Friday, November 2, 2012

kek coklat kukus lembap.


yaahhhh. setelah berhempas pulas. memerah keringat. akhirnya siap jugak hasil air tangan ni.
thanks makk sebab sudi tolong. bagi tunjuk ajar. walaupun both of us first time baking cake kan. kuih raye selalu lah :D








bahan bahan :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

untuk topping coklat:
250 gm coklat masakan.
1 sudu besar butter
125 ml susu coklat.
sedikit gula...kalau tak nak manis sangat tak perlu tambah gula.


Cara-cara

1) sediakan periuk.masukkan gula pasir, serbuk koko, susu cair, susu manis, minyak dalam periuk dan masak hingga larut.
2) tepung gandum, soda bicarbonate dan baking powder diayak.
kemudian, telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.
3) setelah di gaul sebati tuang ke dlam loyang.jangan sampai penuh sebab adunan akan naik.
setelah itu, tutup loyang dengan aluminium foil agar tiada air jatuh diatas kek. dan kukus selama 1 jam di atas pengukus.
4) untuk masak topping coklat:
satukan semua bahan. gunakan kaedah double boil.. tapi menggunakkan api yang perlahan. kacau sehingga pekat. tutup api. biar seketika baru la dicurah ke atas kek.


HASIL : D

meleleh air liuq.




thanks utk myresepi.com senanya. aku buat ikut resepi sana.



1 comment:

faa.rosli said...

nampak sedappp sangatt!