Monday, July 3, 2017

Gold

Dari zaman budak budak sampai sekarang kisah malam raya aku lebih kurang sama je. Takde banyak yang beza. Mungkin kalau nak beza banyak lepas ni pun bila raye rumah mertua pulak. Hahaha. Tu pun kalau ade rezeki kahwin. Insha Allah.

Rutin start dari lepas siap berbuka puasa, bersihkan diri masing2 semua solat magrib Isyak then terus kemas rumah. Semua kena tolong pasang carpet, pasang alas meja, letak kuih dalam balang, sapu rumah. Then sambil sambil tu main mercun. Aku ingat last skali main mercun kaw kaw punya dengan arwah ayah. Lepas tu takde dah, xsyok sgt layan mercun sebab biase stok mercun bebanyak ayah je yang selalu beli. Ayah, IMY :'

Lepas siap kemas rumah aku akan iron baju raya semua orang. Sampai berpeluhh. Sampai give up dah dah esok pulak sambung. Then, acara masukkan duit dalam sampul & yang paling tak missed every year, pakai emas. Pakai gelang and pakai rantai.

Tak masuk dapur? 
Biasenya mami dgn tok akan prepare all the things utk masak petang raya tu and pagi esok baru bangun gelap2 tuk masak. So, lampu dapur memang takkan on sampai melebihi pukul 12 pun.  

Tahun ni mak suruh aku masak tuk hari raya 1st. Aku buat nasi arab dua puyuk. Setengah kilo setengah kilo sebab piyuk kecik aje. Yeee, aku mengaku ni 1st time aku bangun pukul 4 pagi tuk masak. Hahaha. Paling awal dulu pukul 5 pagi gigih bangun buat sushi tuk ex bf. Punyalah excited kita nak bagi orang yg kita syg makan air tangan kita. Hmm gigih betul. 

Seronok tengok ahli keluarga sepupu sepapak mak and pak sedara makan nasik arab aku sampai habis. Habisss woi dua puyukkkkk. Fuhhhh terus hilang penat bangun awal. Ala, instant je pun rempah dia. Semua puji sedappp. Ni rase semangat nak masak lagi next time. Hihihi. 

Ohh, back to our main topic,
So lepas dah iron baju, isi duit dalam sampul, adalah acara pakai gelang, dulu aku dengan kaklong mesti pakai sesama. Yang kasar sikit mak kasi kaklong, yang halus halus mak kasi aku. Sekarang takde dah, huhu kaklong dah pakai mas yang hubby dia beli. 

So tinggal lah aku je terkedek kedek pakai yang mak punya. Boleh pilih je sukati nak pakai yang mana. Pilih punya pilih mak bagi aku 3 utas gelang suruh test! Mak suruh pakai tiga weii. Gilo ko apo. Aku test je letak kat tangan semua nak tengok yang mana cantik. Sekali aku suruh mak cabut yang taknak dah tak boleh. Hahahaha. Dan dan mak cakap mak taknak nak cabut balik  -.-' Maka beraya lah aku dua hari dengan 3 utas gelang kat tangan. Berat gila. Penat aku sorok gelang bawah lengan baju tanak bagi orang tengok buang tebiat ke ape budak ni. Kihkih. Masuk hari ketiga aku dah takleh bear dgn berat gelang ni so aku cabut satu utas. 

Tadi aku tengah kemas baju. As tonite gonna be the last night sleeping here. Holiday is over everyone T.T Dah habis rupanya 10 days of my Raya breaks. Kejap jeeee rasa. Nak balik ritu punya lah menghitung hari. Sejam pun rase macam ahhhhh lambat gila jarum jam ni gerakk. Sabotaj ke ape? 10 hari cuti. Who gonna give you this super long break? Aku rase len kali memang aku xdapat dah. Kihkih. Thank you so much my team lead & members for approving my leaves! I'm really satisfied to fulfill all of my mom wishes. For being able sending her here and there and here and there and make her very happy. *proud smile to myself*

So tadi tengah kemas *sambung balik* 
My mum noticed I'm still wearing her gold bracelet. She said "Gelang mak tuuu...." pause a second at that moment and i tot she gonna say, 'pakai leklok, jangan bagi hilang' but the words went to "Jangan lupa buang..." 

Erk -.-

K mami.

No, she is not being stingy. She reminds me bcause im always bring her gold back to KL. Yes I always did. 

Ni pun ade lagi yang belah kiri tak cabut. Diam diam je la kihkihkih

Its already dark here. Mami already fall asleep soundly besides me. Lets sleep mami. I missed you already.  *Lap hingus*

No comments: