Monday, August 8, 2011

SYUKUR . 8 ramadhan :)


ASSALAMUALAIKUM sahabat sahabat handai . salam 8 ramadhan yep. Alhamdulillah syukur.masih lagi diberi peluang bernafas dan masih lagi segar bugar disaat insan laen ade yang sedang menanggung keperitan, ade yang sedang menunggu ajal datang . syukur lagi masih diberi peluang sujud. mohon keampunan . taubat .

sebagai renungan kita bersama, tambah ilmu yang mane kurang, tambah pahala yang mana mampu . jangan laah sekali kita sia siakan ramadhan yang datang, kerana esok belum pasti kita masih diberi peluang ini..tak tak..mustahil kita tahu rahsia-NYA.



  • Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)


  • Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

  • Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

  • Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

  • Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

  • Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

  • Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

  • Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim) 



8 comments:

.fariza. said...

perkongsian berguna tuk semua :)
makaseh.

Ardini Humaira said...

semoga kita memperoleh keberkatan daripada Allah SWT, amin..

:)

shahjiehan said...

rasa cam cepat je kan masa berlalu....

fRaMe+LenSeS said...

terima kasih berkongsi. Nadh suka. ;) nice one. ;) maaceh sgt.

KABAKOGA said...

harap2 ramadhan kali ni betimbun2 pahala kite semua dapat..
amin..

sekamar rindu said...

salam..

syukur alhamdulillah..

adibah husna said...

non2!ak amik satu,nk share kat fb :D

iMBobo said...

bagusnya share benda2 mcm ni :)