RAMADHAN 2017

by - June 17, 2017



Alhamdulillah, hari ni dah masuk 22 Ramadhan. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Demi Masa. Sesungguhnya Manusia itu didalam kerugiaan. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Pesan Memesan dengan kebenaran. Pesan memesan dengan kesabaran. Amin.

 Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang tuk aku merasai kenikmatan Ramadhan tahun ni dengan sempurna, dengan tubuh yang sihat dan rezeki yang cukup untuk aku terus beribadat kepadaNYA. Alhamdulillah walaupun terawih dah tak full dah ada lopong, tapi aku cuba, untuk setiap malam yang free, aku cuba tuk tidak siakan. Dan Alhamdulillah untuk itu, aku tidak rasa malas pun nak berterawih malah rasa ketagih, rasa tenang dan bahagia, lapang dan senang. Alhamdulillah Tuhan untuk rasa itu. Untuk rasa yang membuatkan aku merindui Ramadhan, untuk rasa yang membuatkan aku cinta akan Ramadhan.
Alhamdulillah, dalam kesibukkan masa kat pejabat, jauh beratus batu dari family, Terima Kasih Allah sebab mudahkan aku untuk balik jugak jenguk mak, celebrate birthday mak with the whole family this year, bukan sehari, tapi 4 hari. Ingat senang ke nak cuti. Sempat ringankan mak banyak benda. Sempat siapkan 3 jenis kuih raya mak. Sempat kehulu kehilir dengan mak. Sempat berbuka puasa dengan family. Sempat berterawih dengan mak. Mampu bawak mak pergi terawih. Ya Allah, sungguh aku sebak. Teringat 15 tahun lepas. Saat Mak pimpin tangan aku,j alan kaki, melintas jalan, iringi aku pergi masjid, ajar aku solat. Sungguh aku sebak waktu solat, Terima kasih Allah sebab bagi aku peluang, kali ini, aku pula yang pimpin mak, bawak mak pergi masjid, jaga mak, penuhi hajat mak. Alhamdulillah ya Allah saat Kau bagi hati aku terlalu lembut, badanku ringan tuk beribadah kepadaMu. Saat hati aku sabar dan bahagia dapat bersama-sama dengan mak buat 23 rakaat penuh. Terima Kasih ya Allah, sebab tak keraskan hati aku, sekali gus mungkin kecewakan ibuku. Allahu Akbar. Besarnya nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Aku je yang sikit sangat untuk bersyukur. Nikmat ketenangan, kesihatan dan kesabaran. Ya Allah panjangkan lah umur ibuku, limpahilah RahmatMu kepadaNya, Sihatkanlah tubuh badannya. Fabiayialairobikumatukaziban. Maka nikmat yang manakah lagi kamu dustakan. Allahurabbi.

Alhamdulillah, untuk dua tahun aku teragak-agak nak join kelas belajar alQuran (sebab bayaran yang agak mahal...huhu dan masa yang terhad )tuk membetulkan bacaanku, Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini, aku beranikan tuk ambik langkah yang pertama, Alhamdulillah dah selamat join kelas belajar AlQuran yang pertama. Terima Kasih ya Allah kerana mempermudahkan langkahku. Semoga aku terus istiqomah dalam terus mendekatiMu.

Teringat. Permulaan Ramadhan ku kali ini dengan agak rapuh. Dengan hati yang sangat hancur, badan yang sangat lemah, semangat yang kian hilang. Seminggu aku berterawih dengan air mata. Hancur. Hati aku hancur. Sebab? Aku lupa. Aku lupa untuk belajar redha dengan ujian Tuhan. Aku lupa. Lupa tuk beriman dengan Qada’ dan Qadar Allah. Aku lupa, ujian tanda Allah sayang. Aku meratapi nasib yang sedih, sampai aku lemah, longlai. Aku lupa “kun fayakun”. Aku lupa, aku merancang, dan Engkau juga Merancang, dan sesungguhnya, perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. Aku lupa tuk sayang diri aku sebelum aku terlalu menyayangi insane yang lain. Aku lupa Allah adalah pemilik hati manusia dan Dia Maha Berkuasa tuk membolak balikkan hati2 manusia.

"Ketika Hatimu terlalu berharap kepada seseorang, Maka Allah timpakan kepadamu peritnya pengharapan. Supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap lebih selain dariNya. Lantas Allah menghalang kamu dari perkara tersebut agar Kamu kembali kepadaNYA. "–Imam Syafie

Terduduk, terjatuh dan terlentang. And Alhamdulillah syukran ya Allah to make it happened in Ramadhan. The most holy month where there is no Syaiton. The most holy month where I’m able to pray more to you. Bulan yang paling buat aku rasa tenang. Terima Kasih ya Allah, for making my heart so soft, for making its cry easily. Honestly, when other people do not like to see me cry because of the leaving people, but deep inside, I feel so grateful for this small touchy heart when it’s so soft because everytime i cried, i feel so so so close to you. I wish I will remember all of those tears, because it’s the one which make me stronger. Ya Allah janganlah Kau palingkan hatiku setelah Kau memberi rahmatMu kepadaku. Teruslah dekat di sisiku.
You dont meet peolpe by accident. And nothing in life happens by coincidence. Now knowing this.....start paying attention...

Untuk setiap hari yang sakit itu yang membuatkan aku tabah hari ini. Terima Kasih Tuhan.

Salam Pengakhiran 10 Ramadhan. Terus gandakan amalan.
Gelap dan air mata. Esok nak cari baju raya.
0120. 17062017

You May Also Like

0 comments

Say Good Words :)