Tuesday, April 26, 2011

Risau tangan kuat berpeluh ?

Assalamualaikum..
kabare sume?lame pulak rasenye hippo tak buat entry fasal perkara2 ilmiah ni...
nak kate buzy tu tidok la jugop..tapi malas tuu ade..hehehe..

ni hah hippo nak kongsi tentang masalah ni satu...secara realitinye , memang ramai jugak kawan2 hippo yang alami masalah ni.. kadang2 masalah ni sampai boleh menjatuhkan semangat mereka nak berinteraksi dengan orang laen pom ade..


masalah komen yang selalu kiter dengar : 


"mengapa tapak tangan saya selalu berpeluh? Saya kadang-kadang malu hendak bersalam dan terpaksa mengelap tangan terlebih dulu. Tapak tangan saya kerap berpeluh tetapi apabila berada dalam kelas berhawa dingin, tidak pula mengeluarkan peluh. Apakah ini normal atau sebaliknya? . . 


meh hippo jawab kongsi antare jawapan nye : 


MASALAH pengeluaran peluh yang berlebihan dikenali sebagai hyperhidrosis. Masalah ini membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan secara sama rata.

Ia kerap melanda pada peringkat umur 25 tahun hingga 64 tahun. Ia boleh membabitkan keseluruhan badan dan dalam setengah orang, hanya membabitkan kawasan tertentu pada badan. Kawasan ini adalah tempat yang mempunyai konsentrasi kelenjar peluh yang tinggi seperti tangan, kaki, celah ketiak dan kawasan kelankang.

Hyperhidrosis primer bermula ketika seseorang remaja dan boleh berlaku kepada  anggota keluarga kerana ia ada kaitan genetik.
 
Hyperhidrosis sekunder berpunca dari masalah seperti penyakit pituitary, kencing manis, gout, tumor, menopause dan kesan sampingan beberapa jenis ubat ubatan.
Punca sebenar hiperhidrosis masih belum diketahui tetapi banyak kajian menunjukkan ia berpunca dari peningkatan aktiviti saraf simpatetik. Perasaan resah, gelisah, panic atau teruja boleh memburukkan keadaan berpeluh ini.

Juga faktor lain seperti sesetengah makanan, minuman, pengambilan nikotin dan kafein dan sesetengah bau boleh juga menyebabkan pengeluaran peluh yang berlebihan.

Untuk makluman anda, ada dua jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah ini:

1. Rawatan perubatan

Rawatan dengan menggunakan ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride sering digunakan untuk pesakit yang mengalami hiperhidosis pada bahagian ketiak.

Ubat ini kadangkala boleh menyebabkan irritasi pada kulit. Ubat ini juga boleh digunakan untuk hiperhidrosis pada bahagian tangan dan tapak kaki. Suntikan botulinum toxin jenis A (BOTOX) juga digunakan untuk merawat masalah ini. Selepas disuntik pada kawasan terbabit, kesan pengurangan peluh dapat dilihat dan ia boleh bertahan hingga empat atau sembilan bulan bergantung kepada tempat suntikan. Pengunaan BOTOX untuk rawatan hiperhidrosis pada bahagian ketiak mendapat kelululusan FDA (US Food and Drug Administration)

Beberapa jenis ubat dari kumpulan anticolinergic seperti oxybutynin ( Ditropan) digunakan untuk merawat masalah ini dan kesannya adalah memberangsangkan.

Bagaimanapun, ada kesan sampingan yang boleh dialami pesakit yang mengambil ubat ini. Ini termasuk rasa mengantuk + rasa kering pada mulut.

2. Rawatan Pembedahan.

Antaranya membabitkan pembuangan dan pemusnahan kelenjar peluh yang terbabit dengan cara liposction dan ada juga menggunakan laser. Namun teknik ini sesuai untuk masalah hiperhidrosis yang membabitkan bahagian ketiak saja.

Satu lagi teknik pembedahan yang sering dilakukan ialah teknik endoscopic thorasic syphatectomy (ETS). Teknik yang menggunakan cara laparoskopik atau pembedahan lubang kekunci ini membabitkan pemotongan/mengetik (clamping) saraf simpatetik pada bahagian dada.

Mengikut kajian yang dibuat, teknik ini memberikan kepuasan pesakit lebih dari 80 peratus dan ia sesuai untuk kanak kanak. Teknik ini juga boleh mengurangkan peluh dari tapak tangan pada 85 peratus hingga 95 peratus dari pesakit. Pembedahan ini boleh dilakukan oleh pakar bedah kardiothorasik atau pakar bedah laparoskopik.










Antara kesan penyakit ni :

 1. kesan fizikal kepada kulit seperti infeksi dan jangkitan kulat dan kulit melecet. Selain dari itu, ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang akibat dari perasaan malu dan tidak selesa kerana pengeluaran peluh yang banyak.

2. Kebanyakan dari mereka juga malu untuk berjabat tangan dan sering mengelak daripada melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan peluh seperti bersenam. 

3. Kesan basah pada baju di bawah ketiak juga sering memalukan dan kadangkala boleh menimbulkan bau yang tidak enak walaupun sudah memakai deodorant.

4. Baju terpaksa ditukar beberapa kali dalam masa sehari. Peluh yang banyak pada tapak kaki pula akan menimbulkan masalah terutama apabila memakai selipar getah kerana sering tercabut.


hehehe...
  
nasihat dari hippo pakar :

Saya menasihatkan anda berjumpa pakar kulit terlebih dulu. Ini kerana mungkin ada ubat yang sesuai yang boleh digunakan sebelum anda melakukan pembedahan. 

 harap entry ni dapat menolong readers yang belum taw..tata..;)

4 comments:

Cik TeN10 said...

emm.. nmpak mcm remah je kn mslah ni.. ramai yg ambil mudah je..

btw thanks for sharing :)

Fad said...

salam n hai...jawa ke ni..haha..slm perkenalan..pgl sy fad atau kak fad..xtau umo la...follow akk cni k..do keep in touch

miss_ain said...

adq ain pn kna cm ni..tp dokter kta dia sbb gemuruh..tp adk ain kata xgemuruh pn..cm dia kt mna2 tmp dia duduk tpk tgn dia sntiasa brpluh..
follow me back..=)
http://lifegilacokelat.blogspot.com

peachippo gediks said...

cik : a'ah,mmg nmpak mcm remeh tapi si mangsa yg kene mmg akan susah hati.

fad : ;)

miss_ain : gemuruh..a'ah salah satu faktor gak tu ;)