TIPS UNTUK JADI ‘POPULAR’ DALAM KALANGAN KAWAN DAN ORANG SEKELILING .
ASSALAMUALAIKUM ^^
salam hari nak cuti sedunia . hehe, xsgke pejam celik2 dah hmpir 2 bulan cik blajar + dpt kawan baru kat tmpat baruu ni :) banyak sgt benda baru yg cik belajr.. Alhamdulillah kawan2 semua sgat baik + sekepale! timekaseh yee korang semua sebab trime aku seadanye..kan JAJA MUDDY? :p
entry kopi paste ni cik ambik dari pakcik wootwoot tanpe kebenaran . sebab, cik agak beliau takkan marah . kalau beliau marah jugak kita serang dye . hahaha .. takpe , pakcik tuu dah tua . :P
Anda mahu disukai oleh rakan rakan ? mahu jadi terkenal dalam kalangan rakan rakan di kolej dan sekolah ? baca tips ini.
love your friends the way they are . |
Bukan untuk jadi riak tapi sudah tentu bila kita disenangi orang sekeliling,maka keyakinan kita juga akan bertambah.kita juga akan menjadi lebih rajin ^^
Kegiatan tambahan
Memupuk minat bererti memperluaskan pengetahuan. Tidak kira sama ada kamu seorang pelajar atau sudah bekeria, kamu masih tetap boleh bergiat di luar waktu sekolah kerja kamu. Terdapat pelbagai aktiviti yang kamu boleh ceburi seperti sukan, kelab belia, kursus-kursus dan sebagainya.
Mengikuti aktiviti tambahan yang positif adalah langkah bijak dalam mengisi masa lapang daripada kamu membuang masa melaku perkara-perkara negatif. Selain itu, kamu juga boleh berkenalan dengan mereka yang sama mengikuti aktiviti tersebut dan menambah pengetahuan kamu melalui perbincangan bersama.
Mudah diajak
Jadilah seseorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Ada sesetengah orang yang mempunyai sifat semulajadi yang boleh menarik perhatian orang seperti sebuah magnet. Dia membuat orang lain berasa senang dan rileks bila bersamanya.
Yana, 16, masih ingat ketika pertama kali masuk kelas tingkatan empat di sekolah baru. Pada mulanya dia rasa kurang senang berada di sekolah baru itu tapi teman-teman kelas menerima kedatangannya dengan senyuman manis dan wajah-wajah ramah. Yana rasa gembira dengan sambutan yang diterimanya lalu bermesra-mesra dengan mereka yang sama kelas dengannya.
Maka, ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang berbicara. Sekali kamu berusaha mahu mengenal orang lain bermakna kamu sudah setengah jalan ke arah sebuah persahabatan. Orang yang ramah akan merasa rileks dan orang lain pun merasa rileks berada di sampingnya. Sikap sedemikian harus ditanam dalam jiwa sejak masih kecil dulu.
Buka telinga dan dengar
Untuk berkomunikasi dengan berkesan, kita perlu mendengar bicara orang lain dengan baik. Jangan kita saja asyik yang bertutur tapi pihak lain tidak ada peluang bersuara.
Kata Lia, 18 tahun dari Kuala Lumpur, tiada gunanya berkawan dengan orang yang asyik bercakap tapi enggan mendengar orang lain. “Apalah gunanya terus berkawan dengan orang yang hanya mementingkan diri sendiri? Dia asyik berkata tentang dirinya dan enggan mendengar bila kita mahu berkata sesuatu padanya. Itukan sikap hipokrit.” katanya.
Untuk mengelakkan diri terperangkap dengan sikap sebegini, kamu harus menanam sikap bersopan santun dan beri peluang kepada orang lain bersuara. Walaupun menjadi pendengar kelihatan mudah tapi sikap ini sangat dihargai oleh pihak lain.
Lihat ke arah positif
Fokuskan perhatianmu pada kekuatan dirimu dan buatlah sasaran yang kamu boleh capai. Jangan sesekali meletak dirimu di tempat yang terlalu tinggi sehingga boleh menyusahkan dirimu. Jika kamu berfikir positif tentang dirimu, orang lain pun akan berfikir sama tentang kamu dan ini menjadi suatu permulaan yang baik untukmu.
Jadilah dirimu sendiri
Kamu tidak perlu meniru gaya atau berpura-pura menjadi orang lain. Kamu adalah tetap kamu dan peribadimu yang dilihat orang tidak harus diubah semata-mata mahu menarik perhatian orang lain.
Ika, 17, sering merasa dirinya kurang menarik lalu meniru gaya teman baik, Linda. Dia mahu serancak Linda agar dapat menarik perhatian orang. Tapi suatu hari dia dapat tahu orang lain mengatakan dia suka meniru gaya Linda. Dia rasa tersinggung dengan kata-kata orang dan cepat-cepat Ika menghentikan ‘lakonannya’.
Itulah yang kamu akan hadapi jika suka meniru orang lain. Mungkin kamu akan rasa seronok di permulaannya tapi orang lain pula merasa aneh melihat gelagatmu. Maka, tonjolkan dirimu yang sebenar. Dengan demikian kamu akan memaparkan hal-hal positif yang ada padamu.
Hindari tekanan
Jangan mudah mengalah atas prinsip yang kamu yakini. Ramai remaja yang suka mengalah bila didesak oleh teman-temannya. Jika kamu tidak setuju pada sesuatu hal, suarakan pendapatmu. Mungkin mereka rasa tidak senang padamu tapi itu cuma paling lama pun seminggu. Bahkan, di luar dugaanmu, mereka akan hormati keputusanmu kelak. Jika kamu asyik menurut kata-kata teman padahal kamu tidak setuju, perasaan tertekan akan wujud dan ini memberi kesan yang kurang baik pada dirimu.
Perhatikan mata
Bila sedang berbicara dengan seseorang, fokuskan pandanganmu pada mata orang yang kamu ajak berbicara itu. Sikap sedemikian menunjukkan kamu menghargainya dan kamu suka berbicara dengannya. Jangan sesekali melihat ke bawah, ke atas, ke kiri atau ke kanan hanya kerana kamu seorang yang pemalu. Orang lain pun mungkin rasa malu bila berhadapan denganmu. Tapi, jika kamu mengalihkan pandanganmu lurus ke matanya, dia akan lebih berkeyakinan berbicara denganmu.
Bicara penuh semangat
Janganlah malu-malu memulakan sesuatu perbualan dengan orang lain. Kamu boleh pilih topik yang sesuai diperbincangkan dan disukai orang ramai seperti isu politik, semasa, sukan dan sebagainya. Elakkan diri bercakap sesuatu topik yang tidak digemarinya. Orang yang mempunyai semangat tinggi ketika berbicara mempunyai ramai teman kerana caranya memudahkan orang lain mendekati dirinya.
Penampilan hebat
Penampilan bererti imej keseluruhan dirimu.Oleh itu, tonjolkan penampilanmu yang hebat seperti stail rambut, fesyen pakaian dan cara bercakap yang sesuai dengan dirimu.
Biarkan semuanya muncul kerana itu akan menyeramakkan semangatmu. Jangan rasa malu pada dirimu. Lihatlah dirimu di depan cermin dan senyum seolah-olah kamu sedang bersenyum di depan orang ramai. Walaubagai manapun, ubahkanlah imejmu bila tiba masa kamu perlu berbuat demikian. Sikap optimis seperti ini sentiasa menonjolkan dirmu seorang yang hebat dan disukai ramai.
Ketawa penawar hati
Ketawa adalah penawar segala kekesalan hati. Selain itu, tunjukkan humormu yang sejati. Orang yang asyik muram akan rugi kerana ia menghalang orang lain menghampirinya.
Bila lihat ada temanmu yang muram, tunjukkan humor-humormu agar dia akan kembali normal. Sifat positif seperti ini pasti akan mendapat tanggapan baik dari pihak manapun.
Mahu menjadi seorang yang menarik atau penyendiri, pilihan ada di tanganmu. Pilihlah dengan bijak supaya kamu tidak akan rasa rugi kemudian. Biasanya, seseorang itu akan melalui pelbagai peringkat dalam kehidupan hariannya. Banyak peristiwa yang berlaku boleh mempengaruhi minda dan sikap kamu. Namun, semuanya masih terpulang pada kamu sama ada menjadi seorang yang istimewa ataupun asyik bermuram sehinggakan kamu rasa dirimu tersisih dari masyarakat sekeliling.
2 comments
its me its me!
ReplyDeleteermmmm...terima kasih atas artikal ni...dah lama saya mencari...terima kasih....:D
ReplyDeleteSay Good Words :)