Sunday, January 20, 2013

kecelaruan cita cita .


Assalamualaikum dan hai.
dinasihatkan sape sape yang nak bace kisah ni sampai habis mohon isi kepala diringankan dulu dari segala macam jenis masalah. jangan bace entry aku dengan seribu satu kestressan. kalau tetibe kau jiwa serabut pastu terus rase nak tekan pangkah jangan salahkan aku. kah kah kah. perasan nak mampus . tapi wa serius lu.




secara umumnya sejak kecik lagi semua orang akan ade cita cita. cita cita ni ialah satu matlamat jangka masa panjang tentang apa yang akan kita jadi/buat/kerja in de future dan pekerjaan itu mendatangkan wang. sebab musabab aku cakap macam tu, sebab aku tahu komfem konfem mase zaman sekolah rendah lagi cikgu akan tanye sorang-sorang pasal cita-cita memasing. so, secara rambang dan terpakse, kena lah jugak setiap orang set cita cita mereka. kah kah. terpaksa kau . a ah kalau dari segi pengalaman aku, memang terpakse, sebab aku dari dulu lagi kalau nak set cita cita memang akan jadi macam satu masalah besar. besar sangat. same macam masalah nak pilih nak pakai baju ape hari ni. haa, gituwww. hei, jangan pandang rendah dengan masalah tu, thats woman biggest problem okehh. bukan dulu jelah. sampai sekarang pon masih tak tahu lagi nak set cita cita sendiri.  tak yakin senanya. keliru.  k teruk.


kalau mase sekolah rendah dulu, kalau orang tanye : "nak jadi ape mase besar nanti?". dua jawapan je yang biase aku jawab. dokter atau cikgu. tak dokter, cikgu. tak cikgu, dokter. maklumlah kecik kecik dulu fikiran sempit. tak nampak lagi dunia. kenal pekerjaan cikgu pon sebab memang dah sinonim dengan tabiat sorang pelajar kan. kalau dokter pulak, lagi obvius lah, kalu makcik-pakcik kat kampung tanye nak jadi apa besar esok esok,kalau tak tahu nak jawab, mesti punye makbapak yang akan tolong jawab, "In Shaa Allah, belajar betul-betul biar boleh jadi dokter esok-esok" mak bapak jawab kaauu! budak-budak cool je. maklumlah time mane tahu lagi kepentingan kerja tu macam mane. hingus meleleh pon makbapak yang tolong lap lagi. takde mase nak fikir kerja tu spesies makanan ape. dalam kepala ingat main je. so, secara puratanya memang time budak-budak dulu mereka dah di-brain wash tuk jadi dokter, tak pon cikgu.  




tapi kerja polis pon tak kurang jugak publisiti dia, tapi selalu budak-budak ditakutkan dengan jadi jenazah time kerja sebab tertembak oleh orang jahat durjana setanurojimm. -..-" lawyer dengan peguam pulak lak ustaz2 or ustakzah2 tak galakkan sangat sebab lebih cenderung tuk dapat dosa kalau bekup orang jahat laknatullah. setuju? 


pastu naik sekolah menengah, bila sel sel otak dah mula berhubung, dengan ilmu yang terase penuh di dada sikit lepas budak-budak rase gah bongkak dan bangga diri berjaye dalam UPSR, mulalah nak pasang cita-cita tinggi sikit. baru tahu, "ooooo, atas pade cikgu, lecturer rupanya" . lepas tahu realiti tu mulalah student2 pasang angan angan nak jadi lecturer pulak dah. kerja dokter pulak maintain lah. tapi baru tahu dokter tu senanya ade banyak cabang ade dokter gigi, dokter bedah, dokter tulang belakang, dokter sakit tuan, sakit tuan. berebut lah masing-masing cop sorang satu. haaaaa, cenggituu.


tapi bagi aku pulak, bila dah mula belajar chemistry, belajar math, +math, minat aku cenderung lebih ke situ. bidang sains. tapi bukan biologi. aku dengan biologi tak ngam. tak kancing. macam kucing dengan anjing gitu. sepanjang form 4 form 5, seingat aku tak pernah pon dapat A, kata kaauuu! even dalam Spm sendiri pon tak pernah. so, bile dah sayang kimia, aku pasang cita cita nak sambung dalam bidang kimia. tak kisah lah cikgu ke, pensyarah ke, kerja kat makmal ke, janji kimia. betul lah orang cakap pilih jurusan belajar mase sekolah ni penting senanya, ia lah yang pupuk minat kita tuk kerja esok-esok. tapi jangan percaya terus, jangan pegang kate tu 100%. sebab realiti tak selalu nya indah. pelangi tak selalu nya cantik. panas tak selalunya sampai ke petang. cis .    



and theennnn .

even at the age i'm now. 20 years old student. aku still tak tahu nak keja ape besok. aku still takde cita-cita nak keja ape. teruk ke ? hari tu sekali, i had a talk to a senior. senior tu dah nak sambung master. aku tanya nasihat sikit dengan dia. ape yang kawan seangkatan dengan beliau dah buat sekarang. i knew. untuk kos aku orang perempuan have a little bit problems to continue our career. tapi tak lah mustahil. aku tanya dia apa yang orang perempuan boleh jadi. dia nasihat kan aku to future study and be a lecturer. nampak senang. tapi masalahnya sekarang, i dont like presentation. seriusly, aku tak suke. i love math and kimia more. aku tanye beliau, boleh tak kalau aku nak kerja macam penyelidikan gituww. dia cakap boleh tapi jangan sampai lari bidang. 


uwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T-T

me seriusly have a very critical problem. dont know what to be. kena pergi jumpa pakar mental tak? giler ape takde cita-cita. kahkahkah. 





and last but not least from me,
pilihlah career yang bersesuaian dengan kita punya habits.
yang sesuai dengan kita punya perlakuan. 
contohnya kalau kita tak pandai bercakap atau penakut, 
takyah lah tetiba nak jadi lawyer pulak kan .
kalau kiter malas membaca takyah lah tetiba nak ahli kaji sejarah pulak. yedak?

bukan apa, 
cara terbaik tuk enjoy our career is dengan cara kita suka n enjoy with wat we did. 
kita tak mudah mengeluh. tak mudah penat dan rase annoying dengan kerja yang kita buat. 
jadikan pekerjaan tu menceriakan kita setiap hari :) 

last. 
kalau konfius tuk sambung karier,
jangan lupa solat istiqarah.
jangan mudah putus asa. 


bai. (:



No comments: