Wednesday, August 28, 2013

CATs



Sekarang ni kat rumah aku ade sekor kucing. nak kate anak kucing tu takde lah sangat dan nak kata mak kucing tu pun tak de lah sangat. sedang sedang gitu. umo remaja muda bergetah macam aku lah kot. Memang dari dulu lagi sampai hari ni rumah ni tak putus putus bela kucing. sejak zaman aku tak lahir lagi, tok aku dah gigih bela kucing, arwah ayah pun sama. kadang kadang kat rumah ni boleh sampai berbelas belas ekor kucing pun ade. sampaikan bilangan haiwan ni melebihi jumlah manusia dalam rumah ni, tapi kadang-kadang tu bila dah ramai sangat anak kucing kat rumah then kucing tu pun dah pandai buat hal tak respek tuan dia, dah tak pandai nak bezakan kaca dengan permata, tikus dengan anjing, ikan dengan ayam, -..- so, biasenya arwah ayah pergi hantar mereka kat tempat lain. terpaksa. sebab kami berniaga, tak boleh lah kotor sangat.


Sejak arwah ayah takde, kedai pun dah buka balik, pakcik aku buang sume kucing-kucing yang ade kat rumah ni. sebab nak berniaga kedai makan ni takleh kucing ramai. kadang-kadang tu kucing ni duk curi ikan yang ade kat dapur, dah tutup tindih dengan batu pun dia still pandai lagi mencuri. Dia duk kwangjaq berak merata ke sape nak layan? kau?

So, nak dijadikan cerita, masa bulan puasa haritu, a month ago, ade lah sekor remaja kucing ni bersiar siar keliling rumah aku, awal2 tu dia nak masuk tak berani so, dia bertenggek tenggek je lah mengiaauuww ngiaaaauuw depan pintu rumah macam lapar gitu, tak pun mintak perhatian uji belas perikemanusian manusia ni macam mane. asal asalnya kami just bagi jelah makanan kat luar rumah, macam buat slogan "dont you dare to step in", dah macam tak nak dah bela kucing masuk rumah lagi. aku tak cakap lah betul betul~   but, after a week gitu lah tak silap aku kucing ni terus jadi manja, naik lemak gituu, dah pandai dah masuk rumah, tidur dalam rumah atas sofa buat macam sofa tu ayah dia yang belikan. watlek wakpis wakdek je.

Tapi nasib baik lah kucing ni jenis tak berak dalam rumah, jenis pandai je, nak berak silalah cari pasir kat luar sane yang terbentang luas, nak labur, korek dan kambus balik, so aku pun tak kisah lah dia nak duduk tumpang sekaki empat kaki duduk dalam rumah ni like a boss pun. tak kisah, asal malam tidur kat luar sudah. 

Kucing ni sangat manja dengan aku. manja sangat. Bila dah lama duk sini, dia macam tau je, yang mana satu bilik aku, so, kadang-kadang bila dia nak tido, dia pun masuk bilik aku tidur atas katil, kadang-kadang tu terkejut jugak lah aku sesedap landing atas katil mata tengok lappy, paling-paling kat sebelah ade kucing. kadang-kadang tu sampai aku tengah baring rilek rilek main phone, dia lepak je naik naik katik, panjat badan aku, then tidur atas perut aku. heuuw heuuw. dan sekarang pun manja sangat sangat. walaupun seme orang dalam rumah ni duk marah aku bawak masuk kucing sampai bilik, tapi aku macam malas je nak dengar. haha, kejam tak.

sebab nya aku rase aku dapat rasa ape yg dia rasa, aku rase dia pun lonely macam aku sebab tak de kawan dalam rumah ni, macam aku lah, kalau semua orang buzy, aku pun buat buat buzy jugak lah dengan lappy, so, aku malas nak marah kucing ni, sebab aku rasa dia datang nak hiburkan aku, bercakap dengan kucing kan dapat hilangkan stress tapi jangan lah lelebih pulak, ye dah? 



oh, aku lupa nak cerita se benda, nama kucing ni kan? hm, aku senanya tak pernah bagi nama kat suma kucing-kucing yang pernah aku bela, sebab aku tau aku akan end up panggil mereka dengan "kucinnngg" "sayaannngg" and "meaauu meaaauu". So, what for? i love them. :)


No comments: