selamat membace blog ini . rase hepi datang lah lagi. kalau sudi folo lah sekali ! :P. Powered by Blogger.

Pages

  • Home

Noni Shuhada ❤











xnak balik :(



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

selasa, 26 Feb, 530 petang.

Seusai solat Asar aku bersiap. tudung yang sedia tersangkut di paku kucium. 'wangi lagi ni, sempat lah bawak jalan seround dua lagi..' kulihat wajah di cermin bilik emak. sememangnya cermin di bilik emak akan selalu jadi tumpuan kami anak beranak untuk bersiap dek kerana cerminnya yang besar gedabak siap sehinggakan boleh nampak pori-pori tersumbat seketul-seketul. aku memperbetulkan rupa, bedak kusapu sekali dua. tidak jugak putihnya. Malas nak membuang masa, segera kucapai gugusan kunci dan topi keledar yang berwarna merah di atas meja dengan penuh semangat dan rakusnya.  Langkah diatur. 

Suasana di jalan raya agak tidak tenteram. ''mungkin pakcik dan pakcik dah mula balik kerja..''. Aku saja berbahasa sendirian memecah kebosanan. Apabila jalan raya sedikit lenggang segera kupecut motorsikal yang sudah berubah warnanya menuju ke destinasi utama. 


vrooommm vrommm vroooommm. 


10 minit kemudian. 


keletaq.. keletaq.. keletaq.. ku turunkan gear motor hingga lampu hijau N menyala. tongkat motor ditarik malas dengan hujung kaki. kunci dicabut. perlahan-perlahan aku hayunkan langkah bersama helmet dikepala. tulisan CIMB Bank di cermin pintu kubaca sekali imbas. membuatkan hati bertambah yakin dan bersyukur kerana dapat ke tempat dituju dengan selamat. Dari jauh kulihat watak seseorang yang kurang waras di hadapan entrance. membuatkan aku terpaksa berfikir 35680754215790863 kali sebelum melangkah masuk. Tapi disebabkan niat dihati belum dituruti, terpaksa gagahi badan. 


Pintu kaca CIMB Bank dikuak. Mataku secara automatik meng-x-ray rambang ke arah dalam. 'agak boleh tahan ramai orang. Macam tunggu turn menunggu bantuan duit...'  Segera fikiranku dipositifkan. 'oh, mungkin akhir-akhir bulan ni duit gaji dah masuk...' kemudian aku beratur di barisan mesin atm yang sudah sedia maklum panjang. 


Selepas 10 minit sabar menunggu, akhirnya aku dapat berada di depan sekali. maknanya giliran aku sudah tiba. Kukorek celah-celah lubang dalam purse untuk keluarkan kad Bank Islam yang berwarna putih bercampur merah. tapi hampa, yang ada cuma lesen, kad BSN dan kad pengenalan. tiba-tiba terasa cuak tapi sepantas kilat aku buat-buat cool. sekali lagi kumengeledah purse yang dah koyak lapan,menunggu masa untuk dibuang, 'ade pon!..' Kad Bank Islam kucucuh ke dalam lubang mesin yang leper dan lebar. glup. sekejap saja ia tenggelam di dalam, masuk ke dina yang gelap gelita. kemudian, 6 bijik no pin kumasukkan. segera kutekan tulisan 'PERIKSA BAKI AKAUN' dan 'AKAUN SIMPANAN'. beberapa saat ia memperoses dan akhirnya senyuman manis dibibirku mati tanpa dipaksa. aku terkilan.


kad bank kutarik dari mulut lubang mesin. Aku meninggalkan mesin atm dengan sedikit perasaan kecewa. niat hari ni kuingin gembirakan hati terpaksa dilupakan. malahan sebaliknya pulak yang aku dapat rasakan. setelah beberapa langkah berjalan, akhirnya aku sampai di parkir motor. mulut terasa ingin menyumpah kutahan ketat...


'bilalah aku akan senyum balik bila tengok baki duit dalam akaun aku nanti..' detik hati aku yang suci.


aaarggghhhhh.

hilang harapan. hilang semangat.

makan pasir lah jawabnya awal sem japgi. 


kahkahkaah.


sungguh tidak ku sangka dia menipu ku.


kahkahkah.


Aku pulang dengan wajah yang sugul. 




***************************************





Bukan aku nak bersunggut mahupun lagi mengeluh. dan aku faham inilah lumrah kehidupan. adakala kita sedih dan adakala kita gembira. ok, aku pon tak tahu apa yang aku repekkan. Tapi seriusly aku agak tertekan dengan perbelanjaan aku sekarang. Sepanjang 3 sem aku belajar, sem lepas yakni sem lepas, sem 3 aku paling over budget sekali . habis. lesap. licin. duit ptptn 3500 ringgit yang aku dapat berjaya menjadi mangsa korban aku. Mungkin faktor utama aku duduk luar. nak kena bayar sewa rumah. atau aku yang tak pandai nak balance perbelanjaan. so, aku kalau boleh harap sangat-sangat impian aku untuk sem 4 nanti aku dapat laksanakan. Aku harap sangat impian aku nak beli mende tu berjaya. walaupun aku terpaksa korbankan perbelanjaan untuk makan. eh?  Inshaa Allah dengan izinNya. Moga dipermudahkan urusan olehNya.

dan satu lagi aku harap sangat sangat biasiswa tu berjalan dengan lancar. Besar harapanku. ya Allah..



Share
Tweet
Pin
Share
No comments



disebabkan ai malas nak tunggu walhal lebih kurang seminggu pon lagi merangkak ke sem baru tuk ambik bauncer ni di kampus sendiri. so, tadi terpakse lah ai merayap ke Uitm Dungun tuk merialisasikan hak milik baru baucer tersebut,with Dibah Sena, yeaayy!

boleh puji sikit kauter dekat uitm kampus ni. 
mesra pelajar (Y)

Dengan azam baru(cis), ai nak guna baucer ni beli hard disk kat jengka satgi. titik. kalau diizinkan Allah (:



ohh, kenangan manis hari ni, finally ai berjaya drive kereta peninggalan arwah ayah sorang-sorang. Honda accord yang bonek depan besar gedabak. bukan sebelum ni tak pernah. tapi memang tak pernah bawak sorang-sorang. selama ni mesti ade co-driver tolong tengok line clear ke tak. har har har. *firework*


babai. pen off :D

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

BRIDE-TO-BE. ahaaks :)

in shaa Allah coming soon kan?

9/2/2013 



dibah sena

xrah usna
 


me. crah. dbah. ayu,


sweet memory. ahaks :)

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

annyeonghaseyo !

sem tiga berakhir dan aku disajikan dengan cuti yang kalau kira tambah tolak darab bahagi dalam sebulan lah jugak. aku tak tahu lah kenapa tapi kalu tang uitm ni cuti dia mesti lebih sikit dari cuti orang yu lain. boleh bagi sebab ? krik krik *bunyi cengkerik*

biasanya dulu kalau time cuti panjang macam ni, aku tak payah nak runsing sangat pon. kalau orang lain sibuk duk cakap bosan cuti panjang-panjang or sibuk duk cari kerja. tapi aku rilek je. sebab ape ? nak tau ? malas aku bagitau. ok hambar. sebabnya rutin tiap-tiap cuti aku adelah sama, kerja lepak kat kedai makan ayah. so, bosan tu kadang-kadang ade lah jugak tapi takde lah overrun. 

tapi tapi tapi disebabkan cuti kali ni kedai ai tak buka lagi (minggu ni baru buka) so, aku terpaksa habiskan waktu waktu terluang aku dengan mengadap laptop ni. tapi idok lah 24/7. gilo apo. aku tak gila movie gituww lagi. tapi adelah sebabak dua yang aku sempat perabih. ok, short the story, berikut adalah senarai drama korea yang berjaya aku habiskan untuk cuti kali ni : 



1) A Gentlemans Dignity.

seriusly drama ni aku bagi 4.8/5 bintang. at the 1st point memang aku tak berminat pon nak tengok sebab hero-hero dia semua muka-muka tuadahmacamtakdeherolainnakambik tapi lepas aku tengok cite ni baru aku faham kenapa the heroes are old. all four of them. serius beb, best! 

cerita ni menceritakan pasal kesucian/keakraban hubungan persahabatan walaupun dalam percintaan. macam mane sorang sahabat sanggup berkorban untuk sahabat yang lain. sampaikan aku pon teringin nak kawan-kawan gila syok sporting nak mampos macam ni. hikhik. 

actors :  Jang Dong Gun, Kim Ha Neul, 
Kim Soo Ro,  Kim Min Jong, Lee Jong Hyuk, Yoon Se Ah, 
Kim Jung Nan, Yoon Jin Yi, Lee Jong Hyun.


2) My Princess.



haha. aku tau cerita ni xde lah baru sangat. tapi aku yang baru tengok ;p overall? 4.2 je aku mampu bagi. cerita best, scene seronok, banyak part part funny(Y). banyak scene romantik yang suwit suwit. tapi jalan cerita agak tidak logik ye. tapi bolehlah faham. heroin cantik :)

actors : Kim Tae-hee, Song Seung-hun, Park Ye-jin and Ryu Soo-young.


3) you're so beautiful.


okei okei. i know i know i know. drama ni dah lapuk ditelan dek zaman. aku pon dah pernah tengok crite ni dulu. tapi separuh jalan je. i donno de ending yet. so, tengok drama ni pon just untuk mengisi mase lapang yang tak berapa nak lapang. semangat nak tengok sangat sebab ade Yong Hwa yang tak berape nak hensem dulu-dulu. hikhiks. tapi kan kan kan kan, aku prefer yong hwa lagi dapat perempuan tu. yong hwa lebih banyak berkorban utk dia sebelum Hwang Tae Kyung take over. uhukks.  



then ade lah sikit aku tengok crite separuh-separuh sebab bosan. haha. 
Runningman every week memang xlepas.

yelah yelah, aku tau mesti korang nak suruh aku ngadap benda yang lagi berfaedah dan bermanfaat dan mendatangkan hasil dan memberi keuntungan kepada diri keluarga masyarakat agama rakyat dan negara kan kan ? yelah. aku faham. tsskk ttssskk. 

babailah. nak tidur. zzz -..-



review rooftop prince :)


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

tengok tajuk je pon aku rase aku tak payah nak buat mukadimah yang panjang. dalam banyak-banyak cerita, dah macam takde cerita lain aku nak cerita kan. cerite lipas jugak aku baham. well well well, fyi, cerita lipas and me dah sebati. ramai orang dah tau macam mana berkesannya kisah lipas beri kesan dalam hidup aku. 

kalau yang nak tau, aku dengan lipas ni boleh dikategorikan macam tom dengan jerry. aku tom lipas tu jerry. lipas takut aku. eh, betul ke? bukan bukan. salah definisi. aku kena belajar terima reliti. dasar tak sedar diri kan. sebenarnya aku dengan lipas ni boleh diibaratkan doraemon terserempak dengan tikus. kenape eh aku macam ni? kenapa ramai orang takut dengan lipas?


sejarah :
start aku alergik dengan lipas ingat ingat lupa aku zaman budak-budak hingusan aku. waktu tu aku adik beradik masih kecik-kecik. masih bersekolah. so, kiteorang selalu akan tidur sama-sama kat luar bilik berbentangkan tilam empuk. Ade satu malam tu, malam tu baru aku kenal lipas. Lipas tu agresif sangat. dia terbang merata. dia terbang-terbang and last sekali dia inggap atas tangan aku. mase ni aku tak takut lagi. steady je halau lipas balik. tapi tapi lama lepas tu bekas yang lipas  hinggap kat tangan aku menyebabkan kulit aku gatal. mak aku cakap lipas tu dah gigit aku. aku tak tahu lah sahih ke tak. tapi sebabkan malam tu, aku berdendam dengan lipas sampai hari ni, tapi dendam aku lain sikit, aku pulak yang kena takut kat dia -..-"



peristiwa 2 :
kisah dendam aku dengan lipas berlanjutan.
kisah ni memang aku tak boleh lupa. secara kasarnya, rumah aku ade dua bilik air and dua toilet. tapi yang biasa aku guna satu je. sebab satu lagi public user. pernah satu ppagi aku u-uk dekat toilet biasa aku u-uk, tiba-tiba ade sekor lipas kurang ajar tak sedar diri langsung dek untung duduk rumah orang tak bayar sewa, dia pergi naik atas kaki aku selow-selow. dia naik nak merayap. aku ape lagi. dah lah geli-geli gitu kaki dia, melenting lah. terperanjat kau setan lipas. haha, then until then, i never u-uk in that toilet again. yes this is my secret. even aku nak u-uk sekali pon aku akan move to another toilet. kalau aku takut jugak nak pergi toilet tu, aku akan pergi toilet cousin aku sebelah rumah. ni cerita benar. bila ingat balik, malu pon ado. kahkah.



peristiwa 3 :
aku rasa kejadian ni aku takkan lupa sampai bila-bila, dengan izin Allah.
kisah yang sangat tragis. yang membuatkan ke-antian aku dengan lipas bertambah melimpah-limpah ruah. Kisah ni berlaku masa aku darjah 6. malam, lepas aku pulang dari kelas malam. Kebiasaannya lepas aku balik kelas aku akan makan nasi. Kalau mak aku dah tidur, arwah ayah akan temankan aku makan and malam tu aku makan dengan ayah. Aku ambik pinggan nak ambik nasi kat dapur, my dad was walking behind me, and suddenly aku rase geli-geli kat tengkuk aku. 'lipas? it is?' and aku hempas pinggan kat tangan aku tanpa banyak bicara. As expectedly, pinggan itu jatuh dan pecah berderai. aku pandang ayah dengan seribu satu perasaan. takut sebab pecahkan pinggan. hihihi, and ayah spontaneous said : "ayah nampak dah lipas kat baju tadi, saja xnak bagitau sebab takut pinggan tu jatuh, tapi jatuh jugak last skali". hahaha. nasib baik ayah tak marah. superb daddy :)



cukup lah tiga peristiwa aku dengan lipas yang aku rasa aku takkan lupa sampai bila-bila. kalau nak cerita, senanya banyak sangat sangat sangat sangat kisah hidup dan kematian lipas dengan aku. kejam betul lipas dengan aku. ape salah aku wei ? sooooobbss. sampai arini pon aku tak percaya aku still xdapat tandangi kelemahan aku ni. kalau kat rmah ridsect dengan aku pasti bukan sesuatu yang asing.



Aku selalu berangan janganlah anak-anak aku nanti pon takut dengan lipas. peninglah laki aku nak layan. haha, *kalau kawin la kn. in shaa Allah ;)






Share
Tweet
Pin
Share
No comments

annyeong dan selamat malam petang.

Malam makin larut. dan aku masih bercuti. berada di rumah. seperti biasa untuk tiap-tiap malam, menapak di bilik emak dan tidur dengan mak. tivi aku biarkan terpasang dan tidak endahkan. mata teguh di screen laptop. 


Malam ni hanya habiskan sisa-sisa baki waktu dengan baca dan selami kehidupan orang lain. Aku pun tak ingat dah macam mana aku boleh tersadai kat satu blog ni. lama tau aku tersadai. abis satu entry satu entry aku baca. seronok. tulisan superb. i'm impressed. lama dia jaga blog dia. 08-13. gaya penulisan maintain. segar. dari zaman dia belajar, bercinta, bertunang, kawin, dan ni dah nak masuk dua anak, still seronok untuk dikongsi. aku harap aku pon boleh jaga blog ni macam tu. bukan buat blog nak femes, just seronok bila dapat ingat balik cerita dulu-dulu :)


Manusia ni kadang-kadang selalu mereka tak puas hati. dan selalu jugak iri hati dengan pencapaian orang lain. sampai kan ada yang sanggup menaburkan fitnah dan buat hina. Tapi mereka tak sedar kesusahan kepayahan keperitan seseorang tu nak mendapat apa yang dia nak, Ada yang jenis suka jatuhkan semangat orang lain masa mereka sedang mendaki. mungkin mereka tak faham, hidup bukan macam makan gula-gula getah je, bukan duduk goyang kaki je. berliku-liku pengembaraan nya. 





saya doakan moga semua orang dapat mengecapi kebahagiaan dan impian masing-masing :')

love. 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

HI THERE!

HI THERE!
I secretly start blogging since 2010. Pause for years when having a life crisis, and now I decided to write again as I regretted for not writing the beauty journey of my life. I'm so bad with English but Im gonna use this site to improve it ;)

Search In My Blog

Categories

Advise Family Friends Growing Up HangOut Personal TRIP Vacation diary-aku learning life lucu selfadvice sunset welcomingmonth ww

Cheerish Your Moments

  • ▼  2020 (3)
    • ▼  December 2020 (1)
      • 37 WEEKS
    • ►  November 2020 (1)
    • ►  July 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  March 2019 (2)
    • ►  February 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (43)
    • ►  December 2018 (2)
    • ►  November 2018 (3)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  August 2018 (3)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  June 2018 (4)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  April 2018 (5)
    • ►  March 2018 (4)
    • ►  February 2018 (7)
    • ►  January 2018 (8)
  • ►  2017 (83)
    • ►  December 2017 (10)
    • ►  November 2017 (6)
    • ►  October 2017 (8)
    • ►  September 2017 (15)
    • ►  August 2017 (17)
    • ►  July 2017 (19)
    • ►  June 2017 (4)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  January 2017 (2)
  • ►  2016 (7)
    • ►  December 2016 (1)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  January 2016 (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  December 2015 (2)
    • ►  July 2015 (1)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  February 2015 (1)
  • ►  2014 (54)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (3)
    • ►  June 2014 (6)
    • ►  May 2014 (10)
    • ►  April 2014 (11)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (7)
    • ►  January 2014 (4)
  • ►  2013 (78)
    • ►  December 2013 (7)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (4)
    • ►  August 2013 (5)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (2)
    • ►  May 2013 (5)
    • ►  April 2013 (9)
    • ►  March 2013 (8)
    • ►  February 2013 (24)
    • ►  January 2013 (9)
  • ►  2012 (82)
    • ►  December 2012 (7)
    • ►  November 2012 (7)
    • ►  October 2012 (11)
    • ►  September 2012 (7)
    • ►  August 2012 (8)
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (8)
    • ►  May 2012 (7)
    • ►  April 2012 (8)
    • ►  March 2012 (10)
    • ►  January 2012 (1)
  • ►  2011 (127)
    • ►  December 2011 (13)
    • ►  November 2011 (7)
    • ►  October 2011 (6)
    • ►  September 2011 (5)
    • ►  August 2011 (35)
    • ►  July 2011 (26)
    • ►  June 2011 (13)
    • ►  May 2011 (15)
    • ►  April 2011 (4)
    • ►  March 2011 (3)
  • ►  2010 (13)
    • ►  December 2010 (1)
    • ►  November 2010 (5)
    • ►  October 2010 (2)
    • ►  September 2010 (1)
    • ►  June 2010 (3)
    • ►  February 2010 (1)

MR. NUFFY

Statistic

Featured Post

ADVENTURE IN PHUKET (PART 3)

PART 1 ARRIVING   |   PART 2 ISLAND HOPPING Earlier at office, my friends were asking me to join them for the second trip to Jogjakar...

Followers

Created with by ThemeXpose