mari lakukan ini sebelum tidur :)

by - March 16, 2012

Assalakualaikum.

tengah malam - honestly speaking, it's de best tuk mencari sedikit privasi diri.

lets talk something about ilmu. lame rasenya tak menulis sesuatu yang berfaedah. asyik rase dari otak je...



SEBELUM PEJAMKAN MATA UTK TIDUR...

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : 
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah


Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : 
" Jika engkau tidur bacalah : Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.(1)


Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.(2)


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.(3)


Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
(4)

dah dapat ilmu barukan ? jomlah samasama kita mulakan hari ini. bukan susah sangat pun rasenya nak amalkan kan? rasenye, tak perlulah nak dengar lagu korea jepun and watsoever sebelum tidur tu. bataskan hiburan untk diri sendiri. dekatkan diri dengan-Nya. DIA yang menciptakan kita, kepada DIA jugalah kita akan kembali.

Kalaulah mati ketika tidur macam mana? Bukannya kalimah ALLAH yang didengar sebaliknya alunan muzik. Wallahualam.
 
selamat malam ^^
 
 
 

You May Also Like

0 comments

Say Good Words :)