Sunday, March 17, 2013

Pengalaman Bawak Motor di Lebuhraya.


Pengalaman Bawak Motor (aku : perempuan) di Lebuhraya (Highway).

In shaa Allah, aku harapkan penulisan aku kali ni dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kat orang lain. Nak cakap aku terer sangat tu takdelah. tapi pernah lah merasai situasi ni baru-baru ni. barulah aku faham macam mana perasaan rider-rider yang bawak motor jauh-jauh ni. letih? penat? seronok? mengantuk?

Last week aku ride motor dari Kuantan till UiTM Jengka Pahang. tapi aku bukannya ride lame sangat pon, kawan aku yang sorang lain yang lagi lama, aku just tukar-tukar sekejap dengan dia. merasa lah jugak dari satu rnr till satu rnr. disebabkan dis is my 1st time ride motor tengah-tengah highway, so, i've no knowledge pon. xde preparation langsung aku buat. pakai selipar biasa, baju seluar. helmet pon biasa. Ada part yang dangerous sikit di sini. 

secara jujurnya, ianya adalah satu isu yang bahaya for a girl like me to ride alone at the highway. i was alone tau. sebab ade satu je helmet, xleh nak membonceng orang lain. Tujuan pergi sampai Kuantan tu pon sebab nak ambik motor ni, beli from someone. yang tu lain entry cerita. another of my friends dah naik kereta. tunggu dekat every perhentian rnr. 


Pengajaran dari pengalaman : 

daripada perjalanan aku yang singkat tu, adalah beberapa benda yang aku notice, apa perlu dan apa tak perlu untuk perempuan especially do bila dah naik highway ni. 

1) Jangan ride motor for a long distance sorang-sorang. sebabnya masa aku bawak motor aritu, ade lah satu kereta tu macam saje je slow kan kereta dia bila dah lalu sebelah aku. tipu kalau aku cakap tak takut. 

2) Pakai jacket. sekarang barulah aku faham kenapa rider-rider yang motor besar semua ride motor dieorang tengah-tengah highway pakai jacket. hitam siap tu lagi. dulu, aku ingat kalau pakai jacket ni lagi la panas kan. tapi, ternyata aku silap. bagi perempuan, yang pakai tudung especially, bila korang dah pakai jacket, dan korang boleh masukkan tudung korang dalam jacket tu, ia boleh menjamin keselamatan sikit lah, orang lain takde lah  dapat cam sangat korang ni perempuan. takdelah jugak nak free show tunjuk ape ape yang tak patut. sebabnya aritu tudung aku asyik terbang je. hu hu hu. 

3) pakai helmet penutup penuh (full face). bole imagine tak? haa, macam ni :


ni penting tauu. sangat penting. sebabnya, masa kat highway, kita akan press motor sampai limit had dia. sangat laju lah kira. dan rintangan angin yang datang bukan calang-calang. haritu, aku pakai helmet yang cermin penutup dia tu biasa-biasa je, dan kesannya, kadang-kadang aku kena pegang dan baiki topi tu, sebab dia bergerak-gerak. dan angin yang kena kat muka kita pon akan menyukarkan pemanduan kita .


4) Selalu periksa tangki minyak. ok, ni basic, xyah cerita pon budak kecik pon tahu (Y) yelah, kalau orang lelaki tetibe takde minyak, boleh lagi behenti tepi-tepi jalan nak mintak tolong. in case lah kan. kalau kita ni orang perempuan? makin ramai lah lagi yang akan berhenti -..-


tu je lah dulu. malas pulak nak menaip. ho ho ho ! nak cakap letih tu xde lah letih sangat. part yang paling bes bila dah ride dalam setengah jam then nak turun dari motor, rase tangan macam kejang, sebab asyik pulas press motor tu. kaki rasa semut-semut. terus rasa dah tak boleh nak berdiri dah lepas tu. nak kena take time berehat sekejap. haha.

but honestly, ini adelah satu jenis pengalaman yang aku idamkan bila aku naik kereta and aku tengok rider naik motor. tapi aku tak nak lah ride sorang-sorang. dah ade geng 3 orang pon best dah. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah yang mengawasi kami, kami selamat hingga ke destinasi (:



sampai rumah dah malam dah. bahaya betul. uhukks. 


Great Experience ^___^


1 comment:

Farahin Ahmad said...

Teringin jugakk. hehe