Thursday, March 7, 2013

Masalah selalu menguap



Sem baru bermula, kehidupan baru bermula dan tak payah nak buat-buat terkejut jika japgi masalah baru pon bermula. tapi aku ade satu masalah lama yang masih membelenggu diri. satu masalah dengan diri sendiri. dari dulu sampai lani, tak selesai-selesai jugak. cewaaahhh. #poyos. tapi masalah ni datang masa time aku tengah belajar je. takde lah pulak dia datang bila aku tengah bercuti . Nak tau masalah ape? 


Masalah Selalu Menguap. 


it's dangerous ?

Aku selalu menguap bila duduk dalam tempat sejuk ataupun dalam air-cond. Even padahal mata aku tak mengantuk pun. Disebabkan majority ol de class adelah ber-aircond dan sejuk, it's a bit embarrassing me when the lecturers see me menguap, even i'm not sleepy okei. ulang suaraaaa, Aku tak mengantuk okkkeyyy! 

because of this problem, i tend to do some internet research 
to overcome this problems. and this is what i got:


Menguap ialah salah satu involuntary action 
(perbuatan yang tak dapat dikontrol), yang menyebabkan mulut kita terbuka luas 
dan secara automatik kita akan menarik nafas sedalamnya.



FAKTA MENGUAP/ CEPAT LETIH :

- tanda-tanda tubuh anda kekurangan oksigen selain pengaliran darah tidak lancar.
-Teorinya menguap membantu badan kita berfungsi dengan lebih baik 
dengan meregangkan otot pernafasan.
Ini juga berpunca daripada kekurangan aktiviti riadah atau mengeluarkan peluh.
Jika dibiarkan berterusan, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
- tidak cukup tidur.
-kurang tenaga (dari pemakanan)
- anemia 
-pengambilan kafein terlampau.
- Diabetes
- Penyakit jantung.
- kerja shift.
dll.


sepanjang aku buat research yang tak berbayar pasal menguap ni xdelah pulak aku jumpa fakta-fakta yang positif tentang menguap nih. so, aku rasa aku perlu take a few step to overcome this problem. For examples : 

- Minum air yang cukup.
- rehat/tidur cukup.
- Jangan mudah stress. 
- jaga pemakanan.




Adab-Adab Menguap :


Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:
Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca YarhamukAllah(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya. [Riwayat Bukhari]




Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, 
dari hadis-hadis yang mengkhabarkan perihal menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:

-Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan.
-Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
-Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan 
memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap.




selamat beralamal (;

No comments: