selamat membace blog ini . rase hepi datang lah lagi. kalau sudi folo lah sekali ! :P. Powered by Blogger.

Pages

  • Home

Noni Shuhada ❤


Sepatutnya aku siapkan entry ni masa 1st trimester tapi tup tup sekarang dah 8 bulan dah usia kandungan dalam perut. Kena juga write down kat sini sikit sebelum semua memori memori lesap dari kepala lepas banyak urat putus bersalin japgi hehehehe...

Betul lah orang cakap, setiap orang mengandung ni, tak sama, unik sangat tuhan buat. Ada yang alah teruk ada yang smooth je. Pengalaman aku? Okay, aku divide by trimester la senang...




1st trimester (April-June)

Masa awal peknen aku bulan puasa, awal 15 hari puasa aku okay, Alhamdulillah. Tapi masuk 15 hari terakhir, memang aku tak dapat nak makan sgt, xde selera. makan pun sikit sikit je. Aku kantoi 8 hari puasa. Ikutkan hati memang sayang sangat nak tinggal puasa, tapi aku punya level lapar, takleh tahan dah. Aku risau baby lapar, so terpaksa buka puasa. 

Seminggu lepas hari raya, bermula lah journey checkup. Buka buku pink and scan baby (11w), Alhamdulilllah dah nampak n dengar degupan jantung baby. Cam tak caya je, sebak sangat rasa time ni. Ade baby dalam peyuttt wuwuwu. 

1st trimester, 2x je aku muntah tapi aku punya alah bau fuh sensetif gila. Cuti masak berbulan jugak, masak2 macam tu je. Takleh bau. Sabun mandi n shampoo pun aku tukar baru, tak share dah dengan suami sebab takleh guna yang lama. Tapi Alhamdulillah, bau suami okay je takde busuk pun, kalau tak habislah suami kena halau hihi. Masa ni nafsu makan memang bawah 30% je, banyak nya nak makan sup2/mee hoon sup. Tapi beli makanan, dapat makan separuh je, then suami habiskan. Buah mangga putik, almost setiap minggu.   

Emosi? Ya Allah, aku sendiri terkejut dengan diri aku masa ni. Aku macam hilang myself. Level sensetif aku almost 80% high. Suami buat salah sikit je, terus aku nangis, merajuk, mengamuk hempas pintu. Memang ada je benda suami buat yang tak kena kat mata aku. Huhu seb baik suami kita tak garang, sabar je. Thank youuu suami sebab memahami T_T

2nd trimester (July-September)

Alhamdulillah, im getting better. Dah boleh makan, dah boleh masak. Level lapar masa ni 2x ganda dari zaman anak dara. Kalau dulu makan satu portion nasi pun dah kenyang sangat dh. Sekarang tak leh, kena makan lebih, lapar, tak cukup. Craving makanan manis fuh takyah cakap la tapi terpaksa tahan sikit sebab taknak kantoi gdm. Alhamdulillah dua-dua kali test air gula aku lepas, tak kantoi, takde gdm. Ya Allahhhhh, pengalaman minum air gula? Sumpah taknak repeat. Yang 1st tu macam ok sikit, minum yang kedua, seriously rasa nak muntah depan nurse. 

Sepanjang checkup, aku takde masalah. Cuma kerap sangat sakit kepala, sakit yang tahap kena baring. Memang takleh buat kerja. Doctor cakap normal, masa pregnant, power mata akan berubah sikit sebab tu asyik pening. 

Mengidam? takde sangat kot yang pelik-pelik. Semua yang senang-senang dapat. Start bulan Ogos, aku dah start buat kuih balik. Alhamdulillah dapat sambutan, dapat la saving sikit untuk baby. 

Masa 6 bulan, dah start rasa baby gerak-gerak dalam peyut 💕
2x scan, tapi tak nampak lagi gender baby. Baby nyorok hihi. 

Alhamdulillah, 2nd trimester aku smooth. 


3rd trimester (October-December)

By the time aku tulis ni dah masuk bulan November, usia kandungan dah 8 bulan. Perut pun dah memboyot ke depan. Sakit belakang, sakit kaki semua dah ada. Kaki kembang semangkuk. Muka pun sama hehe. Sekarang gain weight dah dalam 11kg. Start buka buku 60kg sekarang 71.5kg. Ni memang calculation berat naik yang normal. Every month memang nak kena gain weight. Alhamdulillah bacaan checkup aku semua cantik. Nurse, doktor puji tiap kali checkup. Bp cantik, takde gdm, hb cantik, takde bleeding, air ketuban cukup, nadi baby okay. harap2 baby keluar cukup bulan. 

Sekarang ni aku still aktif buat kuih, cod almost setiap hari. Alhamdulillah rezeki baby, kaki n badan pun dah still rasa sakit. Nak rest tapi tak mampu  nak tolak bila orang pm nak order kuih hehehe. Inshaallah kita pulun sampai end of November. 

Preparation? 
Aku memang zero la ilmu nak kena prepare ape. Seb baik ade kaklong n kak ain. Mostly aku tanya diorang je apa yang perlu apa yang tak perlu. Aku laki bini 1st time masuk kedai baby dulu, keluar balik tangan kosong hahahhaha culture shock tak tahu nak beli yang mana. Tapi sekarang Alhamdulillah dah almost 80% preparation barang. Preparation mental je yang belum cukup. Cam tak ready pun ada nak jadi parents. Huhuhuhu. Eh, sebelum nak jadi parent, preparation mental nak bersalin duluuuu, adoi takuuuuuuuuuuuuuutt! Semoga selamat la semuanya, baby dan mami. 

Okay, apa lagi nak tulis...ni je la kot buat masa ni. Nak share pasal mabuk-mabuk alahan pregant memang takde sangat. My pregnancy journey boleh dikatakan 85% smooth Alhamdulillah. Sakit-sakit tu biasa la kan, as long as tak kena admit wad sepanjang mengandung ni dah bersyukur sangat dh. Semoga mengandung kali kedua japgi as smooth as this time. Ehhhh apa ni. hahahaa




Orait till the next entry! which will be with the picture of baby. Inshaaaaallaaaaaaaaaahh!! Doakaaaaaaaaannn sisss! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

HI THERE!

HI THERE!
I secretly start blogging since 2010. Pause for years when having a life crisis, and now I decided to write again as I regretted for not writing the beauty journey of my life. I'm so bad with English but Im gonna use this site to improve it ;)

Search In My Blog

Categories

Advise Family Friends Growing Up HangOut Personal TRIP Vacation diary-aku learning life lucu selfadvice sunset welcomingmonth ww

Cheerish Your Moments

  • ▼  2020 (3)
    • ►  December 2020 (1)
    • ▼  November 2020 (1)
      • My Pregnancy Journey
    • ►  July 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  March 2019 (2)
    • ►  February 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (43)
    • ►  December 2018 (2)
    • ►  November 2018 (3)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  August 2018 (3)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  June 2018 (4)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  April 2018 (5)
    • ►  March 2018 (4)
    • ►  February 2018 (7)
    • ►  January 2018 (8)
  • ►  2017 (83)
    • ►  December 2017 (10)
    • ►  November 2017 (6)
    • ►  October 2017 (8)
    • ►  September 2017 (15)
    • ►  August 2017 (17)
    • ►  July 2017 (19)
    • ►  June 2017 (4)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (7)
    • ►  December 2016 (1)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  January 2016 (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  December 2015 (2)
    • ►  July 2015 (1)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  February 2015 (1)
  • ►  2014 (54)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (3)
    • ►  June 2014 (6)
    • ►  May 2014 (10)
    • ►  April 2014 (11)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (7)
    • ►  January 2014 (4)
  • ►  2013 (78)
    • ►  December 2013 (7)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (4)
    • ►  August 2013 (5)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (2)
    • ►  May 2013 (5)
    • ►  April 2013 (9)
    • ►  March 2013 (8)
    • ►  February 2013 (24)
    • ►  January 2013 (9)
  • ►  2012 (82)
    • ►  December 2012 (7)
    • ►  November 2012 (7)
    • ►  October 2012 (11)
    • ►  September 2012 (7)
    • ►  August 2012 (8)
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (8)
    • ►  May 2012 (7)
    • ►  April 2012 (8)
    • ►  March 2012 (10)
    • ►  January 2012 (1)
  • ►  2011 (127)
    • ►  December 2011 (13)
    • ►  November 2011 (7)
    • ►  October 2011 (6)
    • ►  September 2011 (5)
    • ►  August 2011 (35)
    • ►  July 2011 (26)
    • ►  June 2011 (13)
    • ►  May 2011 (15)
    • ►  April 2011 (4)
    • ►  March 2011 (3)
  • ►  2010 (13)
    • ►  December 2010 (1)
    • ►  November 2010 (5)
    • ►  October 2010 (2)
    • ►  September 2010 (1)
    • ►  June 2010 (3)
    • ►  February 2010 (1)

MR. NUFFY

Statistic

Featured Post

ADVENTURE IN PHUKET (PART 3)

PART 1 ARRIVING   |   PART 2 ISLAND HOPPING Earlier at office, my friends were asking me to join them for the second trip to Jogjakar...

Followers

Created with by ThemeXpose