je aku rase yang paling okey. walaupun lightning tak cantik, tapi ni je lah paling okay compare to the others. ni pun bergambar nak cepat sebab nak kena gerak pergi rumah sedara. Abang aku malas nak bergambar sebab nak tengok Lee Chong Wei. Tak bergambar sangat pun tahun ni. soobs. 




Tiga Syawal.

hehe. gambar curi kat instagram Dibah. cantik gilak Dibah, tu yang pakai baju pink colorblog biru tu. hehe. pergi makan nasi minyak dia, eh, kakak dia ;p
Selamat pengantin baru kakak dibah :



Empat Syawal.


bakal-bakal pengantin .p



Selamat pengantin baru kakak kepada Insyiraaaahh. cantik gila kakak dia. Boleh dikatekan kawin muda lah, 23 tahun gituuw. hehe, tak letak pulak gambar dengan pengantin. Bagus jugak orang yang buat kenduri time raya ni kan, sebab ramai orang cuti, so, rase seronok je boleh jumpa ramai ramai dengan kawan. beraya sekali. happening gila jumpa geng. Padahal bukannye lame sangat pun tak jumpa. seronok rase bila semua tak sombong pun, selambe je tepuk bertampar. Insya Allah, kawan sampai mati. :)




Empat Syawal : Bergambar sesi petang.

Jie, Ezaty, Aniq n Me.
Tasik Puteri Bukit Besi,


Lame giler rasenya beraya tahun ni, sampai raya ke 10 pun tak habis lagi raya. haha. Dari pagi sampai petang, kadang-kadang magrib baru sampai rumah beraye. zzzz. seronok. Thanks kawan-kawan. 

Hari raya 5 and so on in another entry ^^



Monday, August 12, 2013

RESULT?


Alkisahnya bermula, setelah diperkenankan duli duli yang mulia sultan firauuuuun, eh, mana firaun pakai sultan lah, ditetapkan bahawa tarikh keluar result budak degree jatuh pada 3 haribulan lapan pada bulan puasa. Maka tunggulah semua budak budak yang nak dapat result depan laptop depan smart phone mereka. Dan guwa bet ramai yang duk refresh email 26436809753411247898 kali lepas pukul 12 malam tuu. ye daakk? eleh, maluu letteww nak mengaku. 

Wa pun pada asalnya memang setia jugaklah menunggu depan lappy, depan twitter pun same. eh? Saje je nak ambik fefiling nebes tunggu result ni. Bukannya selalu kan dapat rase macam ni. Setahun dua kali jeww. so, apelah salahnya mendera hati dengan perasaan ni. aher aher~ 

Tapi senanye tak lame pun wa bertahan, dalam 45 minit cenggitu je ambik ambik perasaan kat twitter facebook, letih jugak refresh email, last last guwa angkat bendera putih, takpelah sahur karang lah kita cek balik. Guwa pun campak laptop tarik selimut. 

Tapi tapi tak sempat wa nak mimpi naik ke bintang, kahwin dgn DR sheikh Muszafar, hansed duk bunyi bising-bising. Rase nak campak bawah katil je. Tak sangka pulak kuat bunyi noti wassap ni. Maklumlah biase tido mati. Belum pun lena, guwa dah terjaga balik. jam pukul 230 pagi. Jaja muddy jerit jerit kat wassap, dia dah dapat result. Memang cuak habis lah guwa tengok dia macam sedih sedih gituw. Lepas kena paksa guwa chek jugak result, memang dup dap dup dap lah jugak, mengigil tangan nak on lappy.   




















hurm. 


hurm. 


tak tahu nak rase mende. Bersyukur memang lah. Alhamdulillah, xde fail, and still dapat maintain DL. tapi ade lah jugak rase macam aaaaaaaaaaaaaaaaaaaargh, why my BEL C+? disappointed  sangat sangat sebab unexpected. Dulu, Dr Azman pernah cakap "dont worry about your result, i normally give at least B to my students". Kawan2 aku yang dah pernah belajar dengan Dr Azman ni pon cakap mende yang sama, dont worry to much about your final result. tapi alih alih bila check result jadi gini sape tak sedih woii? rase macam nak call Dr pukul 3 pagi tu jugak. hurm. 

Rasenye tak pernah lagi dapat C along this 4 semester. tapi hm, redha jelah kan. dah memang aku tak pandai. terima kelemahan diri. tapi memang sediiiiiiihhhhhhhhhh sebab result BEL tu effect CGPA. rasenye kalau dapat B- pun kalau kurang tak de ah jatuh sangat result Y.Y but anyway bersyukur, sedih jugak bila dapat tahu sem ni tak ramai sangat dapat DL. sumpah rase macam tak syok.


 *****

Disebabakn cuti sem kali ni time raye, so, mase beraya dengan kawan2 biase lah jugak cakap pasal result dengan kawan2 yang U lain. oh, and aku baru tau, UKM dean list dia 3.73 bapak ah tinggi standart. Mesti sebab ramai sangat ni dapat dean. hehe.  Just ape yang aku nak cakap kat kawan2 aku yg cakap "wauu,every sem dean?" Actually u cant compare our result on each other, seriusly there are many many many different things in our course. tengok kite punye assesment sudah a tak same kan? seriusly we cant compare each other. kalau budak engine, budak kimia yang terer terer mase kat sekolah dulu,pastu study macam nak mati for final but u still cant achieve dean list howsoever, what are you guess? u're good enough. be grateful :)