selamat membace blog ini . rase hepi datang lah lagi. kalau sudi folo lah sekali ! :P. Powered by Blogger.

Pages

  • Home

Noni Shuhada ❤


ASSALAMUALAIKUM ^^

hai, selamat hari jumaat sume. yang putera putera semua, cepat pergi solat ! 

nah, sebelum tuu , gambar ikhtibar untuk tatapan  semua :)
sumber : mukabuku. 


Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood 


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan
tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya,
anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,
Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi
berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku
meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan
kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil.
Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.
Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat
mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur
teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

assalamualaikum ^^, salam pembuka minggu untuk semua :)

marilah kita renung renungkan tazkirah pagi hari ini agar tidak mudah kita alpa dan sentiasa dalam redha Nya :) 

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW., sabdanya: ”
Ada seorang lelaki berkata, “Aku hendak bersedekah malam ini.” Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur. Esok pagi orang banyak mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu berujar, “Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya.

Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, “Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berujar pula, “Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’

Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya :”Sedekah anda sudah diterima baik oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.”[HR Muslim]

Berdasarkan hadis ini jelas sekali kepada kita bahawa sedekah kita tetap diterima oleh Allah seandainya ada keikhlasan di atas apa yang disedekahkan oleh kita. Sesiapa pun yang menerima sedekah kita tidak menjadi masalah, walaupun mungkin pada pandangan nilaian mata manusia sedekah yang kita lakukan berlaku di luar adat manusia. Tetapi bila kita membaca mafhum hadis ini jelas sekali apabila kita timbul niat untuk bersedekah, maka jangan kita berfikir panjang kepada siapa dan berapakah jumlahnya yang akan kita keluarkan untuk bersedekah.

Lelaki yang disebut di dalam hadis ini tidak menghiraukan apa jua perkataan yang keluar walaupun sedekah yang dikeluarkan tidak menepati nilaian mata manusia, namun apa yang lebih penting ialah nilaian amal kebajikan di sisi Allah SWT.

Jadilah golongan yang memberi kerana kedudukannya jauh lebih mulia berbanding mereka yang menerima. Allah SWT amat memuliakan golongan yang memberi ini, tetapi seandainya mereka memberi tetapi dalam keadaan si penerima tidak redha dan merasa benci dengan pemberian dan sedekahnya kerana wujud kejian dan kata-kata yang tidak baik, maka adakah ianya mendapat rahmat di sisi Allah? Mudah-mudahan amal baik kita ini diterima oleh Allah SWT.

moge amalan kita pada hari ini lebih banyak dari yang semalam :) selamat beramal ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Older Posts

HI THERE!

HI THERE!
I secretly start blogging since 2010. Pause for years when having a life crisis, and now I decided to write again as I regretted for not writing the beauty journey of my life. I'm so bad with English but Im gonna use this site to improve it ;)

Search In My Blog

Categories

Advise Family Friends Growing Up HangOut Personal TRIP Vacation diary-aku learning life lucu selfadvice sunset welcomingmonth ww

Cheerish Your Moments

  • ▼  2020 (3)
    • ▼  December 2020 (1)
      • 37 WEEKS
    • ►  November 2020 (1)
    • ►  July 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  March 2019 (2)
    • ►  February 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (43)
    • ►  December 2018 (2)
    • ►  November 2018 (3)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  August 2018 (3)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  June 2018 (4)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  April 2018 (5)
    • ►  March 2018 (4)
    • ►  February 2018 (7)
    • ►  January 2018 (8)
  • ►  2017 (83)
    • ►  December 2017 (10)
    • ►  November 2017 (6)
    • ►  October 2017 (8)
    • ►  September 2017 (15)
    • ►  August 2017 (17)
    • ►  July 2017 (19)
    • ►  June 2017 (4)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (7)
    • ►  December 2016 (1)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  January 2016 (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  December 2015 (2)
    • ►  July 2015 (1)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  February 2015 (1)
  • ►  2014 (54)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (3)
    • ►  June 2014 (6)
    • ►  May 2014 (10)
    • ►  April 2014 (11)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (7)
    • ►  January 2014 (4)
  • ►  2013 (78)
    • ►  December 2013 (7)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (4)
    • ►  August 2013 (5)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (2)
    • ►  May 2013 (5)
    • ►  April 2013 (9)
    • ►  March 2013 (8)
    • ►  February 2013 (24)
    • ►  January 2013 (9)
  • ►  2012 (82)
    • ►  December 2012 (7)
    • ►  November 2012 (7)
    • ►  October 2012 (11)
    • ►  September 2012 (7)
    • ►  August 2012 (8)
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (8)
    • ►  May 2012 (7)
    • ►  April 2012 (8)
    • ►  March 2012 (10)
    • ►  January 2012 (1)
  • ►  2011 (127)
    • ►  December 2011 (13)
    • ►  November 2011 (7)
    • ►  October 2011 (6)
    • ►  September 2011 (5)
    • ►  August 2011 (35)
    • ►  July 2011 (26)
    • ►  June 2011 (13)
    • ►  May 2011 (15)
    • ►  April 2011 (4)
    • ►  March 2011 (3)
  • ►  2010 (13)
    • ►  December 2010 (1)
    • ►  November 2010 (5)
    • ►  October 2010 (2)
    • ►  September 2010 (1)
    • ►  June 2010 (3)
    • ►  February 2010 (1)

MR. NUFFY

Statistic

Featured Post

ADVENTURE IN PHUKET (PART 3)

PART 1 ARRIVING   |   PART 2 ISLAND HOPPING Earlier at office, my friends were asking me to join them for the second trip to Jogjakar...

Followers

Created with by ThemeXpose