Sunday, August 18, 2013

SALAM AIDILFITRI (1)


Selamat hari raya semua. maaf zahir dan batin. Moga syawal tahun ni terus diberkati disinari dan disayangi. Walaupun ade banyak cerita nak kongsi, tapi tak banyak pun yang sempat tertulis,hehe, since this is hari raya so, rasanya semua orang pun faham faham je kronologi cerita hari raya kan? ye dak?

Syawal tahun ni kira kali pertama aku sefamily sambut raya tanpa ayah. Rindu tak yah cakap ah.  tapi belajar cekalkan hati. Yang pergi tetap pergi. Lepas solat sunat aidifitri hari tu, shoot terus pergi kubur arwah ayah dan makcik. baca yassin. Moga arwah dapat rasa kedatangan kami anak beranak :)


Satu Syawal.

Ni je gambar family besar belah mak yang aku ade. cilok kat fb. gambar yang lain dalam ipad kakak. Disebabkan ipad ni not very friendly to others, so, xdapatlah nak bluetooth. Nak beremel emel memang malas haiihh. Ni pun tak semua ahli yang ade. boleh kata 3/4 jeww.

Selamat berayeeeeeee. OTW balik kampung :D



Dua Syawal.

dalam banyak banyak gambar famili ni je aku rase yang paling okey. walaupun lightning tak cantik, tapi ni je lah paling okay compare to the others. ni pun bergambar nak cepat sebab nak kena gerak pergi rumah sedara. Abang aku malas nak bergambar sebab nak tengok Lee Chong Wei. Tak bergambar sangat pun tahun ni. soobs. 




Tiga Syawal.

hehe. gambar curi kat instagram Dibah. cantik gilak Dibah, tu yang pakai baju pink colorblog biru tu. hehe. pergi makan nasi minyak dia, eh, kakak dia ;p
Selamat pengantin baru kakak dibah :



Empat Syawal.


bakal-bakal pengantin .p



Selamat pengantin baru kakak kepada Insyiraaaahh. cantik gila kakak dia. Boleh dikatekan kawin muda lah, 23 tahun gituuw. hehe, tak letak pulak gambar dengan pengantin. Bagus jugak orang yang buat kenduri time raya ni kan, sebab ramai orang cuti, so, rase seronok je boleh jumpa ramai ramai dengan kawan. beraya sekali. happening gila jumpa geng. Padahal bukannye lame sangat pun tak jumpa. seronok rase bila semua tak sombong pun, selambe je tepuk bertampar. Insya Allah, kawan sampai mati. :)




Empat Syawal : Bergambar sesi petang.

Jie, Ezaty, Aniq n Me.
Tasik Puteri Bukit Besi,


Lame giler rasenya beraya tahun ni, sampai raya ke 10 pun tak habis lagi raya. haha. Dari pagi sampai petang, kadang-kadang magrib baru sampai rumah beraye. zzzz. seronok. Thanks kawan-kawan. 

Hari raya 5 and so on in another entry ^^



No comments: