anak syurga atau neraka buat parents ?
assalamualaikum bagi yang hidup.
make sure hati kamu tersentuh saat melihat ini.
Subhanallah, sesungguhnya video ini telah memberi rasa keinsafan buat diri ini, semoga kesedihan melihat tontonan video ini mendatangkan keinsafan dan seterusnya berazam untuk melakukan hal tersebut.
Bila matinya anak adam maka terputuslah amal ibadat kecuali tiga perkara, ilmu yang manfaat, sedekah dan amal jariah, anak soleh yang mendoakan ibu-bapanya dan Ustaz Don sebut salah satunya adalah waladun soleh(anak yang soleh), yad'ulah(yang
mendoakannya), maksud doa dari anak yang soleh, besar maksud hadith ini, anak-anak adalah aset ibu-bapa ke syurga, bagaimana ibu-bapa didik anaknya sehingga bila ibu-bapa mati, anak itu faham islam dan beramal dengannya sehingga dapat bawa ibu-bapanya ke syurga(anak yang soleh), wallahualam.
Akhirnya sebagai anak, hendaklah kita melakukan amal-amal yang soleh agar kedua ibu-bapa kita sentiasa mendapat kebaikan samada semasa mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Inilah ukuran kasih sayang kita kepada mereka.
Allahu akbar! moga-moga kitalah anak yang akan menjadi imam di kala mereka dijemputNya, kitalah yang akan memandikan mereka di kala mereka tidak bernyawa, kitalah yang akan menurunkan mereka ke dalam liang lahad di kala masa mereka telah tiba, dan kitalah yang akan membacakan talkin untuk mereka. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu-bapaku dan rahmatilah serta kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani daku ketika aku kecil, Dan tempatkanlah Roh Mereka Bersama-sama Orang Yang Beriman Dan Jauhkanlah Mereka Dari Seksaan Kubur Dan Kau Terangilah Kubur-kubur Mereka, Amin...
miss my daddy so much (":
copy paste : link
1 comments
Anak adalah segalanya... =)
ReplyDeleteSay Good Words :)