Cerita diaaa sebulan dah passed by the time aku nak menaip benda ni. Aihh
Ehh Haii Assalamualaikum!
Alhamdulillah jadi jugak plan kiteorang nak keluar spend time sesama. Plan nak g tempat ni berbulan-bulan, Alhamdulillah Allah izinkan. Okaaay, long story short, lets see what I can share tmelalui pengalaman sendiri.
Kiteorang pergi island hopping ni by pakej - satu hari - stop by 5 pulau - harga RM150. Banyak je agent agent yang buat, boleh search kat facebook kalau nak senang. Pada pendapat aku, trip round pulau Mersing ni besssstttt, sebab island hopping ni merangkumi semua activities - ada hiking, caving, snorkeling & waterfall. All in one day 💙
Aku gerak dengan budak office + housemate ; total 7 orang. Kiteorang dari Petaling Jaya. Nak pergi sana boleh banyak cara, transport ke sana tak include dalam pakej, so usaha sendiri, tak kisah nak gerak acane, makesure by the time of registeration kita dah tercegat kat depan mata dia hehe
Kiteorang ambik pakej hari Sabtu, start from 9 pagi hingga 6 petang. And kiteorang decide nak naik bas aje Jumaat malam lepas semua habis kerja, senang tido je lam bas, save stamina untuk snorkeling besok, tak payah sesape kena stay up untuk drive. Naik bas dari TBS, pukul 1100 malam and turun kat terminal Mersing. Selepas around 6 jam perjalanan, kiteorang arrived sana pukul 5 pagi.
Dari terminal bas nak ke tempat berkumpul which is terminal jeti, boleh jalan kaki, dalam 10-15 minit. Kalau tak larat boleh naik grab or teksi, tapi disebabkan kiteorang sampai pepagi buta so, takde lah tu semua. Semua yang pergi ni memuda, so no hal jalan kaki.
5.30pagi - 9.00pagi - Solat, rehat, get ready & breakfast.
9.15pagi - 10.00pagi - Registration, breafing & bergerak ke boat.
Perjalanan dari jeti ke first pulau took aroung sejam lebih, aku tak tengok jam sangat.
1st stop - Pulau Sibu Kukus - Untuk Hiking
Cantik gilaaa warna air dah sampai kat tengah laut ni, hijau-biru turqoise. Okay, untuk hiking bukit ni, tak susah pun, trail easy and pendek aje. Cuma nak naik atas ni tak leh reramai, diorang lepas sikit sikit. Tapi sumpah cantik tengok permandangan dari atas - see my video for more.
2nd stop - Tetek Island.
Sini, singgah tak turun, berhentikan boat aje untuk bergambar dengan pulau tetek. Nama dia pulau tetek sebab yuuupp, ada bukit berkembar kat pulau ni.
3rd Stop - LIMA island - Untuk Caving
Tengok video aku kat bawah ni untuk nak faham caving dia macam mana, ianya just masuk ikut depan keluar ikut belakang camtu je, tapi syokkkkkk. boleh pupuk frienship bonding time ni sebab nak panjat panjat tu need help from kawan.
Makanan tengahari diorang yang providedkan. Fuhh feel gila makan tepi pantai bawah pokok sambil tengok air laut. Wish could feel that feeling and peace often. Yang tak lawaknya, after lunch, aku baring sat, tapi sesedar rupanya aku tertido best gilaaaaa dapat take a nap penat sikit sebab aku kena seasick huhuhu
4th stop - LIMA island - Snorkeling time
Lepas siap lunch kiteorang gerak pergi kat taman laut dia untuk snorkeling, air cantik dah jernih je boleh nampak dalam. Aku dah beli roti sesiap prepare nak bagi ikan makan, ikan banyak je nampak tapi semua macam dah kenyang or maybe tak feeding-friendly. Tak dapat nak bergambar dengan ikan like how I used to do kat Perhentian & Redang island.
5th stop - Tinggi Island - Beautiful beach & Waterfall.
Ni last stop, kat last stop ni, kita boleh pilih antara dua ; sama ada nak hiking pergi waterfall yang took around 1jam pergi balik or nak lepak tepi pantai sambil layan breeze & isi perut, buat istana pasir and berehat. Aku, Jaja & Timah pilih untuk rest, while the rest pergi hike ke waterfall. Energy aku dah drained, gila banyak aku muntah & aku rasa tak berapa berbaloi nak hike sebab kejap je stay kat waterfall tu. Kat sini ada surau.
530 petang - Bertolak pulang.
Gila laju diorang bawak boat dalam kurang dari sejam kitaorang dah selamat sampai, bersihkan badan & jamak. Rehat jap until lepas siap Jamak Maghrib & Isyak, kita orang slow2 berangkat pulang. Isi perut and jalan kaki balik patah to Terminal Mersing.
It was so soooo fun! Seronok dalam masa sehari dah boleh spend time snorkeling. Tak sangka. And aku rasa decision naik bas instead of drive tu okay sangat sangat sbb masuk bas boleh terus tido, kalau naik kereta, takyah mimpi lah boleh terus balik, for sure kena stay satu malam.
Till the next one girlsss!! Play the belowwww video 😝
Thanks for reading xoxo