KUALA GANDAH ELEPHANT SANTUARY

by - September 23, 2017


Hi Good Morning ^^,

Mencari tempat menarik di Pahang? Lets me introduce you with one of interesting place! :)

Untuk hari kedua, kitaorang decide untuk pergi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah. Bukan senang nak cari masa lain yang free, so alang-alang semua dah berkumpul, we decided to spend a little more time together. Kiteorang bertolak dari Jengka around 12pm lepas habis touring Jengka and food hunting. 

Operation hours / Waktu Operasi : 8 pagi – 4.30 petang.

Exit Lanchang.
Dalam sejam setengah, kiteorang sampai kat Kuala Gandah. Dari Jengka, kitaorang masuk highway Cenor, then exit Lanchang. And from exit Lanchang, about 10km far inside, dah boleh sampai. Of course la kan? Takkan dia nak letak gajah tengah Bandar pulak? Ngeeeee. Jalan ke dalam memang sunyi and sempit gila. Jangan bawak laju laju sebab jalan banyak rosak. And not need to worry kalau takda waze, follow je signboard dari exit tadi. Inshaallah sampai.


Registration.
Semua pelawat mesti lapor diri kat kaunter pendaftaran. Takde bayaran dikenakan. No parking & registeration fees. Tapi dia still ambik sumbangan ikhlas derma yang korang nak sumbangkan. So, kalau ada rezeki lebih boleh lah derma dekat pusat ni sebagai kos nak bantu pemuliharaan gajah. Gajah ni high maintainance okay. Kos sara hidup dia lagi tinggi dari kita hehe. Lepas daftar, biasanya staff akan suruh pelawat masuk bilik tayang dulu tuk tahu sejarah tentang gajah. Tapi weols skipped part tu hiks. Kat tengah tengah hutan macam ni pun banyak pelancong asing. Bagus betul lah diorang ni semua benda diaorang nak explore. Aku yang dah lama stay Pahang pun first time pergi Kuala Gandah ni.




Apa yang best?
Dulu, tempat ni menawarkan aktiviti untuk try tunggang gajah. Tapi dia dah stop, yelah nama pun tempat pemuliharaan gajah kan. So, dia stop sebab tunggang gajah tak dikategorikan sebagai pemuliharaan binatang pun. Pengunjung juga boleh try bagi gajah ni makan tebu. Kat sini dia jual tebu satu ikat RM3. Sonok gajah ni asyik makan jeeww. Weird kan? Gajah badan dia besar tapi dia makan simple-simple cam tu je. Rimau yang makan lagi banyak dari gajah pun takleh lawan badan besar macam gajah. Hahahaha ape aku merepek ni lulz

Setiap hari, pukul 2.15 petang, ada pertunjukkan gajah dekat show hall. Sebelum dia buat free show, kita boleh tengok cara gajah mandi kat nearest sungai. Aku tak pergi tengok sebab panas sangat time tu and orang ramaiii. Sebagai contoh kakak yang baik aku bagi chance kat adik-adik pergi tengok dekat, nanti kalau aku join, aku tak kasi chance diorang nak duk depan Hiksss.

Time aku pergi tu, ada 6 ekor gajah yang buat pertunjukkan. Gajah2 ni dah dilatih dari diorang kecik lagi. Comel gilaaaaaaa tengok! Baik je semua ikut instruction. Bila staff tu sebut nama sekor-sekor semua ambik turn ke depan, macam diorang faham je ape yang staff tu cakap. Hahaha. Lepas buat free show, gajah-gajah ni akan turun ke depan sikit dari stage and bagi peluang dekat pengunjung tuk tengok and sentuh gajah lagi dekat dengan bagi gajah-gajah ni makan watermelon. Terliur aku tengok gajah makan watermelon bik baik tak rebut je masuk mulut sendiri -.-

Yang ni gambar google. Sorry if i took yours.


Around pukul 3 kiteotang dah selow2 keluar sebab nak rush balik KL pulak.

Hujan lebat kejap kejap kat highway and reach home safely. Alhamdulillah. 

I was having fun spending my two days with my friends. Once in a while jumpa. Sekali jumpa terus high. Hahahahaha. Laugh for all day. There's no this fun trip if there is no you. Dengan bajet transport and hotel rm50 sorang, we mananged to do this! 

Till then :)

You May Also Like

3 comments

  1. pernah pergi sini dulu, memang best
    jemput join segmen
    http://chea94.blogspot.my/2017/09/segmen-blogwalking-bersama-atiah.html

    ReplyDelete
  2. Kita pun baru sekali gi sana tahun ni.. Best kan. Nyaman je. Ada gak taman rusa dekat-dekat situ. :)

    ReplyDelete

Say Good Words :)