Thursday, February 20, 2014

Sakit

Sihat sebelum sakit.

Kadangkala kita ni bila diuji dengan sakit,
Barulah rindu nikmat sihat.
Tapi bila Tuhan bagi badan sihat walafiat, bukan reti sangat nak perbanyakkan ibadah.

Typical hamba. Susah nak bersyukur. Aku.

Betullah orang kata,
"Jangan kata diri sendiri cukup beriman selagi tidak diuji Allah."
Orang kata,
Sakit penyembuh dosa.
Bila sakit rase macam dekat dengan Allah.
Sebab selalu sebut nama Allah,
Bila bersin. Bila tak larat.
Allah bagi kita sakit sebab nak suruh kita rapat dengan Dia.
Nak suruh kita ingat Dia.
Nak suruh kita mengadu kat Dia.
Dia rindu dengar bicara dari kita.
Sebab Dia lah penyembuh segala penyakit. Tak ada keraguan.
Kan Dia dah cakap, banyak kali.
Kunfayakun!
Lupe kah kita? Masya Allah.

Kadang rasa,
Diri makin jauh dari Pencipta.
Kadang rasa,
Kurang belaian, perhatian dan rasa cinta,
Bukan dari manusia,
Tapi Pencipta.
Allah saja datangkan rasa tu,
Sebab dia pun sayang dan rindu kat kita. HambaNya. Kan?

Jangan jadi buta.
Gagal beza kaca dan permata.
Moga diri ini dibawah rahmatNya,
Di bawah perlindunganNya.
Senantiasa.

No comments: