Double....................Line!

by - July 14, 2020


Waaauuuu blogger.com dah berwajah baru. Gila lama tak menyinggah, satu entry tahun 2020 pun belum sempat post lagi hahaha so then should I wish Welcome 2020 to myselff? hehehehe


Okay mari kita terus ke tajuk utama kalau tak post ni jadi panjang and meaningless. 

23 April 2020 ( Sehari sebelum 1 Ramadhan)

Double Line? Apettewwww. Kalau double lane tu familiar lah kan maknanya kawasan larangan memotong. kalau double line?? hehe Alhamdulillaaaaaaaaahhh yess yess yesss I'm positive pregnant! Alhamdulillah. 

Memang dulu ada jugak lah cakap, kalau boleh nak berdua dulu dengan husband dalam setahun. Alhamdulillah, Allah makbulkan, genap 7 bulan kahwin, aku positive. Syukur sangat sebab tipu lah kan kalau period datang lewat tu memang mengharap jugak. Lepas kawin ni memang period ting tong sikit, dah 2x dua bulan baru datang, husband pun ada suruh check dulu2, takut sangat nak check sbb takut terbagi harapan dan dia sedih. 

So yang kali ni bila dah lewat dalam 2 minggu, aku senyap senyap je check, masa tu sebelum nak solat Subuh, pastu tunggu kejap nampak naik line merah dua line terang gila. First perasaan masa tu memang first, tak sangka, terus sebut Alhamdulillah dalam hati, pastu macam kaget kejap tak tahu nak buat ape. Still lagi in shock. Nak bagitau suami macam mana pun tak tahu. Suami masa tu tengah ngadap pc. Aku tarik nafas pastu pergi kat dia, tarik tangan dia ajak dia masauk bilik air sebab nak tunjuk UTP tu masih lagi dalam bilik air. Dia tanya aku peknen ke? aku jawab haaa tatauuu. hahahaha sis tatauuu.

Reaksi dia? haha dia pun macam speechless, antara percaya ke tak. Sebabkan ni pengalaman pertama kiteorang, so nak yakin 100% dengan alat tu, bagi aku, aku tak caya selagi bukan dokter yang sahkan. Oh actually, sehari sebelum aku check ni, aku macam ade kuar darah sikit, so aku pakai lah pad sehari tu tapi kosong je pulak hmm. So sis confius. 

Disebabkan esok puasa, dan harini pun dah hari khamis, esok klinik tutup kiteorang decide terus nak pergi klinik siang nanti. Aku tanya kakak aku perlu ke buat UTP sendiri lagi sekali sbb aku still blur nak terima kenyataan, hehe, tapi kakak aku kata takyah dah terus jumpa dokter je. So kat sana dokter buat urine test lagi sekali dan scan rahim.

Tapi yang buat aku still tak yakin nya bila scan, doktor cakap tak nampak apa-apa pun, nampak dinding uterus menebal sebab tak period. Tapi doktor cakap sebab kandungan awal lagi, ikut pengiraan last period, kandungan baru 6 minggu, pastu doktor cakap boleh jadi jadi dan tak jadi kandungan tu. Bila tengok urine test memang positive, tapi dia still jugak sebut, boleh jadi positive urine test sebab dia detect hormone, so aku peknen tak peknen macam 50-50 je lepas dengar explaination dia. Aku dah tatau nak explain macam mana kat laki aku japgi neeehh. Hahahaha


Tapi Alhamdulillah, sebulan lebih lepas tu, aku scan lagi sekali, dah nampak dah jantung baby. Sepanjang sebulan tu pun dah keluar dah alahan2 yang mild. Untuk 1st trimester aku muntah 2x je. Alhamdulillah muntah tak teruk tapi alah dengan bau orang masak, fuhhhhh. no compromise!! hehe. Yang tu aku cerita dalam post lain. Inshaallah. 

Doakan baby sihaaaaaaaaaaatt!! Dan mami nyaaa juga 😉😉






Till then, xoxo!

You May Also Like

0 comments

Say Good Words :)